Dah hampir masuk bulan Mac tapi belum ada lagi aktiviti memancing di laut lantaran cuaca di Sandakan yang masih belum mengizinkan. Lantas satu panggilan dibuat kepada saudara Arbakin untuk trip percubaan di sekitar Teluk Labuk. Tarikh 1 Mac dipilih kerana jatuh pada hari Sabtu.
Persiapan dilakukan sebaik mungkin. Jika keaadaan tidak mengizinkan ke laut, kami akan mancing di sungai sahaja. Perahu MSP masih dalam proses pembaikkan, lantas bot khas dipinjam untuk trip ini.
Saudara Rostam dan Arbakin gigih memukat udang di perairan Pantai Dandulit untuk dijadikan umpan terbaik di lubuk yang bakal dikunjungi nanti.
Kesukaran mendapatkan udang umpan, memaksa kami meneruskan aktiviti memancing walaupun stok udang yang ala kadar. Keadaan ombak dan angin menambahkan lagi tekanan yang sedia ada. Tiada satu pun gambar di laut sempat dirakam kerana keadaan bot yang teroleng-oleng dipukul ombak berselang seli patukkan ikan.
Dalam perjalanan pulang sempat juga kami trolling dan casting di sungai. Mana lah tau ada kanai yang sudi menyerah diri, namun hampa.
Saudara Arbakin membahagi-bahagikan hasil tangkapan berupa ikan duri, sembilang, gelama dan kerapu.
Hasil tangkapan yang agak memuaskan untuk tempoh memancing dari pukul 1130 pagi hingga 2 petang di satu lubuk sahaja.
Kami berpendapat Teluk Labuk sudah bersedia untuk dikunjungi kaki-kaki pancing yang berminat menduganya. Masih banyak lagi lubuk-lubuk yang tidak sempat kami singgah lantaran faktor ombak, angin dan kekurangan umpan. Jumpa lagi di trip yang akan datang.
2 comments:
terbaek...rindu nak baca entri dari MSP :)
USA-based online sports betting companies ranked - Sporting 100
USA-based online 포커 고수 sports 1xbet app betting companies ranked · William Hill · Bally Bet · Bally Bet. 온라인 바카라 게임 4th 스포츠 토토 사이트 Dec 2021. หาเงินออนไลน์
Post a Comment