Followers

Monday, March 21, 2011

Trip cuaca sejuk.

Cuaca belum pun stabil. Isu nuklear di Jepun belum pun reda. Namun tangan yang teringin merasa karan penghuni lubuk seolah mendesak aku turunkan sauh dan pancing. Bertemankan adik aku jas dan sorang kawan yang lama tak turun mancing, Rostam, aku memecutkan bot biru 20 kaki panjang ke lubuk yang paling dekat dengan muara Gum-Gum, Pulau baru. Berbekalkan umpan udang yang dibeli dari pemborong udang di Kg dan 5 ekor udang hidup yang kami dapat guna jaring, aku teguhkan hati walaupun cuaca memang seakan menghalang niat kami. Kiri dan kanan laut menunjukkan cuaca memang merbahaya untuk pemancing. Aku bukan risaukan ombak atau angin tapi takutkan panahan petir yang tiba-tiba. Tapi kerisauan itu ditolak ketepi. Disebelah barat, ada sinar harapan. Hujan renyai-renyai menyambut kedatangan kami. Sebab tu lah kurang gambar untuk ditatap dalam trip ni.

Selalunya, bila memancing dalam cuaca yang sejuk, hasil pun kurang memberansangkan. Mungkin ikan juga kurang aktif pada masa sebegitu. Sungguhpun begitu, ketiga-tiga peserta dapat menjinakkan tangkapan masing-masing walaupun bukan spesies harapan. Hasrat adik aku ingin menguji set barunya juga tidak terlaksana lantaran tiada penghuni handal menjamah umpan. Jom tengok gambar. Entah ikan apa yang ada..




yu 'tokek' diberi nama oleh nelayan tempatan. Satu-satunya ikan yang berjaya merebut umpan udang hidup dari amukan ikan kecil didasar lubuk. Ikan ni dilepaskan bersama sedikit amaran supaya tak mengulangi kesilapannya lagi. hehehe...


Antara hasil yang Jas raih berumpankan udang yang dibeli. Kebanyakan hasil tidak difotokan kerana sebab hujan dan ikan kurang berkualiti seperti utik dan gelama. hehehe..


Aku cuma ada satu tangkapan yang boleh dibanggakan iaitu seekor sembilang atau gemang. Aku sangka aku bertarung dengan kerapu saiz sekilo dua sebab larian ikan ni hampir sama dengan ikan kerapu. Ternyata sang gemang yang menyembat udang kopek aku. Besar juga la. Hasil aku yang lain cuma utik, gelama dan beberapa ekor kerapu saiz bibit. Dilepaskan sahaja.

Sang gemang ditimbang setiba kami dijeti kira-kira jam 4 setengah petang. Cecah 2 kilo. Mungkin ini sembilang terbesar yang pernah aku daratkan..

Inilah semua hasil kami bertiga dalam trip cuaca sejuk ni. Untuk pengetahuan, kami menduga 4 lokasi dalam trip ini iaitu, pulau baru, scow karam, keriting dan kapal buruk. Hanya di kapal buruk dan pulau baru yang ada sedikit sambutan. Alhamdulillah, kami selamat pergi dan pulang walaupun dalam keadaan yang sedikit kucah dan cuaca yang agak kelam. Semoga trip akan datang tidak berteman cuaca sejuk dan kucah.

7 comments:

alphakilo said...

tah apa la kena mengena isu nuklear dengan trip mancing aku.. hehehe aku pun nda tau.. muahahaah

nuKlea said...

semilang tu sedap jg masak kari, tak pun masak 'ampap' , janji pancinggg

Anonymous said...

Sedap semilang ni masak asam pedas... Masak ampap lagi laaa sedappp!

alphakilo said...

aku bantai masak kari la ikan tu.. hehehe.. bab insang dia paling suka makan..

mayong said...

saya biasa panggil gemang. pasal kepala dia dah menggerutu mcm alien. tu la ciri2 utama yg membezakan sembilang dan gemang... itu ikut saya la...

alphakilo said...

warna pun ada beza la mayong.. dah nampak pudar warna hitamnya.. masak pun kena reneh lama sikit mau kasi lembut. hehehe

mayong said...

betul2... warna dia dah kelabu skit

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...