Selepas trip bermalam pada sabtu lepas berahkir dengan keputusan yang teruk. Satu perancangan untuk menduga perairan Teluk Labuk dibuat untuk membalas dendam dan tarikhnya jatuh pada petang 25 oktober. Esoknya cuti deepavali.
Tiba waktu yang dijanjikan, Semua pemancing berada di jeti. Aku, Rostam, Andi dan seorang peserta baru yang hanya dikenali dengan nama Li bertekad untuk menempuh cuaca yang agak suram.
beberapa ketika lepas itu, aku meminta Rostam mengangkat sauh dan kami bergerak ke Pulau Menangin untuk berteduh. Kucah laut kian mengganas. Aku cuma berharap arus surut yang laju akan mengurangkan ombak. Kami cuba mengumpul sotong hidup ditempat yang terlindung dari ombak. Sotong yang ada kami tidak gunakan kerana berharap tangkapan yang lebih baik selepas cuaca akan reda. Sekitar hampir jam 4 pagi barulah aku yakin bahawa ombak sudah reda memandangkan angin barat dan arus sudah berkurangan. Kami bergerak ke lubuk bersama harapan tinggi.
Salah seekor tabung dari 6 ekor yang berjaya ku daratkan. Semua hampir sama saiz.
selepas tiada lagi getuan sang tabung, aku mencadangkan kami berpindah lubuk ke Takat Keriting. Sekali lagi kami disibukkan dengan aksi buang tarik-buang tarik. Namun tidak semuanya hook up dan kebanyakannya dimonopoli oleh ikan merah dan rupanya tiada pemancing yang tangkap gambar bersama ikan tersebut termasuk aku sendiri.
Ini lah hasil yang kami perolehi sepanjang malam dalam trip yang disertai oleh 4 pemancing termasuk aku. Masa memancing kami disingkatkan oleh keadaan cuaca yang tak menentu. Kami hanya dapat memancing dilubuk pilihan 2 jam sebelum siang mendatang. Alangkah baik andai sepanjang malam kami dapat berlabuh di lubuk tersebut. Pasti hasil tangkapan lebih baik lagi. Seekor Mj yang terselit dalam kumpulan ikan tersebut adalah hasil casting. Cuba lihat ditepi tangkai sauk. berwarna agak hitam. Ikan yang berani menyergap gewang TDD9 aku. Mungkin ini trip terakhir aku untuk sesi malam. Semoga tahun depan lebih banyak peluang untuk mengusik lubuk ikan di waktu malam..