Sabtu lepas aku sediakan trip untuk bawa akan buah aku yang tolong aku baiki bot. Aku dah janji dengan dia akan bawa dia ke lubuk yang jarang orang pancing sebab lubuk tu susah nak kesan kalau harap tengok tepian ja. Hanya dengan GPS dan digandingkan dengan SONAR baru la lubuk dapat di kesan. Kawasan dia agak besar tapi tempat paling berpotensi sangat terhad. Cuba la rendam umpan udang hidup di sebelah kiri bot andai lubuk tu di sebelah kanan bot. Anda akan dapat umpan balik. Kena rendam ditempat yang betul baru ada ikan.
Trip ini kami sasarkan ikan kerapu dan tabung. Berumpankan udang kapur yang hidup. Bertemankan enjin 15hp dan berpegang pada sauh yang berikat rantai (dah 3 sauh aku terkorban disini). Juga dalam trip ini kami jarang bergambar. Hanya seekor seorang sekadar untuk kenangan.
Anak buah aku pun ingin mengabadikan gambar kerapu dia yang lagi besar dari aku.
1.89 kilo tu..
Ni pulak antara koleksi ikan tabung yang menyelit dalam kumpulan kerapu yang menyerang kami.
Antara hasil yang kami perolehi dalam trip ini. Kami dihiburkan oleh ikan kerapu tanpa rehat sampai lah arus surut laju. Pantang hulur umpan, kerapulah yang makan. Kalau dah kedengaran bunyi drag tu diheret, minta maaf, jangan harap lagi sang ikan dapat dinaikkan. Pasti telah bersembunyi dalam lubang. Banyak kes joran viper aku ditewaskan tarikan padu hingga aku terpaksa rehatkan set pancing kesayangan aku dan tugasnya diambil alih oleh joran relix yang lebih perkasa dan mampu mengheret sang kerapu tanpa membenarkannya mengheret drag. Drag memang kunci habis. Baru lah ada hasil. Pun begitu, banyak juga kes tak 'tak dapat naik' bila aku terlewat menyentap dan mendesak ikan keluar dari dasar lubuk. Mungkin saiznya melebih 2 kilo sebab tangkapan terberat kami adalah kerapu 2.1 kilo. Maaf, tak sempat timbang dah.. hehehe.. Hasil semua kerapu terkumpul untuk dua pemancing adalah 15 kilo.. Satu trip yang berjaya bagi aku pada tahun ini. Aku akan datang lagi ke sana.. Ngeh ngeh ngeh........
5 comments:
kerapu! banyaknya. bila tu? nak ikuttt..... ngeh ngeh ngehhh...
masa tu banyak lah.. tapi esoknya anak buah aku turun lagi bersama 3 bot mengekorinya dan masing-masing cakap kurang dah kerapunya. anak buah aku cuma dapat 10 ekor ja saiz bawah 700 gram.. bot lain lagi la parah..
macam lupa suda macam mana ikat mata kail...... dah lama sangat tak turun mancing.... uhuk uhuk....
sesekali tu turun l mancing ba tuan KP.. dah lama benar nda turun mancing. dah lebih setahun kut. trip siang dah lah.. sekadar jangan hilang kalis mabuk laut di badan tu. hehehehe... jom mancing..
Bro KP,aturlah trip..dpt ikan mega,bolehlah stim di TS..ehehehe jgn lupa jemput saya makan hehe
Post a Comment