Followers

Wednesday, February 24, 2010

Jadual Air 2010

Sejak akhir akhir ni wabak kumpau seringkali membelenggu diriku. Kalau nak dibuat post moterm, memang banyak faktornya. Tapi bak kata cikgu omputeh aku, Lauser Rodney, "let bygone be bygone", sedikit sebanyak berjaya memulihkan kembali semangat aku yang semakin pudar. Bersungguh-sungguh dia ajak aku mancing ikan guppy kat rumah dia.

Gambar Hiasan : Ikan Sumpit Sumpit (ikan air masin pertama yang aku berjaya casting dalam hidup aku masa trip kumpau baru baru ni)

Jadi, daripada aku merepek yang bukan bukan, ada baiknya kita study dulu jadual air untuk tahun 2010, bagi mengurangkan risiko kumpau berganda. Boleh la plan trip mancing secara berkesan (secara teorinya jer lah). Errr... tapi boleh pakai ke jadual ni? Tepat ke?

Sunday, January 10, 2010

...berangan nak anjurkan pertandingan mancing konon...

Semalam saya pegi mancing kat tepi tembok Sandakan. Saya anjurkan jugak pertandingan mancing kecil kecilan, saya sms kawan-kawan yang kaki bottom untuk turut serta. Memang tiada yuran dikenakan. Umpan kena bawak sendiri. Cuma 1 kategori diadakan iaitu, kategori ikan terberat. Mungkin kerana hadiah yang ditawarkan berupa 'puji pujian melambung' tidak la se gah mana, maka ianya gagal menarik minat kaki pancing jemputan. Mungkin jugak masing masing ada hal peribadi lain. Tinggal la saya mancing berdua dengan jiran sebelah rumah. Tak kisah lah, janji mancing.

Ikan pertama saya lepas lebih sejam menunggu. Ni ke Ikan Cupak? Yang pastinya di Sabah ni orang panggil Ikan Putih. Best rupanya layan ikan putih dari tebing ni. Kecik jer... 400 gram tapi dia punya melawan... perghhh... kalah ikan puyu.
Suasana malam tadi. Angin sepoi sepoi bahasa. Tikus-tikus berkeliaran berebut kepala udang yang dibuang. Ada la 2 3 orang pemancing lain tapi diorang balik awal. Mat rempit, aweks aweks dengan kaki lepak ramai la. Tak la boring sangat tunggu ikan makan umpan. Ada lagu lagu night club. Hehehehehe...
Kawan saya, Cikgu Hamsi pun dapat jugak ikan ape ntah. Lepas timbang, berat dia 180 gram.
Lepas tu joran dia kena lagi. 1st time dalam hidup saya tengok joran terbang depan mata. Mujur lah air surut, kalau tak, abis la joran dia hanyut. Nasib baik ada sorang brader ni, Omar nama dia, tolong ambik joran tu yang dah jatuh ke batu batu. Sempat dia melayan asakkan ikan misteri tu. Nampak gaya macam besar. Penyudahnya mainline braided 50 lbs putus. Haihhh... ikan apa la agaknya tu.

Lepas tu saya dapat lagi. Kali ni Ikan Kaci atau Lepik seberat 600 gram. Saiz hidangan. Best best. Sekali lagi dibantu oleh brader Omar, orang Batu 10 Sandakan. Asal pancing tersangkut kat batu jer, dengan ringan tulang dia menolong. Bahaya tu turun kat batu batu licin. Tengkiu bang... kalau saya dapat banyak ikan malam tadi, kompom saya bagi abang 2 3 ekor.

Curi curi pinjam alat penimbang tepung isteri buat timbang ikan. Sebab tu la kami tau berat ikan. Planning pun memang nak adakan pertandingan mancing. Kena la ada penimbang. Balik rumah cepat-cepat cuci dan masuk kotak balik. Kantoi nanti susah. Hehehehehe...

Ikan bolos penutup tirai mancing malam tadi. Cadangnya nak stay lagi sebab ikan tengah galak makan, tapi dah pukul 2 pagi. Mata pun dah rabak dah. Cukup la tu... lain kali boleh mancing lagi. Tu la dia aktiviti mancing saya yang pertama untuk tahun baru 2010 ni. Agak terlewat dari kaki kaki pancing yang lain.

Monday, January 4, 2010

Awal tahun 2010, cuti kena hari jumaat. Mesti boring lepak rumah. Kebetulan pulak ada member terjumpa lubuk udang galah yang best. Apa lagi, aku pun dengan penuh ayat-ayat racun, ,mencari member untuk mengunjungi lubuk tersebut. Bro Bob mesti join biar apa cara sekali pun sebab dia antara yang terjumpa lubuk tu. Tak rugi aku ajar dia mancing udang. hehe.
hari kedua pada tahun 2010, kami bertolak ke lubuk udang. Lubuk yang dirahsiakan sebaik-baiknya agar tidak dicemari oleh jala dan racun. ceh...


On the way ke lubuk udang tu.. ish.. ni tempat aku trolling kanai ni.. ada udang ke sini?

yeargghh.. rupanya ada halangan untuk masuk sini. bukan semudah yang disangka. Mujurlah ada ramai ahli komplot aku ajak. sebelum ni aku pernah jugak masuk sini tapi tiada pulak jeram ni. ada orang buat kut. kih kih kih.. p/s.. jangan cuba-cuba ke sini sendiri. Bahaya woo.

Deras la pulak.. ish.. kena turun tolak juga lah. macam nak gi mancing kelah je trip ni. hehehe. tu ipar aku tu. pun dah kemaruk mancing.


Aduhh.. ada halangan lagi rupanya. Ni halangan kedua.. Bot kena lalui sebuah terowong yang bersaiz 6 kaki lebar. Kat sini kena hati-hati, jangan tersungkur jatuh. Teritip banyak dan arusnya kuat. tersungkur je, memang kena parut lah badan tu.. hehehe..

Akhirnya kami pun sampai. Bot-bot tu yang terlewat sampai tu. kami lah yang mendahului peserta lain. Baru seminggu aktiviti memancing udang ni di perkenalkan tapi dah ramai yang teracun.. hehehe. ada juga yang pertahankan pendapat bahawa udang tak boleh dipancing. tapi dah ramai yang mancing udang. nak pertahankan apa lagi? ikut je lah..

Ni brader Bob. Salah sorang pemancing yang menemui lubuk ini. Sekali ja aku ajar dia mancing udang kat longkang ladang sawit. Dia dah teroka sungai di kampung. Dia juga lah yang sms kat aku pasal penemuan baru ni. Siap kasi jeles lagi. ceh.. hehehehe

Tengok tu.. dia lagi dapat sepit biru.. Aku nak amik gambar pun malas. hehehe abis dia ja main yang besar. Dah lah dia bagi cadangan membunuh. Kalau udang kecik dan takde sepit biru, tak boleh amik gambar, buat malu je. Tu lah cadangan dia.. ceh lagi... hehehe

Hmm.. hehe pastinya aku tak nak kalah juga lagi pun repot ni kan aku yang buat. Mesti hero kalah dulu.. hahahaha.. ni lah antara udang yang berstatus sepit biru aku. tengok cam tak biru je sepitnya..
ni pun tak biru juga. Biarkan.. yang penting saiz besar.. hehehe.. ni di daratkan dengan joran pole. Best juga mancing pakai joran pole ni. Lubuk bukan dalam sangat pun. Sekitar 6 hingga 8 kaki je. Aku guna joran pole 3 meter. Best tarik udang besar.
Ni je hasil aku sendiri semua. Mereka yang lain tu amik gambar sendiri lah.. Sapa suruh lagi banyak dari aku.. hahahaha.. sebenarnya udang kat sini tak banyak yang besar. semuanya kecik-kecik belaka. Aku percaya, udang-udang sini membiak di parit dan longkang ladang sawit yang berhampiran. Sebab tu lah saiznya pun saiz udang longkang je. tapi.. boleh lah..

Ni brader Jas, adik aku. Dia ni join pada keesokan hari. Ni pun dah teracun dengan lendutan udang galah..

Bila lubuk dah di dedahkan, ni lah kesan dia. Mesti ramai akan datang berkunjung. Walhal tempat ni ada halangan yang agak sukar di tembusi. bagi mereka yang menaiki bot sorang-sorang tu, maaflah.. tiada kawan nak tarik bot.. Apa pun, kami semua dah sepakat untuk menjaga lubuk tersebut agar tidak dicemari oleh tangan yang tamak. Malah kami cuma dedahkan lubuk ni kepada ,mereka yang berjanji tidak akan menjala di sini. Apatah lagi racun. Yang tak dibagitau tu, minta maaf lah. tempat tu saja lubuk yang ada untuk hiburkan hati dengan udang galah dimusim cuaca tak menentu ni. Semoga tempat tu akan terus terpelihara dan tersembunyi dari mereka yang tidak bertanggung jawab.

Monday, November 30, 2009

MEMBANGAU DI TEPI KOLAM

Atas permintaan presiden Persatuan Belia Kg Sg Beruang, aku cuba aturkan satu pertandingan pemancing kolam di kampung. Perbincangan demi perbincangan dan penerangan mengenai sistem pertandingan yang aku faham, maka tarikh 28hb 11 di persetujui untuk melaksanakan aktiviti membangaukan ramai orang di tepi kolam.. jadi, kita layan gambar pertandingan ni.

tu dia bangau pelbagai saiz. masing-masing mencuba nasib. mana lah tau dapat hamper..
Antara hamper yang jadi rebutan. ini cuma hadiah untuk kategori utama ja. ada lagi 3 kategori di pertandingkan dan menjadi rebutan para peserta.

hujan renyai-renyai memaksa para petugas berselindung di belakang van ni.. yang penting aktiviti on.. tak kisah basah.. hehehe
ni antara bangau yang malang. dah le joran pinjam, kumpau lagi tu.. hehehehe tapi semangat tu ada. tahniah..

antara tempat para peserta mencuba nasib.. jauh dari meja pengadil..ini pulak sesi menimbang hasil tangkapan.. hmm.. jarum timbangan tak gerak pun kecik sangat lah ikannya.. hehehehe tapi timbang gak lah takut peserta kecil hati..
para AJK memantau peserta yang jauh dari meja pengadil..

Pertandingan ni dibuka untuk pengguna joran berkekili dan joran kampung sebab kalau nak pengguna joran berkekili ja, mampos tiada peserta. orang kg bukan ramai guna pancing mahal.. hehehe..
pemenang tempat ketiga.. dapat gak hamper dan glemer.. hadiah disampaikan oleh jemputan khas dari jauh. beliau juga bertanggungjawab merasmikan majlis ini.. hik hik hik..
pemenang hadiah kedua.. hamper agak besar.. dan penyandangnya adalah seorang JURAGAN..
hahahaha cukup bersemangat..
Dan ini adalah peserta yang berjaya mengumpul mata paling tinggi diantara 33 orang peserta. hanya berbekalkan 2 batang joran. walaupun beliau memiliki joran berkekili tapi beliau lebih suka menggunakan buluh sebagai joran.. tahniah kepada pemenang..
muka muka petugas yang hadir pada hari tersebut. semua cukup sporting dan bersemangat.

Akhir sekali, aktiviti pelepasan semula hasil tangkapan yang peserta daratkan. CnR ini juga adalah permintaan aku walaupun ada cadangan supaya ikan-ikan tersebut di buat lauk.. hehehe tapi atas keinginan tinggi para penduduk kampung agar pertandingan kecil seperti ini di adakan sekali lagi, maka semua setuju agar ikan dilepaskan semula..

Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan pertandingan yang julung-julung kalinya dibuat di Kampung Sg Beruang. juga tak lupa kepada bro Rostam kerana sudi hadir walaupun sibuk di raya haji kedua..

Wednesday, November 25, 2009

Bila Kaki Pancing Jadi Nelayan

petang jumaat lepas aku pulang kampung lagi. pada esok harinya, aku dikabarkan dengan hasil tangkapan nelayan yang sungguh lumayan. ikan kembung menyerang teluk labuk! sehingga ada yang mampu meraih tangkapan sehingga 300 kilo sebuah bot. sebagai kaki pancing, aku terfikir, bila ada kumpulan ikan kecil, mesti ada kumpulan ikan pemburu.. hehehe.. malam hari sabtu dah mula berfikir, esok mesti ke laut. memancing dan bawa pukat sekali. mana la tau ada rezeki murah. bayangkan, harga ikan kembung rm2 sekilo. sehari dapat 300 kilo.. kalau 5 hari? berapa dah? hmm.. dah dapat tangkap sebiji saltiga Zzzzzzzzzz..



Sedar-sedar je dah berada di laut.. tengah trolling. mana tau kut kut ada GT sedang memburu ikan kembung.. shimano torium adalah senjata yang dipercayai untuk tugas ini. belum pun lama gewang direndam, rentapan kasar meragut khayalan aku. fuhh.. ganas gila ni. aksi tarik menarik berlaku. wa caya lu shimano torium!!.. ikan mula mendekati bot.. wow!! GT anggaran 30 kg!! rekod nih.. hahahaha... bot riuh sebentar. tatkala member menghulur gancu untuk mendaratkan ikan, tiba-tiba kedengaran... BANG! BANGUNLAH.. KATA NAK TURUN LAUT AWAL!!.. ceh! mimpi la pulak. dah lewat ni. aduuhh.. kelam kabut buat persiapan. hampeh tul la..



Kelewatan bangun menyebabkan kami bertolak sekitar jam 9 setengah pagi dan sesi mencari umpan adalah acara pertama. udang hidup perlu untuk mencari ikan bagus.. hehehe tapi tak banyak kami dapat sebab dah lewat..


ni antara ikan yang sudi menghiburkan kami. Ikan tak aktif sangat mungkin sebab air sejuk tapi apasal ikan kembung pulak melimpah ruah?
takde yang besar la.. hmm.. yang lain cuma sembilang, gelama ngan utek ja. tuan punya ikan pun segan mau ambil gambar. Mentang-mentang ikan tak glemer..
Boring punya pasal, kami tukar strategi.. hehehe.. jom mukat.. kami pun terus berkejar ke kawasan para nelayan membentang pukat. hajat di hati nak cari lauk segar.. hehehehe..


jaring dibentang penuh harapan. tak perlulah sebanyak sehingga ratusan kilo. cukuplah sedikit lauk dan untuk disedekahkan kepada kengkawan dah lah..

tu dia.. dengan pengalaman yang tak seberapa, kami bentang juga.. hehehe hampi rjuga kena marah sebab menutup pukat nelayan yang lain.. mana la kami tau.. belasah je..

nah.. tak banyak mana pun tapi best juga sesekali jadi nelayanakhirnya, kami berpuas hati ngan tangkapan yang ada. cukup la lauk tu.. lagi pun dah dapat sikit pengalaman cam nelayan. hmm.. best juga jadi nelayan ni sesekali.
kepada kaki pancing semua.. maaf sebab kali ni hasil amatlah tidak seberapa. memukat tu ada lah untuk dapat kan lauk agar memudahkan permohonan lesen memancing lain kali.. hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...