Followers

Sunday, November 27, 2011

BENARKAH LIBARAN TIADA IKAN??

Ahad datang lagi. Kali ini rakan dari kg ingin menguji lapang pancing yang selalu aku kunjungi pulak. Jais, Ahui dan Jamil berminat untuk mengunjungi takat Keriting. Aku mencadangkan trip ke Libaran dengan alasan air tak cukup cantik kali ni kalau bermain di Keriting. Cadangan disambut baik. Tarikh tak kena pada kalendar kuning. Mungkin ada sesetengah pemancing yang sering berkunjung di Libaran, berpendapat, Libaran dah sunyi dari ikan. Apatah lagi kalau memancing siang. Namun aku punya pendapat sendiri. Sayangnya aku masih teraba mencari lubuk di Libaran. Satu pertaruhan dilakukan dalam trip ini dan rakan sekampung langsung tak tahu. Mereka anggap aku mahir dengan lubuk di Libaran. Hehehe...

Selepas hampir dua jam menjala udang, kami memecut terus ke Libaran mengejar arus pasang yang aku anggap sesuai untuk memancing. Sekitar jam 10.30 pagi, kami melabuh sauh dilubuk pertama. Setengah jam di pertaruhkan namun kosong. Kami beralih lagi. Juga tiada usikan. Kami beralih lagi buat kali ketiga. Kali ini Jamil yang menurunkan sauh mengatakan sauh melanggar batu. Belum pun sampai 10 minit kail berumpan udang direndam, joran aku melendut dihenjut ikan. Aguhut menjadi mangsa pertama dan mengangkat aku menjadi pemancing pertama mendaratkan ikan.

Aguhut bersaiz stim. Best juga pecutan ikan ni.

Selepas itu Jamil pula mengambil tempat kedua. Aguhut yang agak kecil dari tangkapan aku.



Kemudian disusuli pulak dengan seekor tabung berskala sekilo. Agak seronok bertegang urat dengan ikan saiz begini dikedalaman 20 meter lebih.

Ini pulak ikan kedua aku selepas tabung dari bro Jamil ditewaskan. Seekor lagi aguhut.



Giliran Ahui pulak ditekan.. Aguhut juga naik.


Lagi aguhut kecil dinaikkan oleh Ahui.

Selain aguhut, lopeh atau kaci juga turut menghibur kami. Bro Jamil yang pertama mendaratkan lopeh.


Seterusnya adalah gambar tangkapan yang agak kecil. Banyak saiz sebegini didaratkan namun tidak semua difotokan.




Dalam koleksi gambar yang ada diatas, ada seorang yang tidak tersenarai iaitu bro Jais. Bukan kerana dia kumpau tapi di sendiri yang enggan gambarnya ditangkap. Bro Jais yang hanya beroleh seekor kaci yang kecil. Bro Jais memang kurang arif tentang pancingan laut. Dia hanya biasa dengan teknik troling dan pancingan muara.





Udang umpan yang banyak dijala pagi tadi membolehkan kami memancing sehingga lewat petang. Satu demi satu penghuni lubuk Libaran kami daratkan. Diakhir lewat petang, kami pertaruhkan umpan terakhir masing-masing. Tanpa menunggu lama, aku terasa umpan aku dilarikan oleh pemangsa yang agak kasar. Balas sentap dilakukan dan pertarungan antara pemancing dan mangsa pun berlaku. Sang pemancing tersenyum puas tatkala sang mangsa berjaya disauk. Dengan tewasnya seekor kaci bersaiz sekilo lebih tersebut, aku dinobatkan sebagai juara tangkapan terbesar. Kami sepakat pulang selepas umpan habis. Terukir lagi sat kepuasan dalam diri pemancing..

Tuesday, November 22, 2011

KARAN CASTING TAK TERANCANG..

Hari jumaat lepas, aku mendapat satu sms pertanyaan dari seorang rakan. Bertanya tentang situasi pancingan di Kg. Jawapan aku mudah. Air keruh sebab hujan lebat baru lepas menyiram. Itu pun aku jawab selepas aku tanya seorang rakan yang juga dari kampung Sg Beruang. Maklumlah, aku bukan selalu tengok sungai. Sabtu ahad saja aku berpeluang.


Pagi sabtu lepas, masih hujan renyai-renyai. Aku turun ke jeti menimba air bot yang hampir penuh satu bot. Aku tengok air sungai taklah keruh sangat. Hanya keruh-keruh air tebu. Maknanya dikawasan muara lagi jernih. Aku merancang untuk memukat ikan umpan disebelah petang nanti memandangkan masih ada kerja ditengahari.




Maka petangnya sekitar jam 4 petang, aku bergerak sendiri berbekalkan pukat hanyut bersaiz kecil dan sebatang joran viper venom putih berteman shimano bersaiz 3000. Hanya seketul gewang dibawa. Gewang rapala TDD9 fire tiger yang dah pecah ekornya menjadi taruhan lantaran tiada sebarang harapan untuk mendapat habuan dengan menggunakan gewang. Matlamat utama adalah ikan tipis yang bakal dijerat dengan pukat hanyut pada waktu maghrib nanti.




Tiba di lokasi, hari masih terlalu awal untuk memhanyutkan pukat. Aku lantas menuju ke lubuk troling. Ingin menggunakan masa yang ada untuk merenangkan gewang. Entah berapa kali sang TDD terbang menghampiri tebing dan berenang semula ke tepi bot. Saat niat untuk berpindah lubuk sudah terbit di hati, satu sergapan ganas menggugat kebosanan aku. Gewang yang berenang mengetuk batuan dasar ternyata menarik perhatian penghuninya. Sang ikan cukup lincah. Berpusing dibawah bot. Lepas di kiri beralih ke kanan pula. Hampir 5 minit juga la joran aku ditekan. Dalam hati sudah meneka ikan apa yang punya angkara. Benarlah, benaman sang KANAI masih belum dilupa lagi. Saat sang mangsa berjaya disauk, hati terasa kesal. Lantaran bukan niat merendam gewang sepenuh masa, kamera tidak tersenarai dalam barang yang perlu dibawa. Alangkah sedihnya, Rekod yang sukar diukir ternyata tidak dapat dirakam dilokasi.


Selepas kanai pertama didaratkan, niat untuk lontaran terakhir dibatalkan, sebaliknya gewang di lempar dengan lebih pantas. Ternyata masih ada pasangannya. Gewang rapala TDD 9 disergap kali kedua. Daya juang dan benaman yang hampir sama membuatkan hati ku semakin kesal. "Kanai lagi.. Kenapa lah aku nda bawa kamera tadi?" gumam ku sendiri. Kanai kedua tewas lagi. bersaiz hampir sama seperti yang pertama.. Selepas kanai kedua naik, aku berhenti melontar gewang, maghrib dah cukup hampir. Niat untuk menghanyut pukat sudah dipadam. Bot dihalakan menuju ke jeti. Lain di cari lain pulak di miliki.


Tiba di rumah, aku mengetik beberapa keping gambar sebagai kenangan. Dua ekor kanai dalam satu trip bukan la perkara biasa bagi aku. Lebih-lebih lagi dijerat dengan teknik casting. Memang sangat mengujakan.




Sang Kanai yang hanya dapat dirakam selepas berada di rumah.




Kanai pertama berskala 2.50 kilogram.

Kanai kedua bersaiz 2.40.


Apapun, aku mohon maaf andai gambar yang ada tidak memuaskan. Hanya gambar selepas ikan dibawa naik sahaja yang ada lantaran kamera tidak dibawa bersama. Aku tetap berharap suatu hari nanti akan ada rekod casting yang dirakam dilokasi pancingan bersama set dan gewang. Semoga sang kanai terus bertahan dari tekanan tinggi di Muara Gum-Gum...


Friday, November 11, 2011

KEKILI UNTUK DIJUAL..

kekili menegak yang masih berkeadaan baik. Jenama Shimano dari model Torium 30. Untuk pengetahuan, reel ni bukan milik aku tapi ada rakan yang minta pertolongan dari aku untuk menjual reel ini.
Harga rm350.00.(harga pasaran untuk yang baru rm600++) bagi yang berminat, sila hubungi en. Arbakin ali. di no 0198077317..




hubungi nama di atas untuk maklumat lanjut. terima kasih..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...