Followers

Tuesday, May 3, 2011

DAN... KENANGAN MANIS SANG PEMANCING PUN TERCIPTA LAGI..

Hari ahad jatuh pada 1 mei bersamaan hari pekerja. Aku pula awal pulang pada jumaat. Sebelum solat jumaat aku sampai di rumah. Kelam kabut mengejar waktu solat. Keluar saja dari masjid Kg, aku terus dihidangkan dengan satu cerita dari beberapa orang.


"Dua ekor kanai didaratkan hanya dari jeti semalam" dakwa seorang rakan dan disokong oleh yang lain. Aku tergamam. Cerita ditambah lagi.


"Ada yang dapat ikan merah dan kemarin pulak ada yang tertewas oleh pecutan ganas di takat selunsung". Hati siapa tidak terbakar? Air memang cantik masa tu. Tak caya cuba tengok kalendar di bawah. Warna kuning kan? Kebetulan, hari ahad diatur untuk 2 rakan yang kecewa pada trip sebelum ini lantaran trip yang langsung tak dapat turun pancing kerana cuaca yang buruk. Rostam dan Max sedia menyahut cabaran. Nasib kamu la bro sebab kena air yang cantik.




Pagi ahad, sekitar jam 7 setengah, kami terpacak di jeti dan bersedia untuk mengharungi perjalanan trip untuk hari ini. Peserta seramai 4 orang, aku, Andi Max, Rostam dan adik aku. Perjalanan kami diiringi oleh sebuah lagi bot yang dikemudikan oleh Sunal dan disertai oleh rakan sekampung, Jais. Namun kami tidak la seratus peratus bersama dalam perjalanan trip ini.


Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mencari umpan. Pukat 3 lapis diguna untuk menjerat udang hidup di muara sungai. Sekali pasang jaring, kami beroleh umpan yang mencukupi sampai kepetang.




Ini umpan yang paling berkesan untuk memujuk ikan berkualiti dalam misi kali ini, umpan udang kuning yang hidup.





Rostam yang berada di depan mendahului kami dengan mangsa ikan tabung saiz stim. Lokasi sasaran kami kali ni adalah Takat keriting. Pulau baru dan yang lain juga tersenarai dalam cadangan.


Max yang ingin merasa pecutan ikan perkasa juga tidak ketinggalan menaikkan mangsa. Seekor ikan daun baru terkapai dihujung kailnya. Beberapa kali juga terdengar kata-kata dari max, "bagi la seekor ikan yang besar, aku mau bergambar". Aku cuma tersenyum dan sesekali mengusik dia.




Di Takat keriting, aku berjaya menbuatkan pemancing geram kerana cuma aku yang banyak mendaratkan ikan tabung skala 500 gram ke 800 gram. Kalau tak silap dalam 8 ekor juga lah. Manakala pemancing lain beroleh kerapu. Cuma aku tak teringin pulak nak tangkap gambar hasil aku dalam trip ni. Sunal yang berada tidak jauh dari kami juga asyik mendaratkan ikan kerapu. Tabung yang diharap tapi kerapu yang naik. Dah la Sunal tak makan kerapu. Hehehe.




Tatkala arus surut bergerak lebih laju, keaktifan ikan semakin kurang. Kami sepakat untuk menjamah bekalan sebelum berpindah. Sedang enak menyuap nasi sejuk, joran Max dilentur hebat oleh ikan misteri. Sayangnya, Max gagal mengawal situasi. Aku cuma menasihati, andai ikan memecut, jangan ditambah drag. Biarkan ia letih. Kepantasan tangan Max memusing drag lebih ketat membuatkan tali utama 30lb putus. Maka beberapa pesanan dan teknik mudah diperturunkan pada Max agar tidak tersilap lagi dimasa akan datang.


Selesai makan, kami bergerak ke Takat Tadika. Berharap peristiwa GT menjamah umpan pada trip yang lepas berulang. Maklumlah, air dan arus sama. Surut laju. Namun hanya rostam yang diuji dan dia juga gagal mengawal pecutan pantas tersebut. Selepas menunggu beberapa lama, aku mengambil keputusan untuk mencuba nasib di muara. Takat selunsung harus disinggah kerana arus sudah pun berkurangan. Mungkin sesuai untuk labuhkan umpan. Tiba di lubuk, sudah ada dua bot nelayan yang berlabuh. Aku yakin, ikan memang ada, air memang sesuai kerana nelayan tersebut tahu waktu yang sesuai. Maka kami pun turut sama berlabuh.




Masing-masing berharap dapat merasa pecutan sang siakap termasuk aku. Andi, Jas dan Rostam adalah yang paling berharap kerana masing-masing belum ada lesen siakap di lubuk ini. Tunggu punya tunggu, tiba-tiba Max menyentap. Joran melengkung cantik. Aku cuma mampu memberi panduan melalui kata-kata. Ternyata Max sedikit gugup tapi dia dapat mengikuti arahan. Dalam hatiku berkata, kalau la Max minta ganti kan bagus. Hehehe. Akhirnya Rostam berjaya menyauk ikan idaman kebanyakan pemancing. SIAKAP PUTIH..


Saat getir bagi Max dan saat jeles bagi kami yang menyaksikan. Pertarungan berlangsung beberapa minit.




Trofi yang diidamkan oleh Max. Siakap seberat 4.33 kilogram. Lebih besar dari lesen aku tahun lepas. Satu pertarungan yang bakal menjerat Max menjadi pemancing tegar. Terdengar kata-kata darinya.


"Patukan kecil ja, lepas tu diheret macam ketam tapi bila disentap, larian bukan alang-alang"


"Memang begitu selalu mainan siakap sini" aku menjawab.


"Ini baru lah bikin ketagih" kata Max lagi. Aku cuma tersenyum. Mancing beb, memang best. Jawab hati aku.





Perjalanan pulang ke jeti. Masa tu sekitar jam 5 setengah petang. Ada juga hasil lain di Takat selunsung seperti ikan putih dan tabung tapi tidak lagi difotokan. Semua terbenam oleh kemegahan sang siakap. Bot satu lagi tu adalah Sunal dan rakannya. Juga baru pulang dari laut.









Ini lah hasil keseluruhan kami sepanjang hari, 4 pemancing berumpan udang hidup. Sayangnya aku terpaksa bergerak ke KK pada keesokan hari kerana urusan kerja. Kalau tak, teringin juga mengusik Takat selunsung secara senyap. Hehehe... Sekalung tahniah buat Max kerana beroleh trofi idaman. Bukan semua orang bernasib baik seperti dia.

24 comments:

Anonymous said...

errmmm... 4.33KG! tuuu diaaaa... nampaknya Tekong pun tumbang dan jelesss hehehe... Tahniah untuk si 'Max' yang menjadi 'adiwira' menumbangkan si selunsung... bak kata urang putih... huhuh jeless jeless jeless hahahaa... sekali lagi, tahniah Max!

Anonymous said...

Maxx, wa cakap sama lu aaa! lu punya itu selunsung aaa, misti sedap masak sup... misti kickkk punyaaa, macam kickkk layan itu joran jugaakkk hehehe... wa caya sama lu bro! hehehe

alphakilo said...

kali ni rezeki dia..nda pa.. paling penting bagi aku, setting, takat, umpan dah dalam poket. cuma yang herannya, sebenarnya setting dia bukan ikut seting aku pun. mata kail besar juga. perambut kasar juga. malah dua nelayan berhampiran(tengok gambar masa pertarungan Max) pun tiada dapat selunsung. Memang dah rezeki dia.. hehehe

Anonymous said...

rejeki tu namanya, yg lain2 tu bikin sebab sj hehehe...

Anonymous said...

I am so very JEALOUS waaaaaaaaaaa - RODNEY

mayong said...

rupanya Anonymous tu Tan Boon Rodney ha...

lelek said...

kalau ikut kali aku yg dpt hehehe

Anonymous said...

tahniah la bang :) mmg trofi la u Barra. tp tekong pun patut dapat kredit jg,sbb bawak kawan2 bawak ke lubuk cemerlang.hehehehehe.lain kali blh ka mau join?hehehehhe

alphakilo said...

mayong..
jom test masa air ngam.. guna gewang selaman dalam la nanti.. tempat tu agak dalam..

yie..
aku menantikan caster yang tinggi ilmunya.. jadi bot tu sentiasa terbuka untuk mu.. hehehe..

lelek..
next time bah..

rodney..
langkayan lagi best la bro.. semoga sukses nanti.. kami tunggu reportnya..

Anonymous said...

HEHEHEHE...sya pun masih baru blajar jg bang :)tp siakap tu mmg mengoda.cewah.....heheheh

Anonymous said...

Selunsung mmg best tapi Amberjack lagi best gile!!!Saja mau tambah "racun" Hahahahahahahahaha............

alphakilo said...

betul tu anonymous.. amberjack lagi best gile.. apa sangat lah selunsung.. tapi aku langsung tak layak mancing di lahad datu tu sebab set pancing aku dan ilmu aku hanya untuk takat cetek. terus kan usaha kamu di takat juara.. tahniah dengan kemajuan yang kamu ada.. En anonymous... ngeh ngeh ngeh..

andi max said...

...saya ni masih di tahap tadika dan baru belajar guna pensil,banyak lg kena paham dan kena rajin turun padang,jd tunjuk ajar dan jemputan kengkawan amat diALU-ALUkan..hehe(janji lowest cost..hehe)..tp pengalaman di sungai pun memang best..tiap minggu pun saya layan..kalu ada..hehe

Anonymous said...

Mmmmm......semua mengaku masih tahap tadika la, tahap junior la tahap siring2 laut la dan bermcm2 tahap lagi (nasib baik bukan tahap Gaban, Otomen, Doremon dsbnya) tapi bila turun mancing sama2 hasil semua saiz XXL.Fuuuuuuuh!!! Sengaja merendah diri atau???? Entah la.........

Anonymous said...

itu yg kita cari... merendah diri tapi hebat... malu bertanya sesat jalan, untung batu tenggelam, untung sabut timbul... hari nak guna nama enonimos la pulak.. - mayong

alphakilo said...

rasanya itu lagi baik dari langsung tak berani mengaku siapa diri kita.. tak usah menyamar dengan nama anonymous. masing-masing punya kegemaran sendiri. kenapa? takut berdepan dengan kenyataan? hmm.. sengaja merendah diri atau??? jawapannya.. hindarkan diri dari sifat angkuh.. tu pendapat aku. jangan samakan pendapat kita. ko lain.. aku lain.. tolong.. kalau tak suka cara kami.. jangan tengok blog ni. nanti sesak fikiran sendiri..

mayong said...

ok, jom kita yamcha air suam... nda payah la minum air manis. gula dah mahal skrg ni... guna balik nama asal, lepas kena sound - mayong

Nelayan Separuh Masa said...

Panazzzzzz....Panazzzzzzz.........apa la kamurang ni, isu kesil pun mau kasi basar....si "Anonymous" ni pun 1, apa la tu kunun mau tapuk2 identiti sendiri???Takut sama itu bayang2 sdri ka itu? pendpt aku la, jgn la terlalu merendah diri sehingga menampakkan diri tu "rendah".Sesekali perlu juga "kasi tinggi" diri utk tujuan perkongsian bistari dlm ilmu memancing sesama pemancing sbb biasanya org yg suka merendah diri ni ilmunya tinggi!(betulkan kalau salah.)

alphakilo said...

mayong.. dah.. dah.. toksah layan.. biar lah mereka dengan cara mereka.. buat cam angin ja.. yang penting.. kita mancing lagi sabtu ni.. mana tau ada rezeki lagi.. selunsung bro.. aku pernah nampak orang daratkan siakap sana berskala 13 kilo. malah rekod sunal sendiri 8 kilo..

mayong said...

betul betul... kita punya la patuh serta hormatkan etika berblog dengan tidak men'delete' komen pelawat, rupanya masih ada lagi yg berfikiran cetek dan jumud. jom yamcha air suam

alphakilo said...

takpe.. biar kita mancing takat cetek. jangan pulak fikiran kita cetek.. tu lagi baik dari sebaliknya.. air suam? jom.. tapi bila? hehehehe..

mayong said...

tapi kan... aku jeles betul la dengan report ni... banyak betul komen. dah 22 komen... rasa mcm nak hack jer blog ni... hahahahaha...

Unknown said...

petang td aku masa balik keja,aku singgah kolam belakang tmn tyng ikut jln baru,cuba lempar coral spinner,arap2 ada sambaran haruan kah..tp nampaknya teda penghuni,tp kolam nampak cantik..

Anonymous said...

Fishing is much more than fish. It is the great occasion when we may return to the fine simplicity of our forefathers.....

-Ori Anonymous hehehehe ---- jgn marah haaa :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...