Saya memulakan 'opening act' dengan sekor anak puyu diikuti haruan, dan haruan, dan puyu dan haruan lagi. Hehehehe... Cikgu Hamsi hanya menjeling jeles sambil tak habis habis menyalahkan mata kailnya lah, tali perambutnya lah...
Kami masing masing hanya bawak 1 set pancing. Oleh kerana saya rasakan potensi yang besar untuk menaikkan lebih banyak ikan, saya pun memasang koyan. Percaturan yang tak sia sia...
2 3 kali jugak la ditarik ikan, tapi cuma 1 yang betul betul lekat. Anak ikan puyu... Dinaikkan oleh Cikgu Hamsi.
Cikgu Hamsi merasakan dirinya semakin tercabar dengan kedua dua set mancing dan koyan saya telah dapat lesen untuk hari ini, manakala dirinya dibelenggu perasaan takut kumpau. Manakan tidak, hati nak mancing di Kertam, tapi mancing parit pun tak lepas macam mana? Hehehehe...
Cuba korang semua teka, kat mana kami mancing ni? Kat sini selain puyu dan haruan, ada keli, kura-kura dan sepat. Hmmm... kalau ada belut kat sini kan best.
Setelah menunggu dengan sabar selama hampir sejam, akhirnya lesen yang ditunggu tunggu Cikgu Hamsi pun tiba. Seekor ikan puyu terbesar hari ni. Nasib baik tak kumpau, kalau tak, tak usah la pegi Kertam, khatamkan dulu ilmu mancing parit. Keh keh keh...
Walaupun tidak ada seekor keli yang kami dapat, hasil keseluruhan agak memuaskan dengan 4 ekor ikan puyu dan 3 ekor haruan dalam tempoh sejam setengah. Semua ikan di bawak balik, haruan dijadikan lauk makan malam Cikgu Hamsi, manakala puyu saya pelihara dalam akuarium. Sayangnya sekor puyu mati dalam perjalanan ke rumah. Baki umpan cacing segar kami campakkan saja dalam parit tu untuk santapan dinihari ikan ikan di dalamnya. Makan la kenyang kenyang. Nanti kami datang lagi mancing kamu semua... hehehehehehe...
3 comments:
mancing ek? hehehe best je tempat tu?
tanya sikit je ni bro tapi soalan bonus lah..
apasal mancing puyu pun nak guna koyan?
hahahahaha
best port kau ni..... lepas SMS dan tengok betul2, aku tau rupanya takat kamu ni. Memang di siring2 saja. Sungguh tidak sangka, kawasan lalu lalang kereta dan aktiviti pembangunan yang mencemarkan takat tu, namun, haruan tetap gah di sana.
bro alphakilo...
hehehehe... biasa la, kampung style bah..
janji namanya mancing
koyan pun koyan lah...
lauser...
hehehehe... jadi hari ni boleh la langgar
pantang tu
Post a Comment