Followers

Monday, December 27, 2010

MENGUSIK LUBUK MONSTER. (TRIP PENUTUP TIRAI 2010).

Tarikh 26 dec 2010 dijadikan sebagai tarikh penutup tirai aktiviti memancing aku tahun ini. Lantaran sebagai penutup, aku memilih lubuk yang sering diwar-warkan rakan sebagai lubuk yang ada ikan besar. Cerita tentang pecutan tak boleh kawal, joran melengkung maksimum, tali 50lbs meletup dan rekod rakan-rakannya yang bagak-bagak sedikit sebanyak meracuni aku walaupun aku sendiri belum pernah lihat hasil dia dan rakan-rakannya memancing di lubuk tersebut. Syarat dia, umpan sotong hidup kalau memancing malam dan udang hidup kalau memancing siang. Pulau Libaran, bukan asing bagi aku tapi disitulah lubuk yang sering diceritakannya pada aku. Sungguh pun aku kurang pasti dengan lokasi yang tepat, aku berpendapat, mencuba adalah lebih baik dari sekadar mendengar. Maka inilah trip yang aku sediakan untuk mengetahui kebenaran cerita sang rakan tersebut.

Aku tak lupa untuk menjemput rakan yang sering meracuni aku dengan cerita yang hebat tapi malangnya dia tidak muncul pada pagi yang dijanjikan. Aku cuma berdua dengan anak buah aku yang ditugaskan mencari umpan killer (udang hidup) awal pagi tersebut. Sambil bersiap alakadar, aku menunggu rakan aku datang. Hinggalah anak buah aku sampai ke jeti bersama umpan udang hidup, sang rakan belum pun tiba. Hanya sms dari dia yang menyatakan ketidakhadirannya dalam trip ini. Aku sedikit kecewa tapi trip tetap diteruskan juga. Laut begitu tenang. Haluan bot menuju ke Pulau Libaran. Tanpa rakan sebagai guide, aku jadi terkontang-kanting. Hanya berpandukan bot nelayan yang berlabuh untuk memancing. Malangnya, tiada sebuah pun yang berlabuh bila kami tiba di lokasi. Aku arahkan anak buah aku turunkan sauh. "Hentam sajalah" rungut aku sendiri.
Umpan udang hidup di labuhkan. Selepas setengah jam tiada getuan, Kami pindah. Begitu lah seterusnya. Pindah dan pindah dan pindah. Akhirnya aku bergerak ke lubuk yang ada dalam simpanan aku. Mencuba nasib. Hari semakin terik. Aku semakin tertekan. Bagaimana dengan keputusan trip penutup tirai aku? Apakan langkah aku benar-benar tersilap? Menjadikan trip yang kurang pasti sebagai penutup?

Penanda lubuk yang pernah menyajikan ikan tabung yang banyak pada aku dan rostam sedikit masa lalu. Hampir sejam juga menrendam udang hidup di sini tapi langsung tiada getuan. Jangan kan ikan besar, utik pun tiada. Arus pasang agak laju ketika ini.
AKHIRNYA!!... Kami berpindah lagi. Kali ini ke takat keriting. Takat yang juga pernah jadi sebutan dikalangan kaki pancing. Masih dengan nasib yang sama. utik atau gelama pun tiada. Gambar di atas hanya sekadar hiasan. Harapan mengusik ikan seperti itu memang besar tapi apakan daya. Ilmu dan kemampuan langsung tiada. Hehehehe.. Kami beralih ke muara pulak. Menghabiskan masa yang hanya tinggal tak sampai sejam. Pun berkeputusan sama. Sehingga pukul 4 setengah petang, aku mengajak pulang. Barang dikemaskan dan bot bergerak perlahan menuju ke jeti bersama cerita KUMPAU yang hebat. Hanya peralatan dan baki umpan yang dibawa naik bersama seribu alasan yang bakal diceritakan pada KDN yang pasti bertanyakan hasil. Maka tutup la tirai jadual memancing aku pada tahun inil. Semoga cerita tentang pancing ditahun akan datang lebih mengujakan dan bakal menjadi kenangan yang manis.





8 comments:

Belly Surya Candra Orsa said...

Great Blog..!!!! Keep Blogging.... :)

mayong said...

mesti kwn tu dah sabotaj bro... tu yg dia tak jadi join tu

alphakilo said...

tah la bro.. mungkin cerita dia tu sekadar cerita. dah 2 kali dah dia buat ni.. ada satu kali lagi dia buat pasni kena senarai hitam lah tu nanti. tak payah ajak lagi..

tbyrodney said...

hahahhaa.....kalau la aku kan, terus aku blacklistkan orang tu pada kali pertama dibuatnya begitu. Bagai kata P Ramlee- tiada maaf bagimu. Apa2pun, aku kelmarin ke Berhala pun keputusan teramat mendukacitakan. Hanga sang bedukang, gelama, manyong dan sembilang yang sudi melayan. Itu pun yang kenit2 punya......

Anonymous said...

Aku suka posting ini. Walau kilar, tapi tetap jujur dan menerima hakikat... Rezeki itu ketetapanNya, insan hanya mampu berusaha... :)

mayong said...

iya ka? aku banyak tau trip kilar... mana la aku tau ada org yg suka baca report trip kilar... ok ok, tahun 2011 aku post banyak2 trip kilar... hehehehe...

alphakilo said...

Mayong.. tahun depan kita kena cerita sikit tentang kesukaran memancing ni. selalu yang best ja kita hidangkan.. hehehehe.. biar ada yang berfikir dua kali mau menjerumuskan diri dalam bidang mancing ni.. muahahaha

Anonymous said...

kena selit selit sket kisah kilar, ulung atau kumpau ni, baru thrill sket kisah pengail pengail ikan hehehe... :P

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...