Sebelah petang, perjalanan amat damai. Suasana yang kadang kala dirindui oleh para pemancing. Aku pun terpegun memandang.
Tiba di lokasi pertama, lampu belum di hidupkan lagi. Umpan belanak di pertaruhkan. malangnya langsung tiada getuan di rasa. huhuhu.. Lantas kami berpindah ke lokasi seterusnya dan berharap sotong memunculkan diri. Umpan belanak di abaikan. Malang sekali lagi, sotong liat nak timbul. sehinggalah lokasi yang keempat. kami beroleh sotong yang cukup untuk umpan.
Dengan berumpankan sotong, maka ikan yang di sasarkan jarang menolak. Sotong pun semakin meriah dan membuatkan tukang tangguk kami sibuk. Aku yang berada di buritan bot hanya diam sambil memegang joran tapi mula merasa bosan. Intai sotong lagi bagus.. hehehe
Asyik intai sotong di air yang diterangi oleh cahaya lampu, Rostam meluru ke arah joran aku pacakkan. Dia perasan joran aku melentur di henjut ikan. Aku lantas mengambil tempat dia sebelum pertarungan berakhir. Hahahaha.. Dan naik la seekor ikan tabung yang cantik saiznya.
bermula dari itu, satu demi satu ikan tabung aka jenahak melarikan umpan sotong kami. Ketiga-tiga pemancing merasa henjutan kasar dan memuaskan..
Ni pulak sotong terbesar yang berjaya di tangguk oleh rostam tanpa belas kasihan. Aku pulak tak sanggup cangkuk di mata kail sebab takut di ngap ikan yang lagi besar. Maklumlah, set pun cap ayam. Takut ikan lari tak cukup air, Aku bertahan pulak tak cukup tali.
Tabung terbesar trip ini. Bisa buat biji mata member merah. hahahahaha..
Hui.. Tak nak kalah juga mamat ni. Semua yang di darat kan pada trip ni adalah ikan tabung ja. langsung tiada kerapu.
Ni pulak antara hasil member sekampung aku. Pakar lampu pam kami. Tanpa dia, susah la kami dapat umpan segar. Lagi pun trip tu, kami cukup bertaruh. Tidak bawa sebarang umpan dari mana-mana. kalau lah sotong langsung tiada, tido ja lah jawabnya..
Suasana pagi pun amat menyejukkan mata memandang. Warna yang kebiruan begitu damai ku rasakan walaupun sepanjang malam tidak tidur gara-gara adrenalin yang sering di renjat oleh pecutan ikan dan tarian sotong..
Sebelah siangnya, kami masih mencuba. Malangnya hanya ikan kecil yang sudi menyapa kami lantas keputusan untuk pulang pun dibuat. Lagi pun lauk dah ada, buat apa lagi mau cari. hehehehe..
Nah.. Semua koleksi tangkapan kami selama trip malam hari sabtu. bahagi 3, memang lumayan juga lah. Bukan selalu dapat begini pun. Apa yang jelas, lokasi kami memancing tu akan terang benderang malam selanjutnya kerana ada beberapa nelayan yang nampak dan kagun dengan hasil kami. Mesti mereka juga akan mencuba tapi itu dah kerja mereka.
Akhir sekali, dalam fikiran, minggu depan mungkin turun lagi... hehehe sementara bulan masih gelap..
3 comments:
siapa dpt titir sekor tu?
tah lupa dah.. rostam kut. sebelah pagi tu kalau nda silap..
Tabung @ Jenahak beginilah idaman aku.....goreng pun sodaaaaaaaap.
Post a Comment