Followers

Thursday, January 13, 2011

MEMPATIN DI ULU KALAGAN (TRIP PEMBUKAAN 2011)

Berikutan kepulangan ipar dan pakcik aku dari johor yang bercuti sempena majlis kahwin sanak saudara di kampung, aku diminta mengaturkan satu trip 2 hari 1 malam. Mulanya aku mencadangkan kami bermalam di Libaran namun cuaca yang tidak bekerjasama membuatkan aku mengubah haluan ke Ulu Kalagan memburu patin dan udang galah. Lantaran tiada halangan dari peserta trip, aku bersama peserta dalam trip ini menaiki 2 buah bot menuju ke Ulu Kalagan area Beluran dan menempuh perjalanan hampir 2 jam.

Suasana yang tenang menyambut ketibaan kami di Sungai Pintasan, sebuah sungai yang menjadi laluan dari beluran ke Sungai Kalagan.




Setibanya kami di lokasi, sebelum kami singgah di sebuah kampung yang dipanggil Kg Bukit Besi, kami singgah mencari buah pedada yang masak untuk digunakan sebagai umpan dan sambal untuk lauk tengahari. Lama juga aku tak nampak buah ni. Dalam trip ni baru nampak. Jarang benar aku merasa keenakan asam buah ni. Aku dan rakan-rakan memetik agak banyak untuk dibawa pulang ke kampung.
Memandangkan kami semua kekurangan ilmu untuk menjinakkan sang patin dengan pancing, kami berbekalkan jaring untuk jaminan kedatangan kami ke lubuk yang jauh ini tidak pulang dengan tangan kosong atan cerita kosong. Ikan patin Ulu Kalagan yang jarang kami temui mesti didaratkan walau apa cara sekalipun. Hehehehe.. Maka, Jaring adalah pilihan terbaik kami.
Ini adalah antara ikan patin yang menjadi mangsa pukat yang kami bentangkan. Harapkan pancing? Melepaslah kami dari merasa keenakan lemak sang ikan patin. Selain ikan patin, ikan ketutu dan ikan lampam juga antara yang terperangkap namun tak sempat difotokan.
Dikala malam, Ada cadangan untuk kami terus memasang jaring tapi badan yang letih membuatkan aku lebih suka merendam umpan buah pedada namun tiada sebarang ragutan dari penghuni sungai. Kami sepakat untuk tidur sahaja sepanjang malam.
Esok paginya, aktiviti memancing udang pula dilakukan namun, kekurangan pengetahuan tentang lubuk, umpan kegemaran udang dan arus yang sesuai membuatkan hasil memancing udang galah menghampakan. Tiada seekor pun berjaya didaratkan. Untuk pengetahuan, Sungai yang aku sebutkan sebagai Ulu Kalagan adalah Sungai Labuk yang bermuarakan Kuala Kalagan. Lokasi yang kami lawati memang berair tawar, keruh dan dihuni oleh ikan-ikan sungai tapi masih dipengaruhi oleh arus pasang surut dari laut.


Tengahari sebelum menyediakan santapan sebelum pulang, anak buah aku dihadiahkan lesen ikan patin yang bersaiz lumayan. Mungkin sekitar 3 kilo dan kami sepakat untuk menjadikannya lauk tengahhari sebelum kami bergerak pulang ke kg.


Aku juga yang jadi mangsa melapah dan memasak ikan patin tersebut. Nasib baik aku dah lapar dan juga teringin merasa ikan patin yang besar yang selalu di ceritakan mereka sebagai sedap. Lemaknya memang banyak. Berminyak tangan aku. Dah la tiada sabun.
Hasil patin yang dimasak rebus tanpa minyak. Renehkan saja bersama bawang, halia, garam dan ditambah asam buah pedada. Perrgghh... berminyak betul kuah dia. Kawan siap marah lagi, Kenapa aku masak guna minyak. Tu semua minyak dari lemak ikan tu kawan!!.. Nak buat apa aku tambah minyak?.

Kami makan dengan penuh selera. Bersambalkan mangga muda dan asam pedada ditambah belacan dan cili api. Tak hingat punya sedap lah. Aku pun lapar tengok gambar ni. Hehehehe...
Selepas berehat seketika, bersantai-santai dan berbual-bual, kami bergerak perlahan meninggalkan lokasi. Walaupun hanya seorang dari kami yang berjaya merasa rentapan patin tapi kami puas hati kerana semua dapat merasa keenakkan isi dan lemaknya. Apa pun, aku akan berkunjung lagi ke sana bersama senjata yang berbeza kerana aku percaya, samseng muara juga berkeliaran di situ ketika waktu yang sesuai. Nantikannyaaa...

4 comments:

mayong said...

pic 1 : nak kena repair bot tu...
pic 1 & 2 : cantik la pulak buah pedada tu... mcm alien
pic 7 : macam anak pla buk la...
pic 9 & 10 : patin masak minyak tu... sedap!

Anonymous said...

patin rebus asam pedada, sedap.

Anonymous said...

kerja menyiang ikan ni memang mudah sedikit banding melapah kulit kambing..

alphakilo said...

mayong.. bot dah lama dah.. memang nak kena repair tu.. err. buah tu masamtapi sedap hehehe dan patin tu kan masak rebus ja tu... tah dari mana minyak tu... hehehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...