Followers

Sunday, April 1, 2012

Telatah Pemancing Baru di Pulau Bai

Hujung bulan Mac yang lalu saya telah berkesempatan untuk menyertai aktiviti memancing yang dianjurkan oleh kelab rekreasi di tempat saya bertugas. Lokasi yang kami tuju ialah Pulau Bai, Sandakan. Macam biasa kalau ke Pulau Bai, bot Abang Nasip dari Pulau Tanjung Aru yang menjadi pilihan. Trip ini dibiayai sepenuhnya oleh kelab kami. Jadi kami dapat la mancing free.



Encik Lai yang kali pertama memancing dalam hidupnya bertuah kerana kerapu menjadi habuannya hari itu.

Encik Herman yang biasa memancing laut dalam di KK, tapi dah hampir setahun tidak ke laut lantaran sibuk dengan tugas.

Azli dari Sungai Kayu.

Haji Yassin

Kiflee


Hamdan

Encik Lai dengan ikan kedua beliau. Kerapu lagi.








Yazid

Dah petang-petang ada la pulak naik ikan kerisi 3 ekor.


Ikan kerisi layan dengan set udang galah. Memang layan.

Hamdan dengan ikan merah. Ikan terberat hari tersebut. Itu pun cuma 370gram.


Hasil yang ciput dibahagi sama rata. Sikit sama merasa.



Wan, anak Encik Herman

Pembantu am di pejabat tempat saya bertugas, Hajjah Juita dan suaminya.


Hasil kami yang tak seberapa akibat faktor pemilihan hari yang tidak tepat, cuaca yang hujan di malam sebelumnya, keadaan arus yang laju dan mungkin umpan. Kami tidak ada pilihan waktu lain memandangkan hari tersebut sajalah kami dapat mengumpulkan seramai mungkin kakitangan di pejabat akibat kesibukan tugas dan lain-lain aktiviti.


Kami berharap dapat mengadakan trip seperti ini lagi di masa akan datang. Mungkin Pulau Nunuyan atau Pulau Libaran menjadi lokasi berikutnya. Paling menggembirakan hati saya apabila keesokkan harinya Encik Lai berkata kepada saya "Yazid, berapa harga 1 set pancing ha? Lepas ni boleh la kita pegi mancing lagi". Hehehe... kena karan sudah Encik Lai. Untuk rekod, Encik Lai adalah pengurus di tempat saya bertugas.

Ikan Patin Taman Rekreasi Jalil Alip

Hujung bulan Januari yang lalu saya, Aleng dan Cikgu Jepp telah mencuba resepi yang kami temui dalam internet untuk memancing ikan patin kolam. Lokasi eksperimen kami tidak lain tidak bukan, satu-satunya kolam mancing bayar, Taman Rekreasi Jalil Alip, Batu 14, Sandakan. Hasilnya amat mengujakan kami bertiga yang pertama kali menaikkan patin sebesar ini.




Kami berjaya mendaratkan 4 ekor ikan patin rata-rata dengan berat 5.5kg - 6kg. Saya sendiri 2 ekor, manakala Aleng dan Cikgu Jepp masing-masing sorang sekor. Tangkapan tersebut secara tidak langsung telah memecahkan rekod peribadi untuk ikan air tawar bagi kami bertiga.







Baru-baru ini heboh diperkatakan, bahawa ikan belida pulak menjadi ikan yang kerap berjaya dipancing di taman tema tersebut. Mungkinkah patin Jalil Alip dah habis?

Monday, March 19, 2012

SETELAH SEKIAN LAMA...

Tak silap aku, 20hb februari adalah tarikh bot biru ni ni angkat ke darat. Aku mencadangkan bot diletakkan di jeti untuk memudahkan kerja-kerja selenggara walaupun hujan. Dua hari selepas itu, bot mula dibongkar dan ditanggalkan segala yang perlu. Tinggallah tulang temulang bot. Itu pun ditanggalkan juga. Hanya tinggal Bahagian bawah saja yang masih boleh diguna..





Proses menanggalkan bot pun memakan masa hampir 3 hari. Ingatkan mudah. Rupanya susah benar kerjanya. Tu pun dikerjakan oleh dua orang dan aku sebagai orang ketiga yang sekadar menambah bilangan. Menurut tukang, kerja baikpulih bot ini bakal memakan masa hampir sebulan kerana masih ada perkakas yang perlu dicari. Berapa batang kayu bersaiz sesuai masih belum disediakan dan tukang terpaksa meluangkan masa untuk mencari dan memotong kayu untuk beberapa perkara yang kurang. Aku yang jahil tentang seni pertukangan kayu hanya mampu menurut sahaja pendapat tukang walaupun tukang tu sebenarnya anak buah aku.


Selepas bot selesai ditanggalkan mana yang patut, lunas bot yang masih boleh digunakan dijemur selama sehari dua untuk membunuh organisma yang bersemayam didalam kayunya. Memang agak teruk juga kerosakan pada lunas bot. Malangnya, bukan mudah untuk aku mencari saiz dan jenis kayu yang sesuai untuk dijadikan lunas bot. Terpaksalah menggunakan yang lama.


Sedikit demi sedikit, kerja-kerja dilakukan secara perlahan. Aku cuma mampu membantu diwaktu cuti dan hujung minggu sahaja. Tambahan pula, aku bukan mahir pun dalam bidang ni.


Hanya berharap pada kepakaran dua orang tukang yang bergabung kemahiran. Aku sekadar membantu perkara yang termampu. Sukar juga jadi tukang kayu ni rupanya. Aku ingatkan boleh siap dalam seminggu, rupanya lama juga nak disiapkan.


Proses menggosok dan menyimen (menggunakan expoxy) serta mencat badan bot pun memakan masa 4 hari. Dalam masa yang sama, aku memikirkan sesuatu yang berbeza dengan imej lama bot tersebut. Agak sukar membuat keputusan. Namun, tetap ada juga sedikit perubahan walaupun tidak akan ketara kelihatan pada mereka yang biasa menggunakan perkhidmatan bot ini.


Selepas beberapa minggu.......



Akhirnya....



Hadiah untuk hobi..



Sebuah lagi harapan....





Bakal membawa anda ke lubuk impian....





Mengharungi suka duka sang pemancing....





Merempuh hujan, panas dan kejutan sang penghuni lubuk yang ganas...







Atau mesra menyapa anda dan membuatkan anda terlupa kekusutan hidup untuk seketika....







Siaplah kerja-kerja baikpulih bot yang banyak berjasa kepada aku. Saiz tetap sama dari segi panjang dan lebar.


Untuk makluman kepada mereka yang lama menanti kelahiran semula bot ini, perkhidmatan cuma dapat dimulakan pada awal april dan juga bergantung dengan kelapangan aku yang masih terikat dengan kerja jadi kuli. Hanya hujung minggu dan masa cuti sahaja akan dilayan. Boleh hubungi aku untuk perancangan trip mancing. Pemancing akan dinasihatkan untuk mendapatkan waktu-waktu terbaik untuk menguji penghuni lubuk Teluk Labuk kerana trip yang jatuh diluar waktu terbaik bakal berkeputusan menghampakan. Sila rujuk jadual air cantik yang ditampal di bawah blog ini. Jadual tersebut akan di'upgrade' untuk kemudahan para pengunjung blog ini.. SEKIAN...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...