Minggu lepas, aku terserempak dengan rakan yang pernah memancing bersama dengan satu team yang tegar dan gemar bermain di Pulau Tikus dan Libaran. Dari ceritanya, mereka menemui satu lubuk baru yang didiami ikan berskala besar dan gagah. Aku lantas mengajaknya turun bersama dalam satu bot dan dia setuju. Malangnya, sampai masa yang dijanjikan, tiada kelibatnya sampai di Jeti. Aku yang dah bersedia dengan keperluan memancing bermalam merasa agak kecewa. Nasib baik lah kawan tu tiada no hp. Kalau ada, aku dah kol bertalu-talu..
Ketidakpuashatian tu di bawa sampai ke pagi ahad. Rakan lain yang turut mau join dalam trip tu dihubungi memandangkan mereka pun dah laburkan modal untuk trip tu malangnya, hanya Rostam yang ada. Air masih bergerak surut dan kesempatan itu kami gunakan untuk menjala udang sebagai umpan hidup. Namun kesukaran mendapatkan umpan udang hidup begitu mencabar. Cabaran bertambah bila nelayan pukat tunda yang sering aku datangi untuk minta umpan pulak bercuti hari ini tapi hidup mesti terus. hehehehe.. kami terus menyusup masuk ke anak-anak sungai yang kecil untuk memburu umpan udang hidup sehingga pasang mula bergerak.
Selepas beberapa minit, sekali lagi rentapan berlaku. MJ pulak jadi mangsa. Aku tengok Rostam dah mula gigit bibir. Maklumlah, dah la hanya sekali dia dihenjut, terlucut lagi tu. Aku pula dah 2 ekor naik.
Kami labuhkan umpan udang hidup dengan harapan yang besar, setengah jam berlalu tiada sebarang sapaan. hampir sejam, aku terasa seperti umpan aku seperti dijentik sesuatu dan dilarikan secara perlahan seperti sang ketam melarikan umpan. Aku teringat pesan seorang otai, begitu lah cara siakap menyapa pemancing dan aku terus membalas sentap. Joran terus melengkung. Kekili bersaiz 3000 lantas menjerit. Aku terus berdiri sambil menikmati pecutan. Ikan mula timbul dikejauhan dan melompat sekali. Aku lantas mengurangkan tekanan drag sebab takut sang ikan rancak menerbangkan diri. Biar dia bermain di dalam air sahaja. Beberapa minit kemudian, Rostam berjaya menyauk sang siakap yang di anggarkan kira-kira 2.6 kilo.. Aku terasa lutut aku sedikit menggigil. Hehehehe.. Dah lama tak rasa pecutan secantik itu.
Selepas ikan siakap dinaikan, aku labuhkan lagi umpan dengan harapan lagi. Selepas penantian yang juga agak lama, sekali lagi joran Viper Venom aku di uji. Pecutan yang sama seperti tadi sekali lagi ku nikmati. Rostam agak tertekan melihat situasi yang hanya menyebelahi aku. Kali ini, ikan agak degil. Dua kali lompatan akrobatik sebelum didaratkan. Selepas di daratkan, aku cuba bandingan dengan siakap pertama tadi dan ternyata siakap kedua agak besar. Patutlah lagi degil. Selepas aksi siakap kedua, Tiada lagi siakap lain yang menyapa. Rostam pulak di uji oleh talang dianggarkan hampir 2 kilo sebagai ikan penutup dan aku pula disudahi dengan pendaratan ikan gerepoh yang mungkin seberat 600 gram. Malangnya, semua tu didaratkan selepas bateri kemara aku kehabisan cas. Mujurlah siakap kedua sempat difotokan. Hampir jam lima setengah petang, kami menutup tirai pancingan dan mengangkat sauh serta bergerak ke jeti. Apa pun, kali ni pengalaman berharga sudah di rasai. Setting yang aku rasa sesuai untk siakap di lubuk tersebut, sudah di'save' dalam memori. Harap bermanfaat untuk masa akan datang. Aku akan datang lagi mengusik siakapnya satu masa nanti.. ngeh ngeh ngeh..