Bila memikirkan cuti yang jatuh pada hari jumaat minggu lepas, ingin benar hati mengatur trip 3 hari 2 malam bersama rakan yang jarang dapat turun. Cukup lah sekadar bermain di Libaran. Mungkin kalau ke Puru-Puru agak jauh. Apa yang penting adalah puas berada di laut. Cuaca pun kelihatan baik. Lantas rakan-rakan dihubungi melalui SMS. Kali ni tiada siapa yang menolak. Mereka yang dihubungi bersetuju dengan pantas walau pun pengalaman berhujan di Libaran sepanjang malam sedikit masa lalu masih terasa. Selepas beberapa perbincangan, kami mengambil keputusan untuk singkatkan trip kepada 2hari 1 malam. Perjanjian diukir, pergerakan akan dimulakan pada petang jumaat seawal jam 3.30 petang. Malangnya, setiba aku di kg, seseorang berkunjung kerumah dan mengharapkan bantuan dari aku. Aku memang tiada pilihan. Hanya berharap masalah tersebut dapat diselesaikan cepat. Masalah cuma selesai selepas hampir jam 5 petang. Ahlul trip sudah lama tercongok di jeti menanti aku. Mohon maaf pada rakan-rakan yang terlibat. Juga mohon maaf pada pembaca report ini kerana bakal dihidangkan dengan cerita yang lebih dan kurang bahan paparan.
Selesai menurunkan semua peralatan yang perlu, kami bergerak lewat sekitar jam 6.30 petang. Arus surut sudah pun beransur kurang. Pergerakan kami terbantut bila bot mula meninggalkan muara dan menuju ke Pulau Libaran. Ombak yang dijana oleh arus surut dan angin bertentangan menghalang perjalanan kami. Haluan bot ditukar menuju ke muara semula. Kami berlabuh di muara sambil menanti arus berhenti.
Selepas jam menunjukkan masa sekitar jam 8 malam barulah kami dapat bergerak dengan selesa. Dalam hati aku terasa sedikit risau. Bulan dijangka muncul sekitar jam 10 setengah dan kami cuma dapat bergerak dalam jam 8 sedangkan pergerakan memerlukan masa dalam sejam setengah atau lebih. Maknanya masa untuk menangguk sotong amat terhad. Itu pun kalau ada sotong.
Ternyata kerisauan aku terbukti bila sepanjang malam kami hanya berumpankan udang pasar kerana sotong langsung tidak memunculkan diri. Selepas beberapa kali berpindah lokasi, aku mencadangkan kami bergerak ke kawasan pulau tikus. Kami singgah di takat batu mandi dan mencuba nasib namun tiada apa-apa yang kami boleh harapkan. Selepas di batu mandi, aku memecutkan bot ke Takat Tadika dan juga masih seperti lubuk-lubuk yang lain. Sunyi dan sepi. Hanya beberapa ekor ikan anak kerapu dan keluhan sang pemancing yang kehilangan matakail dan batu ladung kerana putus tersangkut. Aku terlena dilubuk ini sampai pagi. Lantaran aku sebagai tekong sudah terlelap maka yang lain pun turut terlelap. Aku dah tak larat nak berpindah lagi. Takat terdekat pun di Takat Keriting tapi cuaca bukan cerah sangat jadi aku tidak berani ambil risiko.
Paginya baru aku ku gerakkan bot menuju Takat Keriting sambil mengharap agar ada tangkapan yang boleh menghiburkan duka kami. Pergerakan agak perlahan kerana kami bergerak sambil memasak air untuk makan dan minum. Tiba di lubuk, umpan dilabuhkan. Masih berkeputusan sama. Sunyi. Ombak pulak makin menggila. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk mencuba nasib di muara. Bak kata seorang rakan, sembilang pun jadilah.
Dimuara, kami cuma dihidangkan beberapa tangkapan yang kecil. Sembilang tersebut adalah tangkapan paling besar kami dalam trip ini. Yang lain turut dinaikkan adalah gelama, utik dan kerapu yang juga tak sampai pun 500 gram.
Ini pula tangkapan terbaik aku dalam trip ni. Dua orang ahli komplot lagi enggan hasil mereka di fotokan atau disiarkan disini kerana beberapa masalah teknikal yang sengaja tidak dielak. Aku bertekad untuk mancing sampai habis bekalan umpan yang ada walaupun kami terpaksa pulang lewat petang. Hingga satu tahap aku ter'pengsan' keletihan mungkin dalam lebih sejam. Pemancing lain masih juga berteman pagutan utik yang sukar dijinakkan dengan matakail. Sekitar jam 2 setengah petang, umpan udang pasar kami habis diguna dan kami bersetuju untuk pulang ke jeti bersama cerita kehampaan tanpa sebarang cerita menarik untuk diceritakan pada rakan-rakan lain.
Pagi berikutnya aku ingin menyambung perjuangan dimuara dengan teknik casting tapi lesen dari KDN tidak dapat dikeluarkan. Hanya lesen mengail di tepian sungai berhampiran rumah saja dibenarkan. Itu pun sebab KDN teringin memancing bersama. Ipar aku dan suaminya sudah pun turun awal pagi untuk dapatkan umpan udnag hidup dengan jala. Setiba aku di tepian sungai tempat dicadangkan, sudah ada anak ikan putih di daratkan. Kami mencuba nasib dengan menggunakan umpan udang hidup. Malangnya umpan aku langsung tidak diusik oleh penghuni dalam air. Hanya suami ipar aku yang beroleh seekor MJ kecil. Beberapa minit kemudian, hujan pulak turun membuatkan kami semua lari pulang bersama peralatan yang ada.
MJ milik biras aku. Memang cukup buatkan aku jeles. Ada juga ku cuba turunkan gewang tapi Rapala Shad Rap tidak sesuai direnangkan di lubuk ini.
Jam 12 tengah hari, hujan sudah mula berhenti. Aku yang tidak puas hati terus mencadangkan jeti sebagai lokasi. Walau hujan tak perlu lari lagi. Kali ni aku hanya berteman isteri. Itu pun dia lewat turun. Ku labuhkan umpan hirisan ikan selangat (kuaci). Arus pasang masih bergerak. Selepas umpan hirisan ikan dilabuhkan, umpan isi udang pula ku turunkan untuk menjerat kitang atau belais. Belum pun lama, joran berumpan ikan diusik. Aku balas sentap alakadar. Ternyata mangsa memcicit laju tapi mudah dikawal. Seekor MJ kecil jadi tawanan.
Selepas MJ didaratkan dengan selamat, aku labuhkan lagi umpan hirisan ikan. belum pun terduduk, joran dihenjut ganas. Mujur sempat ditangkap sebelum dijadikan tukun. Bila mangsa didaratkan, Rupanya sang tabung yang punya angkara. Berat baru 600 gram lebih tapi ganas bukan main..

Ikan tabung yang hampir menerjunkan joran aku
Selang beberapa minit kemudian, KDN pula turun. Teruja dengan hasil yang naik, dia terus pegang set udang aku yang berumpankan isi udang. Memang untuk dia juga tu. Saja nak hiburkan hatinya. Ternyata dia tidak dihampakan juga. Seekor kitang bersaiz tapak tangan berjaya menghiburkan dia.
Sang kitang yang didaratkan walau hanya sekadar seekor. Walaubagaimana pun ikan ini dilepaskan semula memandangkan sudah ada dua ekor ikan yang boleh dijadikan lauk.
Bagi aku, keseluruhan percutian yang diisi dengan aktiviti memancing pada hujung minggu ini tidaklah mengecewakan sangat memandangkan ada pengubat lara dari jeti. Sungguh pun begitu, aku tidak berani memberi harapan kepada pemancing yang ingin menduga penghuni lubuk Jeti ini walau pun sudah dua minggu berturut ada MJ didaratkan di sini. Selain dari arus pasang surut yang perlu sesuai, bunyi bising bot yang datang dan pergi juga mengganggu malah kadang-kadang kanak-kanak kampung akan berterjunan di hujung jeti. Namun itu semua terpulang pada pemancing. Apa yang jelas adalah, memancing dijeti tidak dikenakan apa-apa bayaran langsung..

8 comments:
percutian yang dipenuhi dengan suka dan duka sememangnya berbaloi dikongsi bersama rakan2 dan keluarga. tahniah.....
belum lagi saya habis baca. nanti malam baru habiskan. panjang betul karangan kali ni.
maaf.. teks terpaksa dipanjangkan sebab gambar untuk bahan memang kurang.
rodney.. tengkiu.. yang penting kita rasa enjoy memancing. ikan ada pun tapi rasa tertekan susah juga.. hehehe tapi mesti terdetik juga rasa tertekan masa tunggu aku lama di jeti tu. sori kengkawan.. hehehehe
yg penting, lepas ni saya nak try mancing di jeti plak. amcm lauser? mau join ka? hehehe... MJ dgn ikan putih tuuuu...
Sitting still and wishing
Made no person great;
The good Lord sends the fishing,
but you must dig the bait...
Pengail penuh delusi, cerita penuh 'perisa',
dan 'berbaju hanyir dan lusuh' hahaha.
Apa kisah, hasil belakang kira, janji pancingggg...hehehehe
Sekilas pagutan di dalam air, ku tahu utik atau bukan! -Raja Utik
Hehehehehe
hui, tinggi betul bahasa Anonymous tu...
baru habis baca laporan ni. best la pulak mancing di jeti ni yer. dah la free, tak kena panas hujan plak tu
anonymaous..
raja utik haa.. hehehe.
sedap tu masak ampap ikan utik tu..
Post a Comment