Followers

Monday, August 25, 2014

Bila Si Cilik Memancing

Dah berkali-kali anak saya meragam nak ikut bila saya pegi mancing, terutama yang sulung tu. Macam-macam alasan diberi. Panas lah, bahaya lah, jauh lah. Namun pada satu hari saya bawak jugak diorang merasai pengalaman memancing. Lokasi paling mudah dan selamat yang terlintas di fikiran, Taman Hiburan dan Rekreasi Jalil Alip, Batu 14, Sandakan. Sedikit bayaran dikenakan untuk masuk ke tempat ini.


Walaupun joran dah disediakan sorang satu, masih jugak nak berebut. Biasalah budak-budak.


Jenuh jugak tunggu ikan puyu makan umpan kat kolam besar ni. Umpan dah ok dah, cacing.


Cuma deburan air dari aksi sang patin menarik perhatian kami. Dah besar-besar dah patin sini rupanya. Untuk rekod klik sini.


Strike.... melengkung cantik joran udang bila mata kail tersangkut kat kangkung.


Bila ikan tak dapat, masing-masing dah penat dan lapar. Umpan ayam goreng untuk perut mereka. Baru sambung mancing balik. Kali ni kolam yang penuh dengan teratai. Nampak macam banyak anak-anak ikan. 


Memang bahaya kalau tak dijaga budak-budak ni. Tak boleh leka.




Ha, main la puas-puas. Hari ni bagi chance.


Si abang dapat sekor anak ikan. Tak nampak pun dalam gambar ni. Kecik sangat. Dapat la 6 ekor anak ikan buat isi dalam akuarium di rumah.


Memang terpancar kepuasan kanak-kanak ni kalau sekali sekala dapat buat aktiviti yang lain dari lain. On the way balik rumah siap tanya, bila nak pegi mancing lagi.

Jalan-jalan, Bercuti & Mancing


Cuti hari Keamatan yang lalu kami sekeluarga telah pergi bercuti di Sukau, Kinabatangan. Dekat jer. Jadi lah. Percutian bajet rendah. Kami menginap di Sukau Evergreen Lodge.


Pemandangan dari luar. Simple, bersih dan selesa.




Hari pertama kami sampai sana dah lewat petang. Malam tu cuma berehat, makan-makan dan tengok bola. Owh yer, makan minum 3 kali sehari juga termasuk dalam pakej penginapan di sini. Hari kedua kami bangun awal dan bersarapan ala kadar sebab nak join river cruise. Harap-harap boleh nampak Gajah Pygmy, Orang Utan, Monyet Belanda atau Proboscis, Buaya, Burung Enggang dan lain-lain.



Budak-budak excited la dapat naik bot. Aktiviti yang lain dari lain. Ini hari-hari asik main basikal depan rumah. Kalau tak pun main game di tablet.



Pemandangan di Sukau seawal pukul 6 pagi. Masih berkabus.




Jangan lupa bawa jajan dan minuman skit. Bukan untuk Orang Utan, tapi untuk diri sendiri. Bila matahari dah mula naik, panas tu... perut pun mula lapar.



Kami bercuti dengan keluarga Encik Razak JPJ Sandakan. Dapat la tengok Burung Enggang, Orang Utan, Proboscis, Biawak, macam-macam spesis burung dan aktiviti perkampungan di tebing sungai. Buaya, Gajah Pygmy dan Payau (rusa) tak keluar plak pagi tu.


Selepas 2 jam, kami pulang ke lodge, bersarapan yang berat sikit. Kini giliran kaum ayah punya aktiviti pulak.


Set udang dengan umpan cacing dah disediakan dari awal. Bawak dari Sandakan.




Risau jugak kalau-kalau buaya timbul sebelah bot kami.






Tak banyak gambar mancing yang direkodkan sebab cuma ikan lais yang naik, udang ada la tak sampai 10 ekor. Itu pun kecik-kecik. Dalam perjalanan pulang, kami terserempak dengan kumpulan Monyet Belanda atau Proboscis yang menyeberang sungai menggunakan tali yang dipasang oleh sukarelawan. Khabarnya untuk memudahkan kumpulan monyet menyeberang sungai. Kalau berenang, alamat tak banyak la yang hidup sebab sang bedal dah tunggu di bawah.



Pemandangan semasa perjalanan pulang ke jeti lodge.


Kami check out menjelang petang. Kejap jer mancing. Lepas gian kan. Ini jer la hasil yang dibawa balik.


Ikan lais dan udang galah. Sedap rupanya ikan lais ni kalau digoreng garing. Saya pasti ke sana lagi nanti.

Wednesday, May 14, 2014

Ikan Bulan atau Tarpon Sandakan

Cuti hari Wesak kali ni kebetulan saya off, jadi lepak di rumah jer lah (sebenarnya kena jaga anak sebab isteri buat overtime di pejabat). Tengah layan kartun Despicables Me 2, tiba-tiba whatsapp mesej dari Rodney masuk. "Jom mancing". Pendek tapi tegas dan sungguh memberahikan. Lantas dijawab "jom".



Kolam lama di Sungai Korek, Sandakan dijadikan tempat untuk kami mencuba nasib. Saya dan Rodney cuba casting menggunakan 'hard lure'. Manakala Cjepp dengan teknik fly fishing.


Cjepp dan Rodney di seberang.



Saya dapat dulu. Sekor ikan bulan @ tarpon seberat 200 gram sahaja menjadi pembuka tirai. Untuk rekod, ni la ikan bulan @ tarpon pertama yang berjaya saya pancing. Yang lain semua beli kat pasar.




 Dua lagi pemancing masih gigih menaikkan ikan.




Berkat usaha gigih Cjepp, yesss... akhirnya tarpon on fly. 




Cuma dua ekor yang berjaya dipancing. Menurut seorang rakan yang membawa saya ke kolam tinggal ini, dulu ikan bulan di situ mencecah saiz 2kg dengan panjang 18 inci. Namun sejak memerang kerap mencari makan di situ, populasinya semakin berkurangan dan yang tinggal hanya bersaiz kecil. Seterusnya kami berpindah ke lubuk larangan yang tak dapat saya dedahkan di mana. Harap maaf.



Cuma Rodney yang strike di lubuk larangan ni. Katanya setakat ini, itu la haruan yang paling besar berjaya beliau pancing. Seberat 700 gram. Tahniah! Berjaya cipta rekod baru di lubuk larangan.


Haruan kami sedekahkan pada seorang cikgu yang baru melahirkan anak kembar. Ikan bulan saya bawak balik. Macam biasa, ikan yang belum pernah saya dapat, akan saya masak untuk rasa isinya. Banyak tulang tapi sedap kalau dikelar rapat-rapat lalu digoreng garing. 


Dah makan sebelah baru teringat nak ambik gambar. Hehehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...