Hari sabtu aku luangkan sedikit masa untuk menjala udang hidup memandangkan tiada tukang jala mau ambil tawaran untuk dapatkan umpan hidup. Rupanya susah dapatkan udang hidup masa air pasang pagi begini. Mujurlah malam sebelum trip, seorang nelayan beroleh ikan tamban dengan jumlah yang banyak. Aku dapat pow dalam 10 kilo tamban segar untuk dijadikan umpan.
Kami bergerak sekitar jam 8.30 pagi. Bot menghala ke Pulau Baru sebagai lokasi utama. Sayangnya Pulau Baru gagal menghiburkan kami. Selepas beralih di beberapa lokasi di sekitar Pulau Baru, aku mengambil keputusan untuk menguji Takat Tajam.
Tumpuan penuh dari semua pemancing. Takat Tajam jarang menghampakan aku dan pemancing. Aku memberi peluang pada mereka untuk menggunakan udang pink hidup manakala aku cuma menggunakan hirisan ikan tamban yang sudah di ais.Di Takat Tadika, hanya Andi beroleh seekor tabung kecil manakala Rostam pula diasak oleh pecutan kuat yang memaksa dia bergerak dari haluan bot ke buritan. Malangnya pertarungan berakhir dengan ketewasan sang pemancing. Ada yang teka alu-alu ada pula teka tabung atau gerepoh. Kami semua tak pasti ikan apa.
Selepas takat Tadika sunyi, kami beralih ke Takat Keriting pula. Mengharap sang kerapu masih sudi hiburkan kami. Ternyata kunjungan kali ni menyaksikan kurang sambutan dari penghuni Takat Keriting. Lokasi yang dianggap kolam kerapu ternyata begitu kurang sambutan. Bukan tiada tapi kurang.Apa yang aku perasan adalah semua gambar aku nampak sangat cerah hingga gambar agak kurang jelas. Adakah ini aura sang ikan tabung dan kaci atau aura jeles kengkawan. hehehe...
Kami bergerak ke muara sekitar jam 3.15 petang dan singgah di muara untuk menduga sang siakap berbekalkan 8 ekor udang yang aku jala di anak-anak sungai setiba dimuara. Malanngnya tiada sebarang getuan dari pahlawan muara sepanjang penantian kami.
Secara keseluruhan, trip ini masih ada kesilapan percaturan dari tekong iaitu aku sendiri. Aku gemar mengikut pergerakan biasa ketika mengunjungi setiap lubuk. Mengikut pengamatan aku sendiri, pergerakan kunjungan lubuk sepatutnya berbeza dari biasa mengikut jadual arus pasang surut namun keadaan laut yang agak berombak menghalang aku menyesuaikan pergerakan dan terpaksa mengikut corak lawatan seperti biasa. Apa pun aku akan cuba dilain trip bersama corak pergerakan yang sesuai dengan arus dan umpan.
2 comments:
Bro... Camna mau kontek skiranya memerlukan khidmat bot tuk mancing..???
hehehe..nice report
Post a Comment