Followers

Sunday, April 17, 2011

TRIP SINGKAT DUA JAM SETENGAH

Hari sabtu lagi, dah kedengaran berita tentang MJ. Sang nelayan mendaratkan MJ dengan jumlah yang banyak dengan teknik pancing tradisional. Malangnya hari sabtu pergerakan ku agak terbatas lantaran ada urusan yang lebih penting harus diselesaikan. Maka hari ahad difikirkan masa yang sesuai walaupun agak lewat dapat memulakan pergerakan.
Pada mulanya trip dirancang adalah untuk casting sepenuhnya memandangkan masa yang terhad, arus yang sesuai dan gewang yang sudah lama direhatkan boleh dianggap sebagai alasan yang munasabah. Minyak untuk bot pun masih ada sisa dari trip yang lepas. Cuma bot yang sering aku guna belum siap diservis dan masih berada diatas tanah. Gambar dibawah adalah antara set dan gewang yang bakal dipertaruhkan. Aku turun padang kali ni hanya berteman seorang kenalan baru bernama Max.


Hanya gewang jenis minnow yang ada dalam simpanan aku sebagai taruhan kali ni. Abu Garcia Tormentor dan Yozuri Minnow menjadi peluru kami. Nasib agak malang bila kami tiba di lokasi yang selalu menghidangkan aku sambaran dan pecutan, direntangkan jaring. Aku cuba-cuba mengira, andai kami jatuhkan gewang seperti biasa, apakah jaring yang tenggelam tersebut tidak tercapai oleh gewang. Namun aku kecewa, Jaring nelayan terlalu hampir dengan tempat jatuhan gewang. Mesti gara-gara perkhabaran nelayan yang banyak menaikkan MJ di lokasi tersebut pada Jumaat lalu. Aku terpaksa mengubah haluan. Lubuk tembaring jadi harapan dan puas kami baling gewang malah halco juga diturunkan, tetap sunyi dari sapaan sang penghuni lubuk. Mujur lah aku terfikir membawa umpan udang yang dibeli di pasar batu 8. Memang pancing dasar menjadi pilihan kedua sekiranya ikan culas dengan gewang.

Maka hasilnya adalah anak ikan putih yang menjadi pengubat lara dikala arena casting menjadi hambar. Ikan putih kedua aku selang beberapa minit ikan putih pertama didaratkan. Max masih belum menaikkan mangsanya.

Jam 4.40 petang, aku mengajak pulang memandangkan tuan punya bot yang kami pinjam perlukan botnya untuk turun kelaut sebelum maghrib. Keputusan pancing dasar berumpan udang pasar terikat dengan tangkapan aku 3 ekor anak ikan putih dan Max kosong. Manakala casting pula menyaksikan kehampaan kami memandangkan langsung tiasa hasil. 'Kalaulah dari mula kami dah mancing dasar' gumam aku sendiri.



Inilah hasil pancingan aku dalam trip ringkas hari ini. Ketibaan selewat jam 1.30 tengah hari di jeti dan bot bergerak sejam kemudian mungkin boleh dijadikan alasan yang membuatkan trip kami agak kurang berhasil kerana adik aku yang hanya melabuhkan pancing berumpankan hirisan ikan selangat (kuaci) dijeti pun beroleh 4 ekor MJ dan MJ yang tertumpang dalam gambar terakhir tersebut adalah hasil pancingannya di jeti. Kami tiba di jeti selepas menamatkan sesi pancingan sekitar jam 5 petang.


Nampaknya, ikan muara dah cukup lama bersabar lantaran cuaca yang tidak stabil. Hujan yang selalu membawa lumpur dan selut ke sistem perairan muara membuatkan ikan menjadi kurang aktif. Ketiadaan hujan dalam beberapa hari ini telah mula membuatkan sang penghuni muara aktif semula. Mungkinkah hujung minggu hadapan masih berhias hujan lebat dan angin kencang? Atau cerita kerakusan ikan muara sudah mula diperdagangkan oleh sang nelayan? Kita tunggu. Apa yang pasti, bot biru yang sering ku guna akan beraksi semula pada minggu hadapan.

16 comments:

mayong said...

boleh pulak si Maikel Jeksen tu tumpang bergambar ha... apa kata tunggu bulan 6 utk cari penghuni muara? boleh jugak saya menyelit. hehehehe...

alphakilo said...

malu dia bro.. nda da ikannya kunun.. hehehe.. apa tunggu bulan 6 cuti hari pekerja ni pun cantik air.. jom laa. ajak rodney sekali.

Mohd Zamri Bin Ismail a.k.a Yie said...

tahniah tn :) trip singkat pun masih mampu menaikkan MJ. mmg lubuk tu berpotensi la kalau mcm tu,hehehe.

mayong said...

Yie, MJ tu tumpang bergambar la. saja nak interprem.
bro AK, maksud saya maikel jeksen tu, bukan max. hari bekerja minggu ni saya full la tapi kalau ada trip sesingkat setengah jam mau jugak saya join

alphakilo said...

owh.. hahah MJ tu rupanya yang maikel jeksen.. tu sekadar nak perlihatkan saiz tangkapan adik aku. semua 4 ekor hampir sebaya begitu dan semua didaratkan dari jeti ja. pedih biji mata ooo..

mayong said...

dari jeti plak tu... tak aci betul la

Anonymous said...

tahniah, sedap ikan tu...

alphakilo said...

anonymous? err.. bila mo turun mancing ni? dah lama gantung joran..

kasanova pencen said...

saiz lauk ni..... tahniah......

Mohd Zamri Bin Ismail a.k.a Yie said...

dari jeti ja dapat tu MJ?hmmmm.....mmg kena try cast ni kt sana.hehhehehe

alphakilo said...

kasanova.. ya.. ni la saiz sedap kalau stim sekor. hehehehe

yie.. mau test? boleh.. bawa ja gewang lebih. boleh aku join belajar.. hehehe

mayong said...

Yie tu wajib dtg Sg Beruang, dah 8 kali dtg Sandakan pun tak singgah lagi Sg Beruang

sapporo said...

huhuhuuhu...ok la tu bro..ada gak hasil..takat tadika 'KEMAS' apa khabr bro..? lama ndak test owh..

sapporo said...

pernah try guna umpun² ka bro...? aq tgk cm ada potensi jer kl guna umpun² ne huhuhuuhuhu

alphakilo said...

takat tadika? tempat tu lah yang patahkan joran aku tu? ada baca report mayong dalam 'trip mancing laut pertama 2011'.. takat tadika la tu.. ada juga cerita sebelah malam sana tapi aku belum test lagi.. makin menyengat sana tu.. jom aa datang sini.. hehehe

alphakilo said...

umpun-umpun tu pernah tapi leceh lah. susah mau dapat sana tu.. kena gi kg banting untuk cari.. hehehe lagi pun ikan utik paling suka kacau.. umpan paling best sana ada lah udang kapur.. hidup atau mati..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...