Followers

Thursday, September 29, 2011

TRIP KELUARGA BERHIBUR DI KERITING..

Selepas kesibukan raya semakin reda, KDN aku mengingatkan aku tentang perancangan trip yang dibuat untuk cuti raya yang masih bersisa. Aku cuba membelek kalendar islam untuk melihat jadual air yang sesuai. Bila ku sebut sahaja 17 september, KDN bersetuju. 3 orang adik ipar aku juga teringin menyertai dan 2 orang biras aku turut menyelit sama. 7 orang pemancing menaiki bot kayu 21 kaki aku dan dipacu oleh 2 buah enjin sangkut yamaha 15hp setiap satu.


Pacuan dua buah enjin memberi kelajuan seperti yang diharapkan. Trip ke laut Laut Labuk Bay bersama 6 pemancing lelaki dan wanita agak merisaukan aku andai bot cuma mampu bergerak perlahan. Ribut boleh turun bila-bila sahaja.


Umpan udang hidup telah disediakan untuk trip ini dan kebetulan kami berpeluang mencari umpan hidup sehari sebelum trip memandangkan hari cuti umum. Aku dan seorang ipar lelaki menjala udang hampir setengah hari demi mencari umpan yang terbaik. 60 ekor untuk 7 pemancing, cukuplah untuk sekadar santai dan berhibur. Bukannya memancing secara serius pun.


Jarang benar aku berani bawa begini ramai pemancing di laut. Risau tiba-tiba diuji ombak dan ribut. Namun aku tahu, semua yang ada dalam bot ini ada mereka yang berkemahiran berenang. Pun begitu, aku sekadar berlabuh di lubuk berhampiran muara seperti Pulau Baru dan Takat Tajam. Sejam disetiap lubuk, ikan masih enggan menyapa. Hanya beberapa ekor kerapu yang berjaya didaratkan.

Akhirnya aku nekad juga membawa mereka mengusik lubuk yang dah lama aku tak jenguk. Keriting.. Kali terakhir aku berlabuh dikeriting rasanya dalam bulan julai kalau tak silap. Lubuk ni agak jauh dari muara. Kira-kira 50 minit diperlukan untuk sampai ke lokasi.


Ternyata Lubuk Keriting berjaya menghiburkan semua peserta. Satu demi satu ikan kerapu skala 500g hingga 800g berjaya diheret naik. Peserta yang mahir, sibuk dengan ikan yang 'taruk makan taruk makan' manakala peserta yang kurang mahir sibuk dengan minta tolong bukakan ikan, potongkan umpan atau ikatkan perambut bila matakail putus tersangkut. Umpan yang cuma 60 ekor memang tak cukup. Kami sanggup potong umpan hidup bila udang dan makin sikit. Bila aku melihat takungan udang hidup dah kosong, aku mengajak pulang. Lauk dan cukup bagi ku. Malangnya, KDN, ipar-ipar dan biras aku masih enggan. Sanggup pulak menghiris kerapu untuk dijadikan umpan. Kerapu benar-benar frenzy masa tu. Campaklah umpan apa pun. Ikan, udang atau sotong pasar sekali pun pasti akan bersambut. Sempat aku tertidur lagi menanti mereka selesai berhibur. Bagai tak mahu berhenti sehingga aku mengatakan bahawa ikan yang banyak ini akan busuk kalau tak pulang awal sebab kami tak bawa banyak ais. Sauh diangkat bila semua setuju untuk pulang walau pun ikan masih menggila.

"Cukuplah.. dah banyak sangat kerapu ni. Lain trip kita datang lagi", kata ku sambil mengemudikan bot menuju muara Gum-Gum.




Ni hasil pancing aku dan KDN aku. Ikan tak henti-henti makan.




Ni pula hasil keseluruhan 7 pemancing termasuk aku. Kerapu skala 1.2 kilo adalah ikan terbesar dan didaratkan oleh tekong. hehehe....


Nampaknya Lubuk Keriting dihuni oleh banyak kerapu juvenil ketika kami tiba untuk memancing. Mungkin jumlah kerana cerita Keriting yang semakin suram dalam tahun ni membuatkan ia jarang dilawati oleh pemancing. Tambahan lagi cuaca malam yang tak menentu membuatkan lubuk tersebut seakan berehat. Satu trip malam mesti diatur untuk menguji kebenaran kemungkin tersebut. Nantikan laporannya.. hehehehe


3 comments:

mayong said...

puas seminggu makan kerapu

mappeddo said...

nak juga pegi sana

mayong said...

tahun baru 2012 la jom

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...