Kebanyakan ikan hanyalah bersaiz begini yang didaratkan. Trip ni memang tak kumpau tapi masih belum dianggap sebagai lumayan. Alhamdulillah cukup lah untuk lauk sekali dua duduk. Sebenarnya banyak juga gambar di tangkap pada malam trip ni tapi semua tu di kamera rakan. Di kamera aku, hanya ini sahaja yang ada. Sekian terima kasih..
Followers
Tuesday, July 6, 2010
Trip di Labuk Bay
Trip kali ni di rancang agak berserabut. Banyak perkara yang di luar sangkaan terjadi dan paling menyedihkan bila bot kedua yang sepatutnya menyertai trip ini telah tarik diri disaat-saat akhir. Lantas hala tuju trip terjejas sama sekali. Peserta juga terpaksa di kurangkan kerana kekurangan tempat dan kesempatan untuk mengatur bot lain langsung tiada. Trip yang asalnya ke Puru-Puru terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan trip di sekitar Pulau Baru dan Pulau Tikus. Akibat perubahan trip sebegini, semangat pasti berkurangan dan keinginan untuk tangkap gambar pun hampir tiada. Maka, hanya 2 keping gambar ini saja lah yang mampu dijadikan santapan mata rakan-rakan pemancing semua. Pemandangan matahari terbit yang amat jarang dapat di nikmati. Sambil menunggu joran di sentap, kami menikmati keindahan hening matahari yang beransur meninggi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
besar tabung tu bro... lagi besar dari tabung yg saya dpt masa troling dgn Sunal dulu... tahniah...
Ketara betul kekecewaan penulis dalam menulis CR ni. Rilex bro. Tomorrow never die.... :)
rod.. hahahaha.. apa boleh buat. kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukannya. hehehe
enda apa ba ...nanti jadi juga tu trip ke Puru-Puru/Kaniogan.
Ok tu.. ikan tabung baru satu kali aku dapat.
laut tuh .. ~
Post a Comment