Followers

Monday, June 21, 2010

KERTAM BIKIN GERAM

Mendengar perkhabaran dari rakan pemancing yang selalu mengunjungi Kertam, hati ini seperti dipalu. Keinginan yang tinggi membuatkan aku berazam untuk menduga lubuk yang selalu jadi sebutan para memancing Sandakan. Maka dengan itu tersenarai lah nama aku dan seorang lagi rakan yang juga belum pernah mengunjungi Kertam, Cosmack Fahim, dalam satu team pemancing tegar yang selalu mengunjungi Kertam. Kami menggunakan khidmat tekong Kasran. Pada 19 hb jun 2010, kami berkumpul di tempat yang dijanjikan sembelum bertolak ke jeti. Maklumlah, aku bukan tau sangat jeti kat mana. selepas barang dimuatkan ke bot dan enjin dihidupkan, maka bermulalah satu perjalanan yang sangat diidamkan tapi belum tahu apa yang dijanjikannya. Sama-sama kita menikmati gambar yang berjaya di ambil selama trip.

Antara peralatan yang kami pertaruhkan. Aku punya hanya cap ayam ja ada jadi itu yang bakal diturunkan nanti.



Umpan yang telah di sediakan oleh organizer. banyak oo.. mungkin cecah 50 kilo. cayalah..


bot tunda yang di ubah suai untuk keselesaan pemancing. Tekong masih Kekalkan winch untuk kemudahan tarik sauh yang berat.

Persediaan yang tepat mesti dititik beratkan. 'mancing di kertam jangan main-main bro' pesan seorang teman. Kami pun ikut ja apa yang patut. Maklumlah, pengalaman amat cetek.




Dalam perjalanan, ada pemancing yang cuba trolling tapi sepanjang jalan langsung tiada sebarang sambaran. Aku cuma tukang tengok ja.Setibanya di lokasi, semua pemancing menurunkan pancing dan berharap agar ada monster yang menguji peralatan yang dipertaruhkan.. Aku pun tidak terkecuali.


Ini bukan ikan pertama naik tapi ni antara yang besar dan awal dinaikkan. Ikan lain tak sempat di photokan sebab tuannya cepat ja masukkan dalam tong ais.


Saudara Cosmack yang banyak menerima strike dari spesis ikan putih yang kalau tak silap aku ikan ni bernama cermin. Harap maaf kalau salah tolong betulkan.


Ni la mangsa aku. Aku keliru antara cermin dengan sagai tapi yang pastinya ikan ni di namakan ikan putih kalau di sandakan. hehehehe..





Awak-awak yang rajin dan sentiasa bersemangat.. Maaf.. aku segan nak amik gambar tekong. hehehehe.. ni pun amik candid ja.






Aktiviti berendam di air laut menjadi agenda terakhir kami lokasi ni berhampiran di taganak bila hari kedua berada di kertam hasil pancingan masih kurang dan sunyi. Selepas bermandi-mandian, kami pun sepakat bergerak pulang kira-kira jam 1330h,20hb jun 2010.


Antara pemandangan yang biasa di kg Batu Putih. Bot nelayan pukat tunda cukup banyak di sini.Ini lah bot tekong Haji Kasran. Anda boleh dapatkan maklumat dtentang tekong ini di kalangan pemancing laut dalam di Sandakan.







Dan demikian lah trip kami yang agak mengecewakan bagi mereka yang biasa meraih tangkapan yang lumayan. Bagi aku dan Cosmack, cukup puas hati terutama cosmack yang di serang ikan bertubi-tubi hingga ada masanya dia dapat double strike. Sementara aku pulak cuma berjaya mendaratkan 2 ekor ikan dan berjaya membantu rakan menaikkan seekor ikan gerong pulau skala 3 kilo.

Sempat lagi berposing dengan hasil tangkapan. Tahniah teman.. semoga kita dapat bersama lagi di trip akan datang. Terima kasih atas segala bantuan dan panduan. Mohon maaf andai repot ini banyak kekurangan..

















8 comments:

mayong said...

gambar ke-7 tu ikan apa tu? alu alu bunting ke? wahhh... ikut kasran ha? hehehehe... jadi? apa macam? hehehehehe...

alphakilo said...

gambar ikan tenuk ba tu. lemak ja dalam perut dia.. huhuhuhu.. ikan ni kalau banding ngan alu-alu sirip kuning memang jatuh terus. sedap lagi alu-alu sirip kuning. hehehe

tbyrodney said...

bestnya..... bila lagi next trip? bawa terus video camera untuk tunjuk pertarungan dengan ikan2 mega sana.

mayong said...

bawak saya la jadi cameraman... saya mancing bila org tak mancing jer... tapi saya punya tambang korang bayar la...

jepp79 said...

boleh tahan juga.. tiada jigging ka?

alphakilo said...

ada juga yang test jigging tapi letih ja dapat. hehehe.. set tak sesuai lah. nak jigging hapanya kalau joran bottom buat unjun jig 40 g. hehehe

sapporo said...

sampai hati ko tnggalkan aku alpha..ko mmg alpa..alpa..!!!! ngam la ngan namamu tu alpa..! tp aku tabik jugakla kamu punya hasil..kira okla tu..

Anonymous said...

Hai, saya nak info tekong kat sandakanSap

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...