Followers

Monday, August 31, 2009

siakap bulan puasa

Pagi sabtu lepas (29/08/09) aku rasa boring. lantas keluar cadangan nak gi mancing dari mulut ku. KDN bersetuju dengan syarat dia nak ikut. aku ok ja.. bawa sekali anak buah yang sanggup berpanas walau pun puasa..

kami menjala udang untuk umpan tapi payah oo dapat udang time air gini.. dekat 2 jam gak untuk dapatkan 24 ekor udang hidup.. hmm cukup le tu. bukan lama pun mancing.
lubuk pertama, ni lah hasilnya.. talang seekor.



tapi lubuk pertama panas. terdedah ngan matahari jadi kami pindah ke lubuk ke dua. main tepi bakau. teduh sikit dan hasilnya selepas beberapa strike gagal..



ini hasil anak buah di lubuk kedua.. mana kala KDN tak dapat apa-apa dan tak mahu gambarnya diambil.



hampir jam dua petang, kami sepakat pulang sebab dah ada lauk dan memang tak larat dah pun.. hehehe cukup lah.. esok lagi.


5 comments:

mayong said...

best tu...
saya lom ada lesen siakap liar lagi ni...
siakap tu masak ape? talang?

alphakilo said...

apa lagi.. adik aku nampak terus sebut stim.. hehehe dia mita aku buang isi perut dan sisisk je. rasa pelik pulak sirip tak buang.. talang tu pun join ngan siakap stim tu..

jepp79 said...

tahniah..bole tahan..siakap liar n talang aku pun belun ada lesen

mayong said...

udang idup tu dirambat guna rambat siapa?
hehehehehe...

alphakilo said...

jepp79.. siakap ngan talang ni kat muara ni hampir sama pertarungan. pandai terbang... hehe best gak lah walaupun kecik.
mayong.. hehehe mekasih rambat tu.. ada masa kita komplot lah cari belanak untuk lauk..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...