Followers

Sunday, January 1, 2017

Jadual Pasang Surut Air 2017

Salam sejahtera semua, selamat tahun baru 2017. Dah lama betul rasanya takde entry baru dari MSP kan? Hari ni di hari pertama Dua Kosong Satu Tujuh kami nak cerita pasal jadual pasang surut air untuk tahun ni. Kita ambil contoh di Sandakan..

Yang pertama dari http://www.tides4fishing.com/as/malaysia/sandakan Haaa... Senang betul nak check hari mana yang paling banyak ikan.



Yang kedua dari laman web JUPEM di https://www.jupem.gov.my/v1/my/jadual-ramalan-air-pasang-surut-malaysia-2016/ Tapi dari semakan kami semasa entry ini ditulis, jadual pasang surut air untuk tahun 2017 belum lagi dikemaskini. Walaubagaimanapun laman web yang menarik. Cuma klik di mana lokasi yang anda nak tau.


Next entry kami akan cerita pasal jadual pasang surut air dalam bentuk aplikasi telefon bimbit pulak ok.

Saturday, October 24, 2015

Bantal Emas Teluk Labuk

Hui, lama betul tak update blog MSP ni. Sibuk yang amat. Nasib baik ingat lagi password. Tiada persiapan khusus untuk trip kali ni walaupun perancangan awal telah dibuat 2 minggu sebelumnya. Cuma pesan tekong, Arbakin, jangan lupa perambut 60lb, spreader dan batu ladung size 4 & 5. Dah tengah malam, Aleng whatsapp tanya umpan dah ada ke belum. Saya jawab, esok pagi baru cari di laut. Sebab itu saja yang tekong pesan.


Sementara tunggu Arbakin bersiap, Aleng ambik peluang casting di jeti. Mana lah tau ada kanai/tembaring ke MJ ke alu alu ke lalu masa air pasang macam ni.





Wajah ceria sebab dah lama betul tak mancing. Cuaca berjerebu masa tu, so relaks jer tak rasa panas. Bergerak ke spot pertama. Merambat dulu ikan tamban untuk dijadikan umpan sang Jenahak. Cuma pergerakkan sedikit perlahan sebab guna single engine Yamaha 15hp. Biasa kami guna 2 biji enjin 15hp. Berdesup laju. 

Menurut Arbakin ada 3 cara nak kesan kehadiran ikan tamban ni. Yang pertama, ada kawanan burung yang terbang di atasnya. Kedua, bila bot melawati kawasan tu ikan tamban akan melompat lompat sampai masuk dalam bot macam Tongsan di Amerika dalam National Geographic tu. Yang ketiga, tengok riak air (ni dah tahap pakar).



Tukang rambat profesional. Sekali tebar jer berpuluh ekor ikan tamban terjerat.



Seronok bukan kepalang bila tengok umpan fresh banyak macam ni tapi tebar lagi 2 kali untuk bekalan sampai malam. Manalah tau sang Jenahak menggila nanti. Ini kalilah, mancing sampai pengsan.



Tak muat takungan, isi dalam baldi. Menggelitik tamban tu. Saya yang tak pandai merambat ni cuma ambik gambar jer la.



Dah sampai, parking, tak sampai 5 minit, tu dia...  Bantal letak kepala dah ada. Cari bantal peluk pulak.


Dia lagi.. Belum sempat tolong siut ikan Aleng, saya punya pancing pulak mengena. Tiba-tiba masing-masing sibuk. Kau kau, aku aku. Hehehe...


Ikan Jenahak terbesar yang saya pernah dapat, 3.1kg. Spesimen yang jarang-jarang dapat kalau mancing siang. Kalau masyarakat tempatan di Sandakan ni panggil ikan ni, ikan Tabung. Cukup mencemaskan bila tali utama saya hanya braided 20 lb. Terkial-kial jugak menahan asakkan ikan hanya di kedalaman 7 meter.


Kapten kami, Arbakin dengan salah satu dari 4 ekor Tabung yang beliau dapat. Bila menjelang tengah hari kami bergerak ke lubuk kedua, Takat Keriting. Ada 50 minit jugak la nak ke sana dengan satu enjin. Akibat keadaan laut yang berombak kuat dan sebab-sebab keselamatan, kapten buat keputusan untuk mancing di Pulau Menangin. Kawasan berbatu berhampiran Pulau Tikus.


Cuma Arbakin sorang jer yang dapat di lubuk ni. Seekor senangin sekilo lebih dan sekor ketam suri.



Ini lah hasil kami mancing dari 10 pagi sampai 3 petang. Syukur Alhamdulillah, dapat juga rasa henjutan bantal emas Teluk Labuk di siang hari. Dalam kepala dah terbayang macam-macam menu yang boleh dibuat dengan ikan ni. 



Bergambar kenangan. Entah bila lagi boleh mancing sama-sama macam ni. 


Amacam? Kira pecah tong tak macam ni? Hehe.. Hasil saya berdua dengan Aleng. Saya 2 ekor, Aleng 3 ekor, kapten 5 ekor. Panjang umur jumpa lagi dalam trip yang akan datang.

Saturday, May 16, 2015

Merah merah di Baguan

Kali ni saya berkesempatan ikut kawan-kawan mancing ke Pulau Baguan lagi. Kami sewa bot Tikia. Seminggu sebelum pergi, trip organizer, Kwong ada bagitau mungkin kami akan mancing di lubuk ikan merah sulit. Sewa bot RM1800 termasuk umpan dibagi 8 orang pemancing.




Jam 7 pagi kami bertolak meninggalkan Jeti Yacht Club. 


Permulaan yang baik di lubuk pertama di kedalaman 55 meter.


Ni jer sebatang joran yang saya bawak. Joran murah yang saya beli 8 tahun dulu + reel Shimano Aernos 8000.



Pindah takat, baring-baring dulu lelapkan mata.


Jason dengan kerisi besar. Rata-rata lubuk yang kami lawati berkedalaman 55 meter hingga 70 meter.



Menjelang pukul 4 petang laut dah mula berombak. Tak lama lepas tu kami balik.


Pemandangan Pulau Berhala di waktu senja.


Ikan yang kami dapat. Ada 7 star (kerapu sunuh).


Rodney, paling manang. banyak dia dapat.


Yazid


Jason


Jepp


Pecah tong dah ikan Rodney, Jason dan Ust Razali.


Ikan-ikan yang saya dapat. Syukur Alhamdulillah.

Gobin, Bagang dan Pulau Libaran

Bulan April 2015 yang lepas saya sempat join trip mancing ke Gobin dengan bot Ah Kim. Lapan orang pemancing, sorang RM100 termasuk 100 ekor umpan udang hidup, sekilo udang mati, dari pagi sampai petang. Pada saya harga tersebut cukup berbaloi dengan bot yang dilengkapi 2 biji enjin 85hp, GPS dan Fish Finder.


Bot yang kami digunakan.



Rasanya semua cikgu-cikgu kot, saya sorang jer bukan.


Singgah ambik umpan udang hidup. Udang ni dah termasuk dalam pakej yang RM800 tu cumanya kami beli extra guna duit kami sendiri sebab takut kehabisan umpan di laut nanti.


Semuanya nampak cantik pagi tu tapi Gobin dan Bagang pulak tidak ada patukan ikan. Lantas kami bergegas ke Pulau Libaran.



Di Pulau Libaran kami mancing di atas tukun-tukun tiruan yang diletakkan bertahun tahun dulu. Akhirnya saya berpeluang mancing di atas tukun tersebut. Memang benar, macam-macam ikan berjaya kami naikkan di situ walaupun berskala 500 gram. Ada jenahak, senangin, kerapu, pisang-pisang, agohot, ikan putih, siakap dan tak tinggal seekor ikan buntal yang besar. Hehehe...



Saya cuma dapat 10 ekor ikan jer hari tu. Jadilah.. rezeki jugak kan. Sebelum pulang kami sempat berpatah balik ke bagang, mana lah tau kalau-kalau ada patukan ikan kali ni. Kapten bot, Ah Kim jamu jugak kami dengan buah tembikai merah yang dia bawak. Terubat sikit la kekecewaan kurang ikan. 

Namun secara keseluruhan saya berpuas hati dengan servis bot tersebut. Mungkin nasib tak menyebelahi kami kali ni. Biasalah, nama pun memancing. Nak confirm dapat ikan pergi beli kat pasar. Hehehe..

Ikan Arowana Masin dan Pacu Bakar Sambal

Maaf sebab lama tak update blog MSP ni. Apapun saya nak kongsi cerita yang lain sikit dari cerita mancing tapi masih berkaitan dengan ikan. Bulan Februari yang lalu Cikgu Rodney dari blog http://tbyrodney.blogspot.com/ bermurah hati bagi saya ikan kelisa dengan ikan pacu sebab dia nak pelihara ikan lain pulak.


Ikan pacu 5 ekor.


Ikan kelisa yang lebih satu kaki panjang ni terkejut dan stress bila pindah rumah.


Silver Arowana di dasar akuarium.


Sayangnya kelisa ni cuma mampu bertahan lebih kurang sejam sahaja.



Nak dibuang sayang, beratus tu harganya. Jadi saya buat keputusan jadikan ikan masin. Bila lagi nak merasa ikan kelisa masin, betul tak? Mari kita layan proses pembuatan ikan masin.


Pegang dulu kepala dan ekor lepas tu tarik sekuat hati. Tu petua nak bagi patah segala tulang-tulang halus dalam ikan tu. Belah dari belakang ikan. Bersihkan perut.


Sisik saya tak buang sebab nak bagi macam ikan terubuk kononnya.


Lumurkan garam dan simpankan dalam bekas tertutup selama semalaman.


Lepas tu jemur sampai kering.



Lepas tu masak la ikut gaya masing-masing. Isi ikan ni putih, banyak tulang. Rasa sedap macam ikan air tawar lain. Mungkin ada sedap skit sebab Cikgu Rodney bagi makan udang semasa ikan tu hidup. Tak hanyir tapi sisiknya keras. Owh ya, ikan pacu tu pun mati semuanya. Selamat dimasak bakar sambal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...