Followers

Monday, May 31, 2010

Memancing di Semporna, Sabah

Percutian di Semporna bersama isteri dan anak baru baru ini sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke-2 saya selitkan jugak dengan aktiviti memancing. Yeaaahhh.... Tambahan pulak adik ipar datang makan angin. Dia pun dah lama tak mancing, kira boleh la dia lepas gian mancing di Semporna ni.

Bot yang kami gunakan diberi nama Tabungai. Saya tak pasti apa maksud dia. Trip yang tergesa gesa ini diaturkan oleh Abg Man. Kawan kepada Ady Rexton, member dalam MFN.

Kapten bot memecut bot meninggalkan jeti Kampung Tanjung Kapur pada pukul 08.30 pagi. Lupa saya nak tanya nama pakcik ni. Abol (adik ipar saya) turut tersenyum. Excited tu trip mancing laut pertama di Sabah.

Kapten bot bawak kami mancing di sekitar Tanjung Kapur jer. Kami tak menunggu lama untuk menaikkan ikan walaupun umpan yang digunakan adalah udang mati. Mula mula saya dapat belukang jer. Bila tengok keliling, mirip benar maam Bambangan di Sandakan. Tapi lepas tu baru la naik ikan putih. Baby GT la tu...

Lepas tu pakcik tu pulak dapat ikan putih, diikuti Abg Man. Best best. Tak pernah saya dapat ikan putih di siang hari dengan keadaan air yang keruh akibat hujan lebat malam sebelumnya. Guna udang mati pulak tu. Abol semakin tertekan bila mana semua dah dapat lesen.

Abol bergambar dengan ikan putih kedua Abg Man. Harap-harap aura ikan putih berjangkit kat dia lepas ni. Lepas tu pakcik tu dapat lagi 2 ekor ikan putih. Semakin seronok pulak mancing pagi tu walaupun cuaca panas terik. Sedang leka berbual-bual, joran Abol direntap kasar. Berdesing tali keluar dari spool. Abol yang panik, gagal mengekang larian ikan. Drag gagal diketatkan dengan cepat. Penyudahnya perambut 20lb putus macam kena gunting.

Lepas tu kami pindah pulak ke takat handset. Abg Man lagi dengan ikan putih yang paling besar dalam trip ni. Menurut cerita pakcik tu, takat handset mendapat nama selepas seorang pemancing yang leka bermain handset secara spontan tercampak handsetnya ke laut gara-gara dia menerima sentapan yang ganaz dari sang ikan. Lepas ikan dinaikkan, seekor pari besar, baru la dia sedar handsetnya dah hilang. Kui kui kui...

Lepas tu kapten bot pulak dapat pari, memang berat, saiz tak la besar sangat. Anggaran saya lebih 7kg tu.

Abol bergambar kenangan dengan Pari yang dinaikkan oleh kapten bot. Jadik la...

Jam dah menunjukkan pukul 1 petang, dalam perjalanan pulang ke jeti Abol menggunakan masa kecederaan tersebut dengan sesi trolling. Menurut Abg Man dan pakcik tu, kawasan tersebut banyak dihuni kawanan ikan talang. Try jer la, mana tau ada nasib. Gewang eupro selaman 2 m menjadi taruhan namun masih lagi kumpau. Apa nak buat takde rezeki.



Abg Man

Pakcik kapten dan Abol


Hasil keseluruhan pada hari itu adalah 6 ekor ikan putih, sekor belukang dan sekor pari. Walaupun hanya berpeluang mancing tak sampai 5 jam kerana kami ada program lain pada sebelah petangnya, kami semua sangat seronok dan enjoy.
Abis mancing, kami hantar 3 ekor ikan putih ke restoran Family Cafe untuk dijadikan lauk makan malam nanti. 2 ekor masak 3 rasa, sekor lagi masak kicap. Abg Man dengan Ady Rexton turut hadir sama.


Tamak punya pasal, ikan putih masak kicap tak bersentuh langsung sebab dah kenyang sangat. Isteri dan 2 orang adik ipar pun surrender sebab kekenyangan. Bagi jer kat Abg Man bawak balik. Apa apa pun, trip mancing yang enjoy dan best. Syukur, Alhamdulillah...

Sunday, May 23, 2010

Lariiii.... Navy datang...

Tarikh : 23 May 2010
Bot : Tikia Yacht Club Sandakan
Masa mancing : 0730 am - 0500 pm
Ahli trip : Saya dan geng Sandakan Kara Tribe
Umpan : Ikan, udang dan sotong
Lokasi : Taganak, Bakungan, Baguan
Hasil tangkapan keseluruhan : Kerapu, bayan, jemuduk, putih cermin, selipar, merah, ketambak, kerisi, kerapu sunuh (7 starr) dan kaci










Kesimpulan : Hasil tangkapan peribadi yang kurang memuaskan bagi trip jauh seperti ini. Terima kasih kepada geng Sandakan Kara Tribe di atas trip jemputan ini.

Tuesday, May 11, 2010

Trolling lagi

Hari Ahad yang lalu kami pegi trolling lagi. Trip khas atas permintaan sorang forumer MFN dari semenanjung, Brader Count Sidratul. Beliau datang dari Perak semata mata nak masuk meminang Ikan Tembaring atau Borneo Black Bass. Adakah pinangannya diterima? Haa... baca la report ni sampai abis...

Kali ni cuma 1 bot digunakan, dinaiki oleh saya, Ust Roesmady, Count Sidratul dan boatman sepanjang trip, Arbakin. Kami bertolak sekitar 7 stgh pagi. Keadaan air yang sedikit keruh membuatkan kami tidak meletakkan harapan yang tinggi. Kalau ada rezeki, ada lah.

Ust Roesmady berjaya menaikkan siakap merah selepas setengah jam trolling. Ini sudah bagus, awal lagi dah ada hasil. Tapi sehinggalah 11.30 tiada lagi sebarang hasil, membuatkan kami ambil keputusan untuk berehat dan makan tengah hari. Sebelum trip bersambung, sempat jugak Count Sidratul order tiram fresh dari nelayan tempatan. Pertama kali tengok 'kaki itik' buatan sendiri hasil kreativiti orang kampung untuk menyelam mencari tiram.

Tak lama lepas tu Ust Roesmady dapat pulak alu alu. Kami ulangi trolling di spot yang sama untuk kali kedua. Kali ni saya pulak dapat strike. Pun ikan alu alu. Akibat kurang pengalaman melayan asakan alu alu, ikan tersebut berjaya meloloskan diri selepas beberapa kali melakukan aksi lompat belitong. Kami ulang lagi, tapi tiada sambaran yang kami terima.

Saya mengambil tempat di hadapan bot, sementara Count Sidratul di sebelah kanan dan Ust Roesmady di sebelah kiri bot. Ketika mereka sibuk kelentong sesama sendiri menaikkan ikan belasan kg dalam trip terdahulu, drag reel Count Sidratul berbunyi kuat mengejutkan saya yang hampir tertidur di hadapan. Dia menerima sambaran, tapi pancing saya yang mengena.
Yessss... saya punya pancing. Alu alu. Saya tarik pancing nak bagi laluan pada tetamu dari jauh, rupanya pancing saya yang kena. Tak terasa alu alu tu kunyah gewang Halco 125. Patut la, kecik jer, 950 gram. Ok la tu, ada la jugak lesen hari ni.
Kami meneruskan trolling. Sesi sebelah petang lebih menyeronokkan dengan sambaran diterima semua ahli trip berkali kali. Tetamu yang diraikan juga menerima tidak kurang 3 sambaran kuat. Paling mengecewakan apabila ikan yang dipercayaai tembaring berjaya menyelinap masuk ke pangkal pokok nipah. Entah lah, tembaring ke MJ ke alu alu ke semua tak pasti. Sumpit sumpit kot. Susah nak yakinkan orang kalau takde bukti ni...
Yang pastinya selepas itu Ust Roesmady berjaya menaikkan seekor lagi alu alu dan Count Sidratul mendapat siakap merah juvenil. Pendek kata semua ada hasil masing masing. Cuma pinangan orang jauh belum diterima oleh Borneo Black Bass. Takpe bang, lain kali cuba lagi. Hehehehehe...

Trip berakhir pada pukul 3 setengah petang apabila semua bekalan minuman kami habis. Terima kasih pada Brader Count Sidratul yang sponsor trip pada hari tersebut. Terima kasih jugak pada boatman, Arbakin kerana sungguh profesional bawak bot dari mula sampai akhir trip. Langsung tak mancing. Hehehehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...