Followers

Monday, July 25, 2011

KERANA SESUAP NASI

Sebagai ayat pembuka kata....


Tidak semua yang dirancang berjalan seperti diharapkan.

Tidak semua perkara berlaku seperti selalunya.


Trip ini dirancang lebih kurang seminggu bersama seorang rakan sepejabat. Lokasi cadangan adalah di Pintasan. Malangnya 4 hari sebelum masa dijanjikan, sang rakan mengajak aku duduk minum. Dia yang belanja minum lagi. Ingatkan saja-saja. Rupanya ada udang disebalik batu. Sang rakan mengemukakan bahawa dia tidak dapat join dalam trip yang dirancang. Aku tinggal pasrah. Kos trip pintasan 2 hari 1 malam tidak kurang dari rm180. Mana mungkin aku dapat tanggung kos sebegitu sendirian di hujung bulan begini. Habis.. mau ajak siapa lagi? Akhirnya, trip di batalkan. Pun begitu, aku tetap akan turun juga walau pun hanya di sekitar Pulau Baru. Bersendiri. Hari ahad. Aku takkan gentar di padang permainan ku sendiri.


Pagi ahad di jeti Kg Sg Beruang disibukkan dengan 4 pemancing termasuk aku. Ingatkan aku bakal bersendiri rupanya ada juga team yang ingin join dengan aku. Team dari kesihatan termasuk adik aku, Jas. Dalam trip ini, aku tak mensasarkan apa-apa yang lumayan kerana air tak cukup cantik. Bagi aku, cukup la sekadar dapat lauk untuk sekali duduk makan. Sebab tu trip ni dinamakan sebagai trip KERANA SESUAP NASI.



Gambar sekadar hiasan



Seawal jam 6 pagi, aku bertolak sendirian menuju muara. Umpan udang hidup perlu ku dapatkan untuk jaminan tangkapan bagus di Pulau Baru. Aku selesai mencari umpan sekitar jam 9 pagi dan pulang ke jeti untuk mendapatkan peralatan dan ahli trip yang lain. Kami beredar dari jeti sekitar jam 10 pagi.

Lokasi pertama dilawat adalah Takat Tajam yang terkenal dengan kerapunya. Namun, arus yang lemah dan tak menentu membuatkan penghuni takat menjadi kurang aktif. Hanya beberapa ekor kerapu dan tabung berjaya dinaikan. Aku sendiri cuma dapat 3 ekor kerapu dan seekor tabung.

Lokasi kedua pulak kami sasarkan di Pulau Baru. Pun berkeputusan sama. Malah lebih teruk lagi. Aku langsung tak merasa getuan ikan di lokasi kedua. Kelihatan di kiri dan kanan lubuk, beberapa kumpulan ikan kecil kelihatan menggeremut begitu banyak. Juga sesekali deburan ikan besar menghambat sang ikan kecil. Seorang rakan cuba menurunkan apollo. Hanya 2 ekor berjaya dijerat. Anak ikan kembung bersaiz hampir 2 jari. Mungkin ada ikan pemburu turut berpesta di sekitar Pulau Baru membuatkan ikan buruan kami seperti tabung dan kerapu bersembunyi.

Akhirnya kami bergerak ke muara. Ingin mencuba nasib di lubuk berpotensi. 4 lokasi kami lawat dan aku berhasil mendaratkan ikan senangin 300 gram dan gelama menjadikan jumlah koleksi tangkapan aku meningkat ke 6 ekor. Peserta lain lebih lumayan dari aku. Ada yang naik tabung, kerapu dan juga senangin. Malah jumlah lebih banyak dari ikan aku. Sekitar jam 5 petang, kami bergerak ke jeti bersama hasil tangkapan masing-masing yang tidak dicampur.


Dan sebagai ayat penutup kata..

Seperti diatas, tidak semua report perlu ada gambar. Cukup la sekadar cerita. Tiada juga yang nak di megah. Hanya lauk untuk sehidang meja. Lagi pun dalam trip ini aku membawa sebiji kamera yang langsung tiada cas baterinya. Jangankan nak tangkap gambar, hatta nak hidupkan kamera pun tak dapat jua. Demikianlah adanya cerita.Trip Sekadar Sesuap Nasi Cuma....

hehehehehe.....

6 comments:

mayong said...

agak sedih bila baca laporan ni. Madhi tanya, ada lagi ka trip terakhir sebelum ramadhan?

alphakilo said...

tah lah.. peluang last pun minggu depan tapi kalau ku layan juga, mungkin aku punya projek sangkar udang tu akan lebih terlambat dari masa ditetapkan. abis aku kena bayar denda pulak.. nanti lah difikirkan bah.. hehehehehe.. malam nak??

mayong said...

kena tanya org yang request dulu...

lelek said...

kalau mau join ble ka lama mau cuti ni

alohakilo said...

bila ko cuti lelek? ko join ja tapi nda tau ada ka trip ni atau tidak. aku sibuk ni hujung minggu ni.. tengok ruang dulu lah aa.. hehehehe

lelek said...

puasa ba jadi cuti la dulu ni hehepuasa ba jadi cuti la dulu ni hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...