Herman dengan salah satu haruan yang berjaya dipancing. Kami berpendapat penggunaan hard lure dengan treble hook lebih berkesan berbanding spinner bait dan katak plastik single hook kerana haruan di sini pantas menyambar gewang dan bijak melepaskan diri.
Haruan yang berjaya di pancing pada hari pertama sebanyak 6 ekor. Saya pulang dengan tangan kosong dan kembali lagi pada hari kedua untuk menebus kehampaan. Sama macam hari sebelumnya, banyak sambaran demi sambaran dari haruan dan akhirnya saya dapat jugak.
Haruan kedua besar sikit dari haruan pertama dengan berat 660 gram sahaja. Rasanya banyak lagi yang besar-besar dalam kolam tu sedang menunggu dipancing.
Tanpa disangka-sangka Wan dapat ikan puyu dengan gewang mikronya. Sebelum itu salah satu dari treble hook gewang mikronya telah patah dikekah sang haruan yang pelahap.
Malangya kawasan ini adalah kawasan larangan, itupun dapat masuk dengan kebenaran khas pihak bertanggungjawab.






























