Bot yang kami gunakan diberi nama Tabungai. Saya tak pasti apa maksud dia. Trip yang tergesa gesa ini diaturkan oleh Abg Man. Kawan kepada Ady Rexton, member dalam MFN.
Kapten bot memecut bot meninggalkan jeti Kampung Tanjung Kapur pada pukul 08.30 pagi. Lupa saya nak tanya nama pakcik ni. Abol (adik ipar saya) turut tersenyum. Excited tu trip mancing laut pertama di Sabah.
Kapten bot bawak kami mancing di sekitar Tanjung Kapur jer. Kami tak menunggu lama untuk menaikkan ikan walaupun umpan yang digunakan adalah udang mati. Mula mula saya dapat belukang jer. Bila tengok keliling, mirip benar maam Bambangan di Sandakan. Tapi lepas tu baru la naik ikan putih. Baby GT la tu...
Lepas tu pakcik tu pulak dapat ikan putih, diikuti Abg Man. Best best. Tak pernah saya dapat ikan putih di siang hari dengan keadaan air yang keruh akibat hujan lebat malam sebelumnya. Guna udang mati pulak tu. Abol semakin tertekan bila mana semua dah dapat lesen.
Abol bergambar dengan ikan putih kedua Abg Man. Harap-harap aura ikan putih berjangkit kat dia lepas ni. Lepas tu pakcik tu dapat lagi 2 ekor ikan putih. Semakin seronok pulak mancing pagi tu walaupun cuaca panas terik. Sedang leka berbual-bual, joran Abol direntap kasar. Berdesing tali keluar dari spool. Abol yang panik, gagal mengekang larian ikan. Drag gagal diketatkan dengan cepat. Penyudahnya perambut 20lb putus macam kena gunting.
Lepas tu kami pindah pulak ke takat handset. Abg Man lagi dengan ikan putih yang paling besar dalam trip ni. Menurut cerita pakcik tu, takat handset mendapat nama selepas seorang pemancing yang leka bermain handset secara spontan tercampak handsetnya ke laut gara-gara dia menerima sentapan yang ganaz dari sang ikan. Lepas ikan dinaikkan, seekor pari besar, baru la dia sedar handsetnya dah hilang. Kui kui kui...
Lepas tu kapten bot pulak dapat pari, memang berat, saiz tak la besar sangat. Anggaran saya lebih 7kg tu.
Abol bergambar kenangan dengan Pari yang dinaikkan oleh kapten bot. Jadik la...
Jam dah menunjukkan pukul 1 petang, dalam perjalanan pulang ke jeti Abol menggunakan masa kecederaan tersebut dengan sesi trolling. Menurut Abg Man dan pakcik tu, kawasan tersebut banyak dihuni kawanan ikan talang. Try jer la, mana tau ada nasib. Gewang eupro selaman 2 m menjadi taruhan namun masih lagi kumpau. Apa nak buat takde rezeki.
Abg Man
Pakcik kapten dan Abol
Hasil keseluruhan pada hari itu adalah 6 ekor ikan putih, sekor belukang dan sekor pari. Walaupun hanya berpeluang mancing tak sampai 5 jam kerana kami ada program lain pada sebelah petangnya, kami semua sangat seronok dan enjoy.
Abis mancing, kami hantar 3 ekor ikan putih ke restoran Family Cafe untuk dijadikan lauk makan malam nanti. 2 ekor masak 3 rasa, sekor lagi masak kicap. Abg Man dengan Ady Rexton turut hadir sama.
6 comments:
bang, sewa bot dia berapa ringgit..??
RM50 jer tu all inclusive... bila nak try?
terbuka untuk kaki pancing...cukup murah tu,,,menantu ampunya bot tu lagi gila pancing...
siok o.. mana tmpt mancing tu?
Salam bos boleh saya dapatkan no pone pemilik bot tu
boleh minta no bot tu kami mau sewa selain memancing mengarang juga mau haha
Post a Comment