Followers

Monday, March 19, 2012

SETELAH SEKIAN LAMA...

Tak silap aku, 20hb februari adalah tarikh bot biru ni ni angkat ke darat. Aku mencadangkan bot diletakkan di jeti untuk memudahkan kerja-kerja selenggara walaupun hujan. Dua hari selepas itu, bot mula dibongkar dan ditanggalkan segala yang perlu. Tinggallah tulang temulang bot. Itu pun ditanggalkan juga. Hanya tinggal Bahagian bawah saja yang masih boleh diguna..





Proses menanggalkan bot pun memakan masa hampir 3 hari. Ingatkan mudah. Rupanya susah benar kerjanya. Tu pun dikerjakan oleh dua orang dan aku sebagai orang ketiga yang sekadar menambah bilangan. Menurut tukang, kerja baikpulih bot ini bakal memakan masa hampir sebulan kerana masih ada perkakas yang perlu dicari. Berapa batang kayu bersaiz sesuai masih belum disediakan dan tukang terpaksa meluangkan masa untuk mencari dan memotong kayu untuk beberapa perkara yang kurang. Aku yang jahil tentang seni pertukangan kayu hanya mampu menurut sahaja pendapat tukang walaupun tukang tu sebenarnya anak buah aku.


Selepas bot selesai ditanggalkan mana yang patut, lunas bot yang masih boleh digunakan dijemur selama sehari dua untuk membunuh organisma yang bersemayam didalam kayunya. Memang agak teruk juga kerosakan pada lunas bot. Malangnya, bukan mudah untuk aku mencari saiz dan jenis kayu yang sesuai untuk dijadikan lunas bot. Terpaksalah menggunakan yang lama.


Sedikit demi sedikit, kerja-kerja dilakukan secara perlahan. Aku cuma mampu membantu diwaktu cuti dan hujung minggu sahaja. Tambahan pula, aku bukan mahir pun dalam bidang ni.


Hanya berharap pada kepakaran dua orang tukang yang bergabung kemahiran. Aku sekadar membantu perkara yang termampu. Sukar juga jadi tukang kayu ni rupanya. Aku ingatkan boleh siap dalam seminggu, rupanya lama juga nak disiapkan.


Proses menggosok dan menyimen (menggunakan expoxy) serta mencat badan bot pun memakan masa 4 hari. Dalam masa yang sama, aku memikirkan sesuatu yang berbeza dengan imej lama bot tersebut. Agak sukar membuat keputusan. Namun, tetap ada juga sedikit perubahan walaupun tidak akan ketara kelihatan pada mereka yang biasa menggunakan perkhidmatan bot ini.


Selepas beberapa minggu.......



Akhirnya....



Hadiah untuk hobi..



Sebuah lagi harapan....





Bakal membawa anda ke lubuk impian....





Mengharungi suka duka sang pemancing....





Merempuh hujan, panas dan kejutan sang penghuni lubuk yang ganas...







Atau mesra menyapa anda dan membuatkan anda terlupa kekusutan hidup untuk seketika....







Siaplah kerja-kerja baikpulih bot yang banyak berjasa kepada aku. Saiz tetap sama dari segi panjang dan lebar.


Untuk makluman kepada mereka yang lama menanti kelahiran semula bot ini, perkhidmatan cuma dapat dimulakan pada awal april dan juga bergantung dengan kelapangan aku yang masih terikat dengan kerja jadi kuli. Hanya hujung minggu dan masa cuti sahaja akan dilayan. Boleh hubungi aku untuk perancangan trip mancing. Pemancing akan dinasihatkan untuk mendapatkan waktu-waktu terbaik untuk menguji penghuni lubuk Teluk Labuk kerana trip yang jatuh diluar waktu terbaik bakal berkeputusan menghampakan. Sila rujuk jadual air cantik yang ditampal di bawah blog ini. Jadual tersebut akan di'upgrade' untuk kemudahan para pengunjung blog ini.. SEKIAN...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...