Perancangan pertama ke puru-puru gagal dilaksanakan. Puasa semakin menghampiri. Selepas beberapa perbincangan bersama rakan, keputusan diambil. Puru-Puru mesti dikunjungi sebelum puasa. Akhirnya terlaksanalah trip ke Puru-Puru pada 07 ogos 2010. Trip kai ni disertai oleh seorang pemancing baru yang ingin merasai pengalaman memancing. Kami bertujuh menaiki dua buah bot berenjin yamaha enduro 15hp.
Jom tengok gambar.

Bot kedua yang agak laju dari bot pertama. Mereka sempat singgah casting di pulau kecil di kuala Gum-Gum dan berhasil mendaratkan 2 ekor alu-alu anggaran 2 atau 3 kilo(tiada difotokan)

Jam 11 pagi bertolak dari jeti bukanlah masa yang baik untuk berlengah-lengah. Kami terus bergegas memecut ke lokasi memandangkan perjalanan menyeberang Teluk Labuk memakan masa 2 jam setengah.
.jpg)
Ini adalah sebuah pulau yang terbentuk dari timbunan beting pasir yang semakin tinggi. Di tambah pulak dengan kehadiran pokok-pokoknya, menjadi tempat perkemahan nelayan tegar yang berkunjung ke puru-puru selama berminggu-minggu. Ada sesetengah orang menganggap ini adalah pulau Puru-Puru.

Pemandangan jarak jauh pulau 'teduhan nelayan' di Puru-Puru. Pada hari pertama kami berada di kawasan Puru-Puru, kami hanya dapat trolling dan memasak. Langsung tak sempat memancing. Tambahan pulak memang tiada sebarang bekalan umpan kami bawa. Hanya berharap pada sotong dikala malam. Gambar-gambar berikutnya adalah aksi-aksi pemancing apabila malam menjelma. Jom layan...