HARI PERTAMA (12 feb)....
Tiada sebarang cerita di hari pertama kerana pagi sabtu dihabiskan untuk persiapan peralatan memandangkan trip dirancang bergerak sebelah petang sabtu dan akan bermalam di laut pada malamnya. Sekitar jam 3 petang, bot yang kami sediakan hanya memuatkan 2 pemancing iaitu aku dan anak buah aku Asrin yang dilantik jadi tekong untuk trip ini, bergerak perlahan menuju ke lokasi dirancang iaitu takat Keriting. Malangnya cuaca yang berangin menghalang kami untuk terus bergerak. Haluan diubah ke takat siring-siring. Di lokasi tersebut, kami dihiburkan oleh alunan ombak dan perasaan boring memandangkan tiada sebarang sapaan dari penghuni lubuk. Lantas, tekong mencadangkan kami pulang dan akan turun kembali esok pagi. Kami bergerak pulang sebelum hujan turun..HARI KEDUA (13 feb)....
Pergerakan seawal jam 7.30 pagi menuju ke kawasan pantai Dandulit untuk mendapatkan umpan sebelum beraksi di lokasi. Ahli masih juga berdua bersama anak buah aku, Asrin.
Susah juga lah dapat umpan. Terpaksa juga minta tolong dengan nelayan yang berada di sekitar sana. Dapat juga lah dalam 30 ke 40 ekor udang hidup untuk disajikan kepada penghuni lubuk..
Besar punya udang ooo.. hehehe
Selanjutnya kita tengok gambar dulu..
Hari ketiga (14 feb)...
Kali ini kami turun agak lewat kira-kira jam 2 petang memandangkan arus memang lewat bergerak. Lagi pun susah mau dapatkan udang hidup kalau arus belum bergerak. Sebagai jaminan umpan yang banyak kami dah ingatkan seorang anak buah aku yang turun kelaut untuk memukat udang. Kami akan cari dia dilaut. Alhamdulillah, umpan kali ni memang mewah. Apatah lagi kami berdua sahaja yang menggunakkannya. Malangnya laut agak berombak lantaran angin timur laut yang bertiup laju.
Beberapa ketika kemudian, anak buah aku di uji lagi. Shimano aernoss 8000 dikerah habis-habisan agar ikan tidak dapat melepaskan diri. Memang seronok bertarung dengan ikan ni lebih-lebih lagi kalau saiz besar.
Hari keempat 15 feb..
Memandangkan hari ketiga angin dah bertiup dan menghasilkan ombak kuat, malah tidak berhenti sampai ke pagi esoknya, aku membatalkan niat untuk turun memancing pada hari keempat. Namun selepas mengikuti majlis maulidur Rasul di masjid sebelah pagi, adik aku pula mencadangkan trip sebelah tengahari. Aku pulak tak fikir panjang main join ja memandangkan mereka pun hanya berdua. Maka kami pun bertolakkan bertiga dari jeti kira-kira pukul 1 setengah. Untuk trip kali ni pun sukar untuk dapatkan udang hidup. Kami cuma beroleh kira-kira 20 ekor udang hidup sahaja.
Demikianlah celoteh panjang tentang kronologi pancingan aku semasa cuti hujung minggu ditambah dengan cuti umum dan cuti sendiri. hehehe... Rasa tak sabar menunggu kehadiran bulan mac.. ngeh ngeh ngeh....