Sabtu 16 oktober tarikh yang ditunggu tunggu oleh rakan-rakan sepejabat. Mana tidaknya, inilah kali pertama bagi sesetengah dari mereka pergi memancing di laut. Maka persiapan pun dibuat, bekal makanan yang banyak, cukup untuk 2H1M punya trip. Pisang, mee, nasi, kuih, kek, cekodok, air oren, air sirap, air mineral... You name it! Segala macam makanan ada. Segala petua dan doa pun dibaca agar perjalanan pergi dan balik semuanya selamat. Sunblock ditenyeh di muka konon tak nak bagi hitam kulit melayu masing masing. Destinasi yang dituju, bagang.

On the way nak ke bagang, saya dan Cosmack mengambil peluang untuk trolling. Saya mempertaruhkan gewang matrix, manakala Cosmack menggadaikan rapala magnumnya. Ternyata R&D Magnum lebih maju, hasilnya seekor ikan tenggiri anggaran 3kg++ menjadi habuan.

Setibanya di bagang masing masing mencari ikan lesen. Ada yang bottom, ada yang mengunjun apollo dan ada juga yang mancing gantung (mabuk la tu, umpan pun tak cecah air). Mungkin ada benarnya kata kawan-kawan bahawa bagang dah takde ikan. Kami cuma dapat beberapa ekor cencaru, selar, dan lumahan. Lain lain, seekor ikan merah, agohod dan todak.



Cencaru dengan umpan apollo DIY saya. tapi sayang sebab tak banyak pulak ikan time tu.

Haji Yassin mampu tersenyum dengan ikan todak. Terhibur dengan lompatan ala ala ikan Layaran.

Malik (bukan nama sebenar) 'pengsan' akibat mabuk laut. Biarlah ikan mega yang makan umpannya, pun tak dipedulikan. Yang nyata dalam fikiran, bila la nak balik ni.
Setelah kami mencuba di 2 bagang terpilih, hasil amat kurang memuaskan. Terdetik di hati nak ke Gobin. Namun menurut Nasib, perjalanan ke Gobin akan mengambil masa 1 jam setengah lagi, itu pun belum pasti jumpa sebab bot tidak dilengkapi dengan GPS. Setelah bermesyuarat, kami mengambil keputusan untuk kembali ke Pulau Berhala. Ikan-ikan di Pulau Berhala macam biasa lah...

Seekor ketam batu yang menjamah umpan Ramisham. Ketam pun ketam lah. Janji ada tarik.

Tak sia-sia Hadi muntah hijau di bagang... sekali double hook dia naikkan kerapu keling. Kerapu ni tengah dating kot. "You jump, i jump" , "You eat, i eat" , " You die, i die".

Kerapu ni tertarik dengan topi mancing Shafri yang cantik. Lantas, dimakannya mata kail tu.


Belakang : Hj Yassin, Jivoh, Yazid, Peter, Malik, Hadi, Sham, Nazlee
Depan : Cosmack, Joe dan Shafri
Sebelum pulang kami sempat merakamkan gambar kenangan ini. Secara peribadi, saya kira trip ini kurang memuaskan. Tambahan pula beberapa pemancing baru yang benar-benar ingin merasakan 'tarikan' sang ikan gagal menikmati pengalaman tersebut. Mohon ampun maaf di atas segala kekurangan dan kelemahan semasa trip ini berlangsung. Apa pun semangat kerjasama, disiplin masa, hormat menghormati dan menjaga kebersihan memang dipuji. Semoga saya dapat memancing lagi dengan kawan-kawan semua. Jangan ada yang serik dengan pengalaman sebegini. Maklumlah, bukan semua yang sanggup 'Mancing Sampai Pengsan'. Hehehehehe...