Followers

Saturday, February 5, 2011

Mempuyu di Kampung Halamanku

Masa cuti CNY yang lalu saya sempat la mempuyu di Kampung Sawaring, Bukit Gambir, Johor. Lebih kurang setengah jam la dari Tangkak. Ini jer pilihan mancing yang ada memandangkan banyak kawasan ditenggelami air akibat banjir. Nak redah swah mancing belut pun, padi tengah menghijau. Kena marah pulak dengan orang kampung nanti. Lagipun, kampung saya ni jauh dari laut. Jom kita layan gambar.




Mirul, adik ipar saya dengan seekor puyu atau ikan karuk. Ramai jugak petang-petang orang mancing kat sini.


Maaf kerana gambar kurang memuaskan. Lensa digicam saya kotor masa tu. Inilah kali pertama saya mancing puyu menggunakan rod teleskopik. Lenguh jugak tangan. Berat. Umpan yang kami gunakan adalah cengkerik.


Abol, adik ipar saya yang otai dalam teknik pancingan air tawar. Lepas dapat lesen, dia casting haruan pulak guna umpan katak hidup. Hasilnya seperti gambar di bawah. Rasa cemburu, membuatkan saya pun try casting guna katak hidup. Akibatnya 3 ekor katak berjaya meloloskan diri keluar dari plastik. Hehehe..
Pada saya agak kejam jugak cucuk katak tu. Tak tergamak nak cucuk, Abol jugak yang setkan pancing saya. Memang sungguh berbeza jarak lontaran dan momentum balingan umpan katak hidup ni berbanding katak plastik jenama Bakau yang pernah saya gunakan.


Menurut Abol, dia pernah mendapat hasil keseluruhan 20kg haruan seorang, hasil seharian memancing di lubuk ini kira-kira 5 tahun yang lalu dengan haruan terberat 2.3kg! Manakala bapa mertua saya dengan rekod 2.7kg di lokasi berlainan. Sayangnya masa tu tiada gambar yang dapat dirakamkan. Trip tanpa pengetahuan bini ni terpaksa ditamatkan lebih awal sebab dia sms suruh balik beli ubat selsema anak. Adoii...

2 comments:

alphakilo said...

wah.. besar tu ikan karuk tu.. banding dengan hp tu memang saiz rm10 seekor tu bro.. hebat.. tahniah

mayong said...

ha... yg tu mmg agak besar skit... buat perkasam ikan karuk sedap agaknya

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...