Followers

Sunday, May 23, 2010

Lariiii.... Navy datang...

Tarikh : 23 May 2010
Bot : Tikia Yacht Club Sandakan
Masa mancing : 0730 am - 0500 pm
Ahli trip : Saya dan geng Sandakan Kara Tribe
Umpan : Ikan, udang dan sotong
Lokasi : Taganak, Bakungan, Baguan
Hasil tangkapan keseluruhan : Kerapu, bayan, jemuduk, putih cermin, selipar, merah, ketambak, kerisi, kerapu sunuh (7 starr) dan kaci










Kesimpulan : Hasil tangkapan peribadi yang kurang memuaskan bagi trip jauh seperti ini. Terima kasih kepada geng Sandakan Kara Tribe di atas trip jemputan ini.

Tuesday, May 11, 2010

Trolling lagi

Hari Ahad yang lalu kami pegi trolling lagi. Trip khas atas permintaan sorang forumer MFN dari semenanjung, Brader Count Sidratul. Beliau datang dari Perak semata mata nak masuk meminang Ikan Tembaring atau Borneo Black Bass. Adakah pinangannya diterima? Haa... baca la report ni sampai abis...

Kali ni cuma 1 bot digunakan, dinaiki oleh saya, Ust Roesmady, Count Sidratul dan boatman sepanjang trip, Arbakin. Kami bertolak sekitar 7 stgh pagi. Keadaan air yang sedikit keruh membuatkan kami tidak meletakkan harapan yang tinggi. Kalau ada rezeki, ada lah.

Ust Roesmady berjaya menaikkan siakap merah selepas setengah jam trolling. Ini sudah bagus, awal lagi dah ada hasil. Tapi sehinggalah 11.30 tiada lagi sebarang hasil, membuatkan kami ambil keputusan untuk berehat dan makan tengah hari. Sebelum trip bersambung, sempat jugak Count Sidratul order tiram fresh dari nelayan tempatan. Pertama kali tengok 'kaki itik' buatan sendiri hasil kreativiti orang kampung untuk menyelam mencari tiram.

Tak lama lepas tu Ust Roesmady dapat pulak alu alu. Kami ulangi trolling di spot yang sama untuk kali kedua. Kali ni saya pulak dapat strike. Pun ikan alu alu. Akibat kurang pengalaman melayan asakan alu alu, ikan tersebut berjaya meloloskan diri selepas beberapa kali melakukan aksi lompat belitong. Kami ulang lagi, tapi tiada sambaran yang kami terima.

Saya mengambil tempat di hadapan bot, sementara Count Sidratul di sebelah kanan dan Ust Roesmady di sebelah kiri bot. Ketika mereka sibuk kelentong sesama sendiri menaikkan ikan belasan kg dalam trip terdahulu, drag reel Count Sidratul berbunyi kuat mengejutkan saya yang hampir tertidur di hadapan. Dia menerima sambaran, tapi pancing saya yang mengena.
Yessss... saya punya pancing. Alu alu. Saya tarik pancing nak bagi laluan pada tetamu dari jauh, rupanya pancing saya yang kena. Tak terasa alu alu tu kunyah gewang Halco 125. Patut la, kecik jer, 950 gram. Ok la tu, ada la jugak lesen hari ni.
Kami meneruskan trolling. Sesi sebelah petang lebih menyeronokkan dengan sambaran diterima semua ahli trip berkali kali. Tetamu yang diraikan juga menerima tidak kurang 3 sambaran kuat. Paling mengecewakan apabila ikan yang dipercayaai tembaring berjaya menyelinap masuk ke pangkal pokok nipah. Entah lah, tembaring ke MJ ke alu alu ke semua tak pasti. Sumpit sumpit kot. Susah nak yakinkan orang kalau takde bukti ni...
Yang pastinya selepas itu Ust Roesmady berjaya menaikkan seekor lagi alu alu dan Count Sidratul mendapat siakap merah juvenil. Pendek kata semua ada hasil masing masing. Cuma pinangan orang jauh belum diterima oleh Borneo Black Bass. Takpe bang, lain kali cuba lagi. Hehehehehe...

Trip berakhir pada pukul 3 setengah petang apabila semua bekalan minuman kami habis. Terima kasih pada Brader Count Sidratul yang sponsor trip pada hari tersebut. Terima kasih jugak pada boatman, Arbakin kerana sungguh profesional bawak bot dari mula sampai akhir trip. Langsung tak mancing. Hehehehehe..

Thursday, April 29, 2010

Potensi Terumbu Cetek

Musim tengkujuh berlalu pergi, cuaca semakin baik, berduyun duyun team mancing turun ke laut berlumba lumba menaikkan ikan idaman. Berita hasil pancingan yang mables sekejap sahaja sampai ke telinga para pemancing. Kami pun tak ketinggalan mengatur trip walaupun bermacam macam rintangan masa, kesibukkan kerja dan aktiviti bersama keluarga sedikit 'mengganggu' hobi yang dicintai ini. Maka 24 April pun dipilih untuk mencuba lubuk-lubuk di sekitar Pulau Libaran, Sandakan. Trip berempat disertai saya sendiri, Arbakin, Rustam dan Jas menggunakan sebuah bot yang dilengkapi Fish Finder dan GPS. Tak cukup dengan itu 2 biji enjin 15 kuasa kuda digunakan bagi menjimatkan masa perjalanan ke semua lubuk yang dirancang. Jeti Sg Beruang Bt 12 Sandakan kami tinggalkan dengan harapan menggunung.



Udang hidup lebih 200 ekor menjadi umpan utama kami

On the way nak ke Pulau Libaran tu, kami singgah dulu ke Takat Tadika. Try dulu, mana tau ada, tak payah ke Pulau Libaran. Cari lauk dengan lesen dulu. Takat tak dalam pun. 8 kaki jer.

Arbakin sorang jer yang dapat pari kiampau kat takat ni. Pari tu selamat di CNR. Kira-kira setengah jam, kami pun pindah ke takat ke dua. Pun on the way nak ke Pulau Libaran. Takat Geriting @ Keriting nama diberi. Rustam dulu dapat lesen. Ikan kerapu. Lepas dia, dia lagi. Asik dia jer yang dapat. Semua kerapu...

Tapi tak lama lepas tu Arbakin pulak dapat Ikan Silau Mata.

Saya pun dapat lepas tu. Pelindung lengan isteri saya pinjam konon tak nak bagi tangan hitam.


Jas yang duduk di depan bot pun tak ketinggalan. Siap pegang dengan power cord A lagi tu. Baru la metal katanya. Hehehehehe... mancing pun nak metal ke..


Anak anak kerapu tak cukup umur kami lepaskan balik. Tak percaya? Nanti haaa...


Kerapu besar skit dan jenahak juvenil oleh Arbakin. Juvenil juvenil pun, berjaya jugak ianya patahkan cincin joran Arbakin. Jangan pandang rendah. Saya punya pun juvenil jugak. Hehehe..


Ikan Tabung darjah 6 dan tingkatan 3 oleh Jas.

Syok jugak mancing kat takat Geriting ni. Ikan tak henti henti makan. Taruk makan, taruk makan. Pendek kata tak la boring walaupun ikan tu tak besar. Sampaikan bila saya dapat ikan, kena ambik gambar sendiri sebab kawan kawan lain sibuk menarik ikan. Huhuhuhu...

Cuaca hari tu memang cantik, panas dan sedikit berangin. Air laut pun tenang macam karpet. Tak lama lepas tu Rustam bikin gempak dengan menaikkan pari apa ntah anggaran mata kasar 5kg... tak bawak timbang la masa tu. Daiwa Opusbull 4500 tak memberi sebarang masalah bagi menaikkan pari tersebut. Dah balik pun tak timbang. Terpancar kepuasan pada raut mukanya.

Kami berehat makan tengah hari kejap sebelum menuju ke Pulau Libaran. Nasi lauk sardin cap ayam dengan telur dadar jadi makanan tengah laut. Lupa nak ambik gambar makan-makan tengah laut. Baru jer Arbakin nak suap nasi yang pertama, berdesing reel Shimano Sienna nya ditarik ikan besar. Kami bertiga meneruskan agenda makan sambil dihiburkan aksi pertarungan Arbakin dengan ikannya. Sekali naik, nahhhh... Pari Harimau.

Sesudah makan tengah hari, kami mancing lagi. Terbantut sekejap plan nak ke Libaran gara gara semua nak naikkan pari lagi. Hehehehehe... Tapi yang naik, cuma anak anak kerapu. Kami CNR. Tak percaya lagi? Ni buktinya... mudah mudahan akan bersua kembali di masa akan datang dengan saiz yang lebih besar dan pertarungan yang lebih hebat.

Puas boatman kami, Arbakin pusing pusing sekitar Pulau Libaran cari takat yang diceritakan rakan-rakan pancing tapi tak jumpa. Sudahnya parking dan hentam jer mancing. Jig madai diturunkan sekadar cuba-cuba. Dah nama pun bukan takat, takde la ikan.

Kedua-dua enjin dikerah kembali ke takat Geriting. Keadaan laut pada sebelah petang agak sedikit berombak, ikan pun dah tak galak makan macam pagi tadi. Tapi ada la jugak ikan kecik-kecik.

Hasil keseluruhan mancing hari tu. Ikan kecik kecik tapi boleh la buat lauk. Alhamdulillah

Saturday, April 17, 2010

Trolling sesi 1/2010

Minggu lepas terjadinya trip trolling edisi 1/2010 untuk saya (mayong) dan Arbakin. Trip ini disertai juga Jepp, Rodney, Rostam dan Asrin. Enam orang pemancing mengatur strategi bagi menaikkan ikan sasaran masing-masing. Kami bertolak dengan 2 buah bot. Bot 1 dinaiki oleh Arbakin, Jepp dan Rodney, manakala bot 1 lagi dinaiki Asrin, Rostam dan saya sendiri. Sebenarnya trip trolling ni Rodney la mastermind dia. Dah lama benar dia nak try trolling.


Kelihatan bot yang dinaiki Arbakin, Jepp dan Rodney memecut laju meninggalkan kami untuk sampai dulu ke spot pertama. Kerana merasakan kami boleh mengancam kedudukan mereka, maka Arbakin pun menahan bot kami lalu disuruhnya balik ke jeti untuk memulangkan barang yang dia dah terambik bawak pegi mancing. Oho... ni rupanya teknik baru Sg Beruang yang dia rahsiakan tu.

Teknik tersebut berjaya menaikkan seekor siakap merah berumpankan gewang Halco Marlboro. Rodney cuba dapatkan close up sikap merah tersebut dengan harapan hasil karyanya itu dijadikan cover majalah Kembara Kail isu akan datang. Hehehehehe...
Setelah separuh hari menunda, kami berehat sebentar di sebuah pulau kecik yang saya panggil Pulau BBQ untuk makan dan minum sambil-sambil cuba casting. Mana la tau kalau kalau ada siakap putih yang sudi menyerahkan diri untuk dijadikan juadah tengah hari.

Seorang ahli trip dalam kelaparan makan dengan rakusnya tanpa mempedulikan water boiling di depannya. Biar lah, GT ke siakap ke, MJ ke... isi perut dulu katanya. Kebulur dah ni.

Di atas rasa bersalah meninggalkan kami terkontang kanting tadi, Arbakin telah menebus kesilapannya dengan mendermakan siakap merah sulung trip ini untuk lauk makan tengah hari kami. Hehehehe... terima kasih encik!!

Ikan siakap merah bakar disediakan khas oleh Syef Asrin yang juga boatman bot 2. Sedap rupanya MJ ni walau bakar kosong macam tu jer. Fresh pulak tu. Cecah plak dengan sambal kicap. Perghhhh... hilang kejap penat.

Pemburuan kami diteruskan selepas berehat makan tengah hari. Sesi casting di Pulau BBQ gagal memperoleh sebarang hasil. Ikan tidur agaknya tengah tengah hari macam ni. Gewang Rostam berjaya memikat anak alu alu, terlompat lompat alu alu tu ala lompatan ikan layaran Endau Rompin. Memang tak padan kecik
Tersenyum puas Rostam sampai ke telinga walaupun ikan sasarannya Borneo Black Bass belum kunjung tiba. Kalau la alu alu ni dapat sebelum makan tengah hari tadi kan best. Hehehehe...

Rupa-rupanya perancang utama trip ini pun berjaya menaikan seekor anak alu alu sirip hitam. Sebelah tangan jer dia angkat alu alu tu, tak boleh lawan hungkai Taganak.

Kami mengakhiri trip ini pada pukul 4 setengah petang setelah tiada lagi sambaran. Walaupun bermacam macam jenis warna, bentuk dan jenama gewang dicuba tapi cuma Arbakin, Rostam dan Rodney yang berjaya menaikkan ikan. Saya, Jepp dan Asrin dapat tengok jer ikan orang sambil tumpang bergambar. Setelah diteliti, semua ahli trip ada menerima strike, cuma mungkin kurang bernasib baik.


Trip yang sungguh meletihkan akibat cuaca panas ini meninggalkan pengalaman manis dan berharga buat kami semua. Yang penting happy. Ini belum betul betul lagi ni... Mancing kena sampai pengsan. Baru la.... hehehehehe...

Wednesday, February 24, 2010

Jadual Air 2010

Sejak akhir akhir ni wabak kumpau seringkali membelenggu diriku. Kalau nak dibuat post moterm, memang banyak faktornya. Tapi bak kata cikgu omputeh aku, Lauser Rodney, "let bygone be bygone", sedikit sebanyak berjaya memulihkan kembali semangat aku yang semakin pudar. Bersungguh-sungguh dia ajak aku mancing ikan guppy kat rumah dia.

Gambar Hiasan : Ikan Sumpit Sumpit (ikan air masin pertama yang aku berjaya casting dalam hidup aku masa trip kumpau baru baru ni)

Jadi, daripada aku merepek yang bukan bukan, ada baiknya kita study dulu jadual air untuk tahun 2010, bagi mengurangkan risiko kumpau berganda. Boleh la plan trip mancing secara berkesan (secara teorinya jer lah). Errr... tapi boleh pakai ke jadual ni? Tepat ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...