Followers

Saturday, April 17, 2010

Trolling sesi 1/2010

Minggu lepas terjadinya trip trolling edisi 1/2010 untuk saya (mayong) dan Arbakin. Trip ini disertai juga Jepp, Rodney, Rostam dan Asrin. Enam orang pemancing mengatur strategi bagi menaikkan ikan sasaran masing-masing. Kami bertolak dengan 2 buah bot. Bot 1 dinaiki oleh Arbakin, Jepp dan Rodney, manakala bot 1 lagi dinaiki Asrin, Rostam dan saya sendiri. Sebenarnya trip trolling ni Rodney la mastermind dia. Dah lama benar dia nak try trolling.


Kelihatan bot yang dinaiki Arbakin, Jepp dan Rodney memecut laju meninggalkan kami untuk sampai dulu ke spot pertama. Kerana merasakan kami boleh mengancam kedudukan mereka, maka Arbakin pun menahan bot kami lalu disuruhnya balik ke jeti untuk memulangkan barang yang dia dah terambik bawak pegi mancing. Oho... ni rupanya teknik baru Sg Beruang yang dia rahsiakan tu.

Teknik tersebut berjaya menaikkan seekor siakap merah berumpankan gewang Halco Marlboro. Rodney cuba dapatkan close up sikap merah tersebut dengan harapan hasil karyanya itu dijadikan cover majalah Kembara Kail isu akan datang. Hehehehehe...
Setelah separuh hari menunda, kami berehat sebentar di sebuah pulau kecik yang saya panggil Pulau BBQ untuk makan dan minum sambil-sambil cuba casting. Mana la tau kalau kalau ada siakap putih yang sudi menyerahkan diri untuk dijadikan juadah tengah hari.

Seorang ahli trip dalam kelaparan makan dengan rakusnya tanpa mempedulikan water boiling di depannya. Biar lah, GT ke siakap ke, MJ ke... isi perut dulu katanya. Kebulur dah ni.

Di atas rasa bersalah meninggalkan kami terkontang kanting tadi, Arbakin telah menebus kesilapannya dengan mendermakan siakap merah sulung trip ini untuk lauk makan tengah hari kami. Hehehehe... terima kasih encik!!

Ikan siakap merah bakar disediakan khas oleh Syef Asrin yang juga boatman bot 2. Sedap rupanya MJ ni walau bakar kosong macam tu jer. Fresh pulak tu. Cecah plak dengan sambal kicap. Perghhhh... hilang kejap penat.

Pemburuan kami diteruskan selepas berehat makan tengah hari. Sesi casting di Pulau BBQ gagal memperoleh sebarang hasil. Ikan tidur agaknya tengah tengah hari macam ni. Gewang Rostam berjaya memikat anak alu alu, terlompat lompat alu alu tu ala lompatan ikan layaran Endau Rompin. Memang tak padan kecik
Tersenyum puas Rostam sampai ke telinga walaupun ikan sasarannya Borneo Black Bass belum kunjung tiba. Kalau la alu alu ni dapat sebelum makan tengah hari tadi kan best. Hehehehe...

Rupa-rupanya perancang utama trip ini pun berjaya menaikan seekor anak alu alu sirip hitam. Sebelah tangan jer dia angkat alu alu tu, tak boleh lawan hungkai Taganak.

Kami mengakhiri trip ini pada pukul 4 setengah petang setelah tiada lagi sambaran. Walaupun bermacam macam jenis warna, bentuk dan jenama gewang dicuba tapi cuma Arbakin, Rostam dan Rodney yang berjaya menaikkan ikan. Saya, Jepp dan Asrin dapat tengok jer ikan orang sambil tumpang bergambar. Setelah diteliti, semua ahli trip ada menerima strike, cuma mungkin kurang bernasib baik.


Trip yang sungguh meletihkan akibat cuaca panas ini meninggalkan pengalaman manis dan berharga buat kami semua. Yang penting happy. Ini belum betul betul lagi ni... Mancing kena sampai pengsan. Baru la.... hehehehehe...

1 comments:

Puaka Anglerz Tribe said...

ya!!! ini belum pingsan lagi ni!!!
report pari rimau mana???

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...