Followers

Monday, November 30, 2009

MEMBANGAU DI TEPI KOLAM

Atas permintaan presiden Persatuan Belia Kg Sg Beruang, aku cuba aturkan satu pertandingan pemancing kolam di kampung. Perbincangan demi perbincangan dan penerangan mengenai sistem pertandingan yang aku faham, maka tarikh 28hb 11 di persetujui untuk melaksanakan aktiviti membangaukan ramai orang di tepi kolam.. jadi, kita layan gambar pertandingan ni.

tu dia bangau pelbagai saiz. masing-masing mencuba nasib. mana lah tau dapat hamper..
Antara hamper yang jadi rebutan. ini cuma hadiah untuk kategori utama ja. ada lagi 3 kategori di pertandingkan dan menjadi rebutan para peserta.

hujan renyai-renyai memaksa para petugas berselindung di belakang van ni.. yang penting aktiviti on.. tak kisah basah.. hehehe
ni antara bangau yang malang. dah le joran pinjam, kumpau lagi tu.. hehehehe tapi semangat tu ada. tahniah..

antara tempat para peserta mencuba nasib.. jauh dari meja pengadil..ini pulak sesi menimbang hasil tangkapan.. hmm.. jarum timbangan tak gerak pun kecik sangat lah ikannya.. hehehehe tapi timbang gak lah takut peserta kecil hati..
para AJK memantau peserta yang jauh dari meja pengadil..

Pertandingan ni dibuka untuk pengguna joran berkekili dan joran kampung sebab kalau nak pengguna joran berkekili ja, mampos tiada peserta. orang kg bukan ramai guna pancing mahal.. hehehe..
pemenang tempat ketiga.. dapat gak hamper dan glemer.. hadiah disampaikan oleh jemputan khas dari jauh. beliau juga bertanggungjawab merasmikan majlis ini.. hik hik hik..
pemenang hadiah kedua.. hamper agak besar.. dan penyandangnya adalah seorang JURAGAN..
hahahaha cukup bersemangat..
Dan ini adalah peserta yang berjaya mengumpul mata paling tinggi diantara 33 orang peserta. hanya berbekalkan 2 batang joran. walaupun beliau memiliki joran berkekili tapi beliau lebih suka menggunakan buluh sebagai joran.. tahniah kepada pemenang..
muka muka petugas yang hadir pada hari tersebut. semua cukup sporting dan bersemangat.

Akhir sekali, aktiviti pelepasan semula hasil tangkapan yang peserta daratkan. CnR ini juga adalah permintaan aku walaupun ada cadangan supaya ikan-ikan tersebut di buat lauk.. hehehe tapi atas keinginan tinggi para penduduk kampung agar pertandingan kecil seperti ini di adakan sekali lagi, maka semua setuju agar ikan dilepaskan semula..

Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan pertandingan yang julung-julung kalinya dibuat di Kampung Sg Beruang. juga tak lupa kepada bro Rostam kerana sudi hadir walaupun sibuk di raya haji kedua..

7 comments:

mayong said...

tahniah kepada para pemenang
tahniah juga kepada semua yang terlibat
tahniah juga kepada pihak penganjur
tahun depan boleh anjurkan lagi...
hadiah lebih besar, tv plasma, motor,
tak lupa juga stella dan saltiga...
hehehehehe...

alphakilo said...

terima kasih..
mana lah nak cari sponsor semua tu..
hehehe.. nak minta kat kedai tak kena layan.
tunggu pemancing-pemancing yang mau sponsor barang pancing dorang je lah

mayong said...

kalau mintak kat ADUN Gum Gum YB Datuk Zakaria Edris
kompom dia bagi RM300 punya...
kenapa tak mintak?
jom kita mintak?
boleh kita buat modal mancing di Libaran...
keh keh keh...

ipen said...

tahniah atas penganjuran... acara2 macam ni memang menarik walaupun sya nda suka join... hahahahaha...

alphakilo said...

hahaha.. nda suka join rupanya dia ni.. mesti ada sebab ni.. mungkin pertngahan dec ni aku akan adakan lagi tapi kali ni dengan kerjasama pihak rakan muda..

sapporo said...

Tahniah..tahniah krn berjaya mempromosi sukan memancing dgn org2 kampung anda.Dengan ini saya akan menderma sbyk lapanjuta tujuh ratus lapan puluh ratus tiga puluh juta sembilan ratus empat kilo ringgit..heheheheh kim salam dgn tukang bagi hadiah tu yek...

alphakilo said...

hahaha.. dia jawab dah salam tu. terima kasih dengan derma tu tapi dah banyak sangat. aku pun nda tau sudah mau pakai buat apa..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...