Followers

Sunday, April 17, 2011

Sedekah ladung di Pulau Berhala

Kali ni saya mancing di Pulau Berhala dgn Hamdan dan Kiflee. Botman macam biasa la Pakcik Mas jambatan 2 Sim Sim. Sekitar 7:30 pagi kami dah jalan. Berkobar-kobar Kiflee pasal dah 2 tahun tak turun mancing. Umpan kami cuma udang dan sotong BDC jer.
Tak banyak cerita menarik yang dapat dikongsikan bersama. Pagi tu arus agak laju dengan keadaan air yang kabut. Ada la 2 3 kali pindah takat. Takat Parit (menghadap Kampung Sim Sim) agak tenang tapi cuma gelama dan utek yang ada. Ok la, ada juga menarik.
Tengah hari berehat di pantai Pulau Berhala, bersih betul tapi tak sempat nak mandi manda. Lepas makan dan tunaikan kewajipan, perjuangan diteruskan dengan sesi troling.

Set troling traditional Pakcik Mas menjadi taruhan dengan ikan kayu sebagai umpan. Set troling saya sengaja tak diturunkan sebab malas. Selepas 2 round troling, tidak ada 1 pun strike yang kena antara 3 set yang digunakan.
Sambung lagi mancing. Arus pada sebelah petang pun agak laju. Jam 3 petang baru ok skit. Bila nampak anak-anak ikan melompat-lompat, saya agak mesti ada ikan yang besar kat bawah tu, terus saya try casting. Tapi cuma anak-anak ikan tadi yang mengejar. Angin dan arus yang kuat menjadikan saya cepat bosan, lalu meneruskan aksi bottom. Tak lama tu, baru la ada tetuka (anak pari), ikan merah, kerapu, ikan baji dan sembilang.
Hamdan berasa agak kecewa kali ni sebab tak dapat sekor kerapu pun. Dah la pagi terlepas kerapu besar, kail tak lekat betul agaknya. Kiflee pulak yang menjadi. Terus dia ajak pegi lagi. Baru dia kena karan lepas 2 tahun tak mancing.
Masa kecederaan banyak dihabiskan di Takat Parit. Syok jugak layan kerapu kecik-kecik macam tu. Pukul 6 baru kami balik. Ngam-ngam umpan pun habis. Keseluruhannya hasil ala kadar. Alhamdulillah. Kiflee dan Hamdan menyimpan angan-angan nak ke Gobin pulak lepas disajikan cerita menarik serta sikit kelentong dari saya dan Pakcik Mas. Biasa la, kalau takde ajinomoto mana sedap. Hahahaha.... Tapi laporan trip ni ori ha, tak guna ajinomoto.

14 comments:

Shahril @ eddy_duyung said...

Wah wat trip diam2 je bro...kalau tau kawan nak joint jgk komplot nie...

mayong said...

alahai, terlupa la nak bgtau bro... sori ha.. lain kali la. smlm bro bertugas ke? ada jugak kapal maritim limpas2 dgn meriam. nasib baik tak ditembaknya kami sbb tak pakai life jacket.

alphakilo said...

begitu haa set trolling kat sana? gabungan antara skirt ngan ikan.. mau dibelajar juga tu tekniknya.. mana tau sesuai guna di pulau baru atau keriting..

mayong said...

Betul, mmg kena belajar tu. Pakcik Mas kata kalau di Pulau Berhala jer, tak kurang 40 kali dah dia dapat alu alu dgn set begitu. Paling besar cecah belasan kilo.

alphakilo said...

cuba mayong tanya dia, berapa jauh tali dilepaskan dan bro agak-agak berapa speed dia guna untuk troling tu. agak-agak ikan kayu tu berapa inci besar haa?

mayong said...

pendek. mmg pendek. buih enjin bot pun tak lepas. beliau tu dah setkan panjang tali bagi setiap set. tali dilepaskan habis dari koyan. lepas tu pulak ke-3 3 set sama panjang

alphakilo said...

mungkin boleh dipraktikkan di laut teluk labuk terutama pulau baru dan keriting. ikan kayu ja ka yang sesuai? ikan lain? speed tu ada macam trolling muara ka? atau dia kasi laju? aku mau test nanti..

mayong said...

Apa salahnya. try la. ikan kayu dipilih sbb lebih kenyal dan nda mudah hancur. pernah guna lumahan tapi cepat lunyai. dari pemerhatian saya speed ada laju skit dari yg diguna di kampung

alphakilo said...

kalau gini setting trolling maknanya seluruh kawasan teluk labuk tu boleh dijelajah sebab risiko sangkut amat rendah. benda ni mesti main hampir permukaan kan?

mayong said...

ya, paling2 pun tenggelam 2 kaki

Shahril @ eddy_duyung said...

Bro....bahaya tu yak pakai life jacket,baru tahun lepas ada tragedi di tempat kawan ni meragut 3 nyawa gara2 tidak pakai life jacket,tapi itu lah,yang bercakap pun sama jgk,mmg rimas bila pakai life jacket tu..apa pun tahniah dr kawan sekeluarga disini..he he he...

mayong said...

ya ya saya faham. hehehehe... dah la tak reti berenang. degil plak tu bila suruh pakai life jacket. hehehehe...

sapporo said...

hehhee..mmg ori laporan ne..hasil pun ok walaupn cma daytrip jer..siap ada piknik² d pulau lagi bha huhuhuhu...

mayong said...

picnic tu la pengubat duka sbnrnya... hehehehe...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...