Followers

Wednesday, February 16, 2011

KRONOLOGI PANCINGAN EMPAT HARI

Tatkala membelek kalendar di pejabat, terlihat pulak pada tarikh 15hb feb iaitu cuti umum sempena maulidur Rasul. Kebetulan jatuh pada hari selasa dan pasti lebih selesa kalau disambung cuti pada hari isninnya. Maka dengan pantas cuti pun diminta dari bos. Rasa mau mancing sampai pengsan la kali ni. Empat hari tu. Hehehe....



HARI PERTAMA (12 feb)....
Tiada sebarang cerita di hari pertama kerana pagi sabtu dihabiskan untuk persiapan peralatan memandangkan trip dirancang bergerak sebelah petang sabtu dan akan bermalam di laut pada malamnya. Sekitar jam 3 petang, bot yang kami sediakan hanya memuatkan 2 pemancing iaitu aku dan anak buah aku Asrin yang dilantik jadi tekong untuk trip ini, bergerak perlahan menuju ke lokasi dirancang iaitu takat Keriting. Malangnya cuaca yang berangin menghalang kami untuk terus bergerak. Haluan diubah ke takat siring-siring. Di lokasi tersebut, kami dihiburkan oleh alunan ombak dan perasaan boring memandangkan tiada sebarang sapaan dari penghuni lubuk. Lantas, tekong mencadangkan kami pulang dan akan turun kembali esok pagi. Kami bergerak pulang sebelum hujan turun..



HARI KEDUA (13 feb)....

Pergerakan seawal jam 7.30 pagi menuju ke kawasan pantai Dandulit untuk mendapatkan umpan sebelum beraksi di lokasi. Ahli masih juga berdua bersama anak buah aku, Asrin.
Susah juga lah dapat umpan. Terpaksa juga minta tolong dengan nelayan yang berada di sekitar sana. Dapat juga lah dalam 30 ke 40 ekor udang hidup untuk disajikan kepada penghuni lubuk..



Besar punya udang ooo.. hehehe




Selanjutnya kita tengok gambar dulu..










Ikan buntal yang disangka ikan kerapu tapi dilepaskan juga semula dalam keadaan selamat.

Double strike memang sering terjadi tapi kebanyakannya kami tertewas. Gambar di atas menunjukkan anak buah aku yang dapat ikan kerapu hampir serentak. Mujur aku sanggup tolong. hehehe..

Hasil keseluruhan pada hari kedua. Cuba lihat latar gambar pemancing di atas, betapa tenangnya laut pada trip hari kedua ini. Apa yang kurang adalah umpan yang agak susah didapatkan. Terpaksa lah kami pulang walaupun air masih cantik dan ikan masih melayan. Lagi pun kami berdua sudah beroleh kerapu 15 ekor, gelama saiz tapak tangan juga berbelas ekor, tabung 2 ekor dan senangin seekor.. Hajat dihati ingin turun lagi esok hari untuk menggenapkan hari ketiga trip ini.
Hari ketiga (14 feb)...
Kali ini kami turun agak lewat kira-kira jam 2 petang memandangkan arus memang lewat bergerak. Lagi pun susah mau dapatkan udang hidup kalau arus belum bergerak. Sebagai jaminan umpan yang banyak kami dah ingatkan seorang anak buah aku yang turun kelaut untuk memukat udang. Kami akan cari dia dilaut. Alhamdulillah, umpan kali ni memang mewah. Apatah lagi kami berdua sahaja yang menggunakkannya. Malangnya laut agak berombak lantaran angin timur laut yang bertiup laju.

Ikan pertama yang aku daratkan berumpankan udang hidup. Senangin skala 3 kilo dalam anggaran ku. Pecutan nya memang mendebarkan. Sebelum aku diuji oleh pecutan ikan ini, anak buah aku terlebih dahulu dikejutkan oleh pecutan yang juga kami duga senangin malangnya anak buah aku tertewas dengan mudah bila perambut 60lbsnya putus digesel oleh bibir sang senangin.


Beberapa ketika kemudian, anak buah aku di uji lagi. Shimano aernoss 8000 dikerah habis-habisan agar ikan tidak dapat melepaskan diri. Memang seronok bertarung dengan ikan ni lebih-lebih lagi kalau saiz besar.

Tercapai juga hajat anak buah aku mendaratkan ikan yang memiliki daya juang yang tinggi ini. Lesen senangin skala 3 kilo lebih. Begitu juga dengan aku, lesen senangin untuk tahun ni dah dimiliki. Malangnya, masa kami untuk memancing pada hari ketiga ini menjadi pendek bila sauh yang kami guna putus kerana ombak yang kuat. Memancing tanpa sauh di laut berombak bukan lah satu aktiviti yang aku gemari. Selepas seekor pari harimau anak tewas oleh anak buah aku, kami sepakat untuk pulang. Cukuplah untuk hari ni.
Hari keempat 15 feb..
Memandangkan hari ketiga angin dah bertiup dan menghasilkan ombak kuat, malah tidak berhenti sampai ke pagi esoknya, aku membatalkan niat untuk turun memancing pada hari keempat. Namun selepas mengikuti majlis maulidur Rasul di masjid sebelah pagi, adik aku pula mencadangkan trip sebelah tengahari. Aku pulak tak fikir panjang main join ja memandangkan mereka pun hanya berdua. Maka kami pun bertolakkan bertiga dari jeti kira-kira pukul 1 setengah. Untuk trip kali ni pun sukar untuk dapatkan udang hidup. Kami cuma beroleh kira-kira 20 ekor udang hidup sahaja.

Dapat juga aku lesen tabung saiz sekilo hari ni. hehehe... Selain tabung ini, aku beroleh seekor lagi tabung dan 3 ekor kerapu saiz 700 -900 gram tapi dah malas nak amik gambar sebab ombak kuat menggoyang bot. Lagi pun yang lain sibuk jaga pancing.



Anak buah aku pula dapat seekor tabung dan beberapa ekor kerapu bersaiz lebih kurang yang ada ditunjukkan.. Ada juga pecutan kuat tapi berjaya melepaskan diri.

Manakala adik aku Jas, berjaya mendaratkan ikan kerapu terbesar dalam trip ni dan beberapa ekor lagi. Masa kami memancing tak sampai pun 3 jam memandangkan banyak masa habis mencari umpan dan kami seringkali hanyut dipukul ombak yang besar. Akhirnya kami sepakat pulang pada jam 4 setengah petang.
Demikianlah celoteh panjang tentang kronologi pancingan aku semasa cuti hujung minggu ditambah dengan cuti umum dan cuti sendiri. hehehe... Rasa tak sabar menunggu kehadiran bulan mac.. ngeh ngeh ngeh....

7 comments:

mayong said...

dah teruji jugak shimano aernos 8000 ha... saya punya belum lagi tu

alphakilo said...

tu anak buah aku punya.. aku cuma saiz 4000 ja.. kekili tu lah yang tarik pari rimau tu..

mayong said...

hari kedua 7:30 pagi tu yg best... hehehehehe...

alphakilo said...

air tenang dan ikan melayan betul. pantang hulur. malangnya umpan pulak limited.. hehehe gitu la adat mancing. ada ja masalah..

the Shadow said...

mesti sedap rasa senangin tu. segar bugar. renjatan kail pula mesti mendebar dan mengasyikkan.

sapporo said...

waduhh...pesta kerapu kamu geng...bestnyer...

alphakilo said...

masa tu ja pesta tapi sekarang dah lama takat tu sunyi.. hehehehehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...