Ikan pertama saya lepas lebih sejam menunggu. Ni ke Ikan Cupak? Yang pastinya di Sabah ni orang panggil Ikan Putih. Best rupanya layan ikan putih dari tebing ni. Kecik jer... 400 gram tapi dia punya melawan... perghhh... kalah ikan puyu.
Suasana malam tadi. Angin sepoi sepoi bahasa. Tikus-tikus berkeliaran berebut kepala udang yang dibuang. Ada la 2 3 orang pemancing lain tapi diorang balik awal. Mat rempit, aweks aweks dengan kaki lepak ramai la. Tak la boring sangat tunggu ikan makan umpan. Ada lagu lagu night club. Hehehehehe...
Kawan saya, Cikgu Hamsi pun dapat jugak ikan ape ntah. Lepas timbang, berat dia 180 gram.
Lepas tu joran dia kena lagi. 1st time dalam hidup saya tengok joran terbang depan mata. Mujur lah air surut, kalau tak, abis la joran dia hanyut. Nasib baik ada sorang brader ni, Omar nama dia, tolong ambik joran tu yang dah jatuh ke batu batu. Sempat dia melayan asakkan ikan misteri tu. Nampak gaya macam besar. Penyudahnya mainline braided 50 lbs putus. Haihhh... ikan apa la agaknya tu.
Lepas tu joran dia kena lagi. 1st time dalam hidup saya tengok joran terbang depan mata. Mujur lah air surut, kalau tak, abis la joran dia hanyut. Nasib baik ada sorang brader ni, Omar nama dia, tolong ambik joran tu yang dah jatuh ke batu batu. Sempat dia melayan asakkan ikan misteri tu. Nampak gaya macam besar. Penyudahnya mainline braided 50 lbs putus. Haihhh... ikan apa la agaknya tu.
Lepas tu saya dapat lagi. Kali ni Ikan Kaci atau Lepik seberat 600 gram. Saiz hidangan. Best best. Sekali lagi dibantu oleh brader Omar, orang Batu 10 Sandakan. Asal pancing tersangkut kat batu jer, dengan ringan tulang dia menolong. Bahaya tu turun kat batu batu licin. Tengkiu bang... kalau saya dapat banyak ikan malam tadi, kompom saya bagi abang 2 3 ekor.
Curi curi pinjam alat penimbang tepung isteri buat timbang ikan. Sebab tu la kami tau berat ikan. Planning pun memang nak adakan pertandingan mancing. Kena la ada penimbang. Balik rumah cepat-cepat cuci dan masuk kotak balik. Kantoi nanti susah. Hehehehehe...
Ikan bolos penutup tirai mancing malam tadi. Cadangnya nak stay lagi sebab ikan tengah galak makan, tapi dah pukul 2 pagi. Mata pun dah rabak dah. Cukup la tu... lain kali boleh mancing lagi. Tu la dia aktiviti mancing saya yang pertama untuk tahun baru 2010 ni. Agak terlewat dari kaki kaki pancing yang lain.
8 comments:
tahniah..... memang power ikan2 kau dapat dari tembok tu saja. kalau kau rambat dari tepi2 tu, confirm dapat banyak belais dan kitang.
Thanx... susah merambat di situ... selalu sangkut batu... nanti rambat koyak...
tahniah.. tahniah.. pakai umpan apa masa tu?
umpan udang kopek bang...
tapi udang pun fresh tu. udang baru. ptg tu beli di BDC
best korang punya mancing oo. siring-siring pun dapat kaci. tahniah lah bro.. nasib baik lah aku jauh kat hujung dunia sana. kala tidak, mesti aku pun ada pastu pinjam set pancing mayong..hahaha
tahniah mayong... tapi aku xtahan dengan set timbangan tu... wakakakaakakakaka...
tahniah mayong and the geng..kim salam dgn awek yg limpas2 di situ ah..tp aku nk buat 1 permintaan la..tolonglah tambah takat 2 ringgit kedlm forecast korang yg siring2 tu..timakasih yek..
sapporo
bro sapporo... tengkiu... eh, bagi la koordinat takat 2 ringgit tu... itu pun kdukut ka? mcm mana nak tau weather forecast kalau takde koordinat...
Post a Comment