Followers

Sunday, October 27, 2013

Mancing Laut Di Penghujung Musim

Dah lama betul saya tak ikut trip memancing dari Yacht Club, jadi 26 Oktober baru-baru ni saya pun ikut la otai-otai ni memancing.


Jason, Rodney dan Andimax.


Cjepp dan Jason


Bila dua Bob budu dah berjumpa....


Kapten bot kami, Tikea (baju biru paling depan)


Bakry, Ustaz Razali dan Yazid


Bot yang kami gunakan.






Meninggalkan bandar Sandakan.



Ikan mahal oleh Rodney



Ikan bayan. Sedap ni masak sup.


Bob dengan ikan merah.


Ikan kaci/lapek.



Cjepp dengan ikan merah.


Andimax














Hasil kami yang biasa-biasa saja sebab keadaan laut yang berombak dan berangin.







Ikan yang saya dapat. Tak banyak. Sampai rumah, anak yang kecik dah booking nak yang mana satu.


Monday, September 16, 2013

Menjenguk Penghuni Bagang

Dah lama betul saya tak memancing di bagang. Lantas kesempatan memancing dengan kawan di airport Sandakan digunakan sebaik mungkin. Persiapan dan perancangan dibuat awal dan sebaik mungkin.



Bot yang kami gunakan. Selesa untuk 3 atau 4 orang pemancing termasuk boatman.



Bertolak dari Batu Putih. Kali pertama memancing dengan Abg Suratman walaupun dah hampir 8 tahun saya mengenali beliau. Hal ini disebabkan kesibukkan tugas dan shift kami yang tidak sama membuatkan sukar untuk mencari hari yang sesuai.



Bob, jarang-jarang keluar memancing disebabkan hobinya yang pelbagai. Kena la bagi bagikan masa pada semua hobinya.


Bagang paling hampir telah kelihatan. Lebih kurang 40 minit dari Batu Putih dengan enjin 30 kuasa kuda.


Bagang, struktur dari buluh, batang nibong dan jaring yang digunakan untuk menangkap ikan bilis. Lampu yang dihidupkan pada waktu malam akan menarik perhatian ribuan atau mungkin jutaan ikan bilis untuk datang. Berbagai ikan turut berkampung di bawah bagang sebagai tempat berlindung. Ianya turut menjadi sasaran ikan pelagik seperti gerepoh, tenggiri, alu alu dan sebagainya kerana banyak ikan ikan kecil berkumpul, memudahkan mereka memburu makanan.



Bob dengan ikan gelama jarang gigi.


(Maaf, gambar rosak)



Makan-makan di laut. Ikan tak makan, kami yang makan. 


Puluhan bagang di perairan Sandakan


Selepas makan kami mengambil keputusan untuk memancing di bagang paling jauh, sebelum berpindah ke satu demi satu bagang dalam perjalanan pulang.



Kami mencuba teknik drifting menggunakan belon. Hasil pembacaan di majalah, internet dan perkongsian rakan-rakan pancing, membuatkan kami teruja untuk mencuba kaedah ini.


Belon pertama dilepaskan.


Disusuli belon kedua. Dua set pancing dgn teknik ini digunakan.



Sambil tu kami sibuk melayan ikan-ikan kecil di bagang seperti agohod, kerisi, cencaru, kerong-kerong, gelama jarang gigi dan ketambak.


Tiba-tiba pancing Bob melentur cantik sambil belon di hujung pecah menandakan ada mangsa di hujung kail.


Sang todak rupanya.



Pinjam dulu ikan Bob tumpang bergambar. Best juga guna teknik ni. Berpeluang dapat ikan lebih besar.



Belut pulak dah.


Pindah lagi ke bagang lain.


Abg Suratman dengan anak ikan merah. 



Sambil kami melayan apolo dan bottom, teknik drifting masih diteruskan. Ada 2 kali lagi sambaran lepas tu namun rezeki tak menyebelahi kami. Pukul 04:30 petang kami bertolak pulang setelah kurang sambutan dari penghuni bagang.


Terlupa pulak nak ambil gambar keseluruhan ikan yang kami dapat. Rasanya ada la 10kg - 12kg hasil kami mancing bertiga dari pagi sampai ke petang. Takpe, lain kali cuba lagi mancing sampai pengsan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...