Followers

Sunday, February 26, 2012

JERANGKUNG SG BERUANG.

Seminggu berlalu, aku tetap dikekang oleh kesibukan yang sukar dielakkan. Trip yang dirakam dalam kamera kompak aku masih belum terpindah ke dalam blog ini. Akhirnya, selepas seminggu, baru la ada kesempatan untuk ini.


Trip ini bukan la trip yang terancang. Ianya berlaku selepas dua rakan datang ke rumah ketika aku sedang menikmati cuti sakit akibat mata merah. Mereka datang selepas tau aku tidak turun kerja. Lantas mengajak aku melawat lubuk udang. Umpan cacing sudah disediakan walaupun mereka tahu aku memang tak guna umpan cacing.


Sekitar jam 10 pagi kami pun berada dilubuk udang yang masih keruh lantaran hujan 2 hari lepas. Robert, Jais, Bob dan juga aku membaling umpan bersama harapan. Hanya aku seorang yang menggunakan umpan anak udang yang hidup. Rakan yang lain tetap setia dengan cacing.


Ada joran ada juga koyan. Aku hanya menggunakan dua batang joran tanpa menambah sebarang koyan.




Ini bukanlah udang pertama Bob namun ini adalah antara yang besar untuknya. Hasilnya yang lain tidak difotokan kerana dia sendiri yang tak mahu. Sepit biru pun dia buat derk ja terus masuk baldi.






Senyuman yang terukir menandakan hasil yang agak jarang dimiliki. Saiz yang paling besar pernah ku daratkan sepanjang penglibatan ku dalam arena menjenggo ini.









Seterusnya beberapa ekor lagi didaratkan juga bersaiz besar namun tidaklah sebesar ya pertama. Banyak juga udang yang dijerat tapi tidak digambar. Terutama ketika rakan lain sibuk dengan joran sendiri.










Robert juga tidak kurang hebatnya. Satu-demi satu udang telur dan sepit biru masuk ke kantungnya.
















Ini pula Jais. Watak paling ceria dalam trip ini. Juga pemancing yang paling rajin minta rakan tangkap gambar dia. Pun begitu, hanya udang bersaiz besar yang ingin dikongsikan bersama di sini.




Kami bergerak pulang kira-kira jam 4 setengah petang setelah umpan cacing habis. Walau pun aku offer anak udang, cadangan untuk pulang lebih kuat di suarakan. Maka kami pun sepakat untuk pulang. Lagi pun hasil dah cukup untuk lauk semeja dua.





Hasil dari tiga pemancing. Dalam beg plastik, pendapatan bro Robert, dalam kantung jaring, hasil pendapatan bro Jais dan dalam baldi pulak milik Bob.






Milik Bob. Agak lumayan dari biasa.










Rakan-rakan bergambar sakan ketika dalam perjalanan pulang. Aku juga yang jadi mangsa. Sehingga aku terlupa tangkap gambar hasil ku sendiri.









Aku hanya sempat merakam hasil tangkapan terbesar dalam trip ini yang sekali gus mengangkat aku sebagai juara saiz. Jenggo yang bersaiz 'jerangkung'..






Eh.. tak puas lagi dua orang ni? Lantak korang lah.. hehehe..




Apa pun, aku tetap bersyukur, sistem sungai yang cuma membenarkan sang udang galah dipancing membolehkan kami kaki pancing melunaskan gian yang datang. Ada juga diantara rakan yang cuba menjala namun hasil memancing lebih banyak dari menjala. Bukan seorang dua yang pernah mencubanya. Malah udang yang cuma boleh ditemui ketika musim banjir/tengkujuh membolehkan populasi udang di ulu Sg Beruang berehat sehingga tengkujuh akan datang. Kalau ada yang cuba mengailnya diluar musim banjir, maka sang anak ikan kekek dan utiklah yang melayannya. Situasi ini sekaligus menjadi altenatif kaki pancing apabila musim gelora mengocak laut. Mungkin, ini trip udang terakhir di tahun ni (mungkin lah..). Jumpa lagi di musim tengkujuh akan datang.

2 comments:

mayong said...

kalau bro AK masih nak mancing udang, berdoa lah supaya musim tengkujuh terus berpanjangan. tapi nanti lee dgn andi max kecewa pulak tak dpt ke laut. hehehehe... apa pun tahniah bro, udang yg besaaaaaaaaaaaarrrrr betul tu

Anonymous said...

Tahniah bang,besar udang galah tuuuu :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...