Followers

Sunday, April 3, 2011

Trip mancing laut pertama 2011

Akhirnya pada 2 April, saya menamatkan penantian pancingan air masin untuk tahun ni. Manakan tidak, ni la 1st trip mancing laut untuk 2011. Kesibukan tugas dan cuaca yang tidak menentu menjadi 'alasan' dan penghalang utama. Trip kali ni disertai juga oleh Jas, Kay dan Arbakin selaku ketua trip.

Jam 8 pagi kami bertolak ke takat pertama. Dua buah enjin Yamaha 15hp digunakan dalam trip kali ini bagi menjimatkan masa ke takat-takat berpotensi. Keadaan air agak keruh dengan cuaca yang cerah dan sedikit berangin. Antara ikan-ikan terawal yang berjaya dinaikkan ialah gelama jarang gigi dan utek.


Kay banyak menaikkan ikan utek pada sesi sebelah pagi. Sehinggalah kami berpindah ke spot yang lain, barulah ikan seperti kerapu, pari, ketam dan pisang-pisang berjaya ditawan.




Menjelang tengah hari cuaca semakin panas, sehinggakan saya hampir-hampir mengisytiharkan trip telah sampai kemuncaknya sebab pening kepala dan dah nak pengsan. Mujurlah kapten bot mencadangkan kami berehat sekejap di Pulau Tikus. Makan-makan, baring-baring, tunaikan kewajipan apa yang patut dan berkongsi pengalaman tarikan sang utek pada sebelah pagi.



Setelah bateri masing-masing di'cas', kami pun meneruskan aksi di waktu-waktu kecederaan. Kerapu, belukang, belut dan GT sebagai bonus menjadi penghibur sesi petang.





GT 1.9kg menjadi habuan kapten bot. Kalau la dari pagi parking di sini kan best. Hahahaha... Lantaran asakan GT padu tersebut, joran yang sama gagal untuk menjalankan tugasnya dengan sempurna untuk mangsa seterusnya. Akibatnya, joran Lemax Arbakin patah 2. Kematian bermaruah bagi rod kesayangannya dengan mangsa terakhir seekor GT. Hebat bukan!

Kay menambah koleksi peribadi dengan seekor senangin comel. Lompatan senangin tersebut betul-betul di tepi bot, sehingga air terpercik ke muka dan baju saya benar-benar menerbitkan rasa jeles di hati saya.

Trip di akhiri dengan mandi manda di takat Kapal Buruk. Saya tak mandi sebab lupa bawak pelampung. Maklum lah, tak pandai berenang.


Hasil dibahagi sama rata setibanya di jeti Kampung Sungai Beruang. Trip air masin yang saya anggap ok sebagai permulaan. Nasib baik tak pengsan betul-betul.

5 comments:

alphakilo said...

bukan joran lemax tu bro..
aku punya viper venom..
memang kesayangan aku tu..
dah patah.. huhuhuh..
joran dalam senarai aku yang paling berjasa.

mayong said...

ops sori, cap 'bisa ular kapak'
tak dapek den nak edit sbb dah kena tegur kat sini... hehehehe... sayang tak sempat rakam aksi-aksi terakhir joran tu ha

Anonymous said...

huahuahua.. sodap ho tu Gt

El Syifa Althafunnisa said...

napa ko mo pingsan AA ? mabuk laut ko ? ekeke

sapporo said...

pergghhh...GT tu bha...apapun tahniah bro..hasil yg memuaskan dan enjoy...siap mandi manda lagi bha hehehehehe..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...